Quantcast
Channel: LIFE WITH LOVE
Viewing all 2098 articles
Browse latest View live

Sambutan Raya-Raya JDT Blogger !!

$
0
0
Meriah Potluck Raya ~ ||  Hai ! Syukur masih bernyawa..

Woww.... Berjaya jugak akhirnya jayakan program potluck ni, hehe~ Last year kat Tasik Pasir Gudang, but this year.... buat kat rumah cantik da bomb one of JDT Blogger ! Sis Linramah tamah orangnya !



Jumaat lepas, seperti dirancang, tuan rumah masak dan tetamu datang bawak makanan lain untuk dimakan beramai-ramaii ~ Konsep potluck kennn.... Tapii, aku datang bawak perut jer ! Sebab datang lambat der ! Last week, kena cover budak cuti...kira ada open house lain, yang nih je la aku sempat datang, muahhaahha~

Tuan Rumah..nihla sis Lin...  cantik kan...peramah benorrrr okayyyyhhhhhhh~

Jommm layan picture...................



FOOD REVIEW kerr??

Senarai menu :-
  • Lontong bersama ungkep ayam dan sambal goreng.
  • Nona Manis
  • Rendang Daging
  • Keropok
  • Roti Jala
  • Serawa Durian
  • Sandwich
  • Brownies
  • Biji-biji coklat
  • Air Kotak plus cendol
  • Tembikai

Time aku datang, dorang dah busy membungkus, kekekee~ Yela, kul 10 baru nak nampak muka...
Tapi aku tetap menjamah apa yang ada sampai kenyang perut, suka hati.....hahaha..

Ini antara blogger yang terlibat beraya raya :)







 

 
Kak Mia, Kak Eda and Ain zfa


Siapa lagi ada...?
Haa.....ini dia :-


Overall, nice to meet all of youuuuu !! Terima Kasihhh banyakkkkkkkkkkkkkk sebab mengenyangkan perut ramai...hehehe..sedap belakaaa..siap aku tapau nasi impit and ayam ungkep..nona manis jugak..lalalala~

Gigih tau derang..tak macam I... apa pun xdak bawak...inshaALLAH, next time...ada ~





Kenduri Kahwin Anak Mama JDT Blogger Di Malam Hari

$
0
0
Ke kenduri Kahwin Yang Meriah  || Hi ! SYukur masihhh bernyawa ~ Jumaat , 13/07/18 lepas, aku and geng JDT Blogger together ke rumah salah sorang JDT Blogger. Mama Maszul ~ Raya habis, kita sambung g uma kahwin orang plakk..heheee ~ Siapa yang kawen tuuu? Haaa..anak perempuannyaaa~

Aku suka gi rumah kawen, tengok bertambah keturunan umat nabi Muhammad, semoga dapat melahirkan generasi yang lebih cemerlang..........untuk agama, dan negara jua ~ Semoga perkahwinan dibina terus berjaya dann bahagia ya ~

So, Nona nak abadikan gambar kenangan here, buat tatapan hari tua :)


Tahniah Mama Maszul ! Emak pengantinn (She is wearing black tudung, sebelah I tuhh )

Bestnya, ada menantu, kumpul cucu lagii, hihi ~


 
Thanks awek ! Teman I malam malam gi kenduri , sanggupp..walau esoknya kerjaaa....
Pssttt, she is single beb ! HAHA~


Single Nona Yang Telah Kekenyangan 

Selain daripada tengok pengantin, aku suka tengok photobooth dalam majlis, dan lagi penting, harap harap bertemu jodoh jugakkkk.hahahahha~

Sekian saja cerita hari tu....nantikan entri review pulakk tauu ~







 Notahati : Tangan masih kebas kebas, harap harap lepas urut japgi nih, ok sikit lah ~


Wow ! Grab Potongan Harga Sehingga 90% Di Ekspo Elektronik Shopee Julai Ini !

$
0
0


KUALA LUMPUR, 16 JULAI 2018 - Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan bakal melancarkan Kempen Ekspo Elektronik Shopee - Jaminan Harga Terendah (LPG), satu siri promosi hangat dari 23 hingga 26 Julai 2018. Lebih daripada 20 jenama elektronik turut serta termasuklah Armaggeddon, Alcatroz, honor, Mono Digital, Philips, Russell Taylors, Tefal, Vivo, Xiaomi dan banyak lagi. Terdapat lebih daripada 1,000 produk termasuklah telefon pintar, gajet, kelengkapan rumah, komputer dan aksesori yang boleh dibeli dengan potongan harga sehingga 90%..



“Shopee telah bertumbuh pesat sepanjang tahun 2018 dan kami telah menjalinkan usahasama dengan pelbagai jenama terkemuka untuk mengembangkan lagi kategori produk berkaitan elektronik seperti Mobil & Gajet, Komputer & Komputer Riba dan Kelengkapan Rumah untuk menawarkan produk berkualiti kepada lebih 10 juta pengguna. Contohnya, jualan murah eksklusif honor 9 Lite yang berjaya menjual 1,000 unit dalam tempoh lima minit, membuktikan kecenderungan rakyat Malaysia yang memilih produk elektronik bertaraf premium. Dengan Ekspo Elektronik ini, Shopee mengambil selangkah lagi untuk menjadi pusat sehenti platform membelibelah dalam talian yang memenuhi keperluan dan kehendak rakyat Malaysia,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. 


Pada 23 Julai, Shopee menawarkan Jualan Kilat Shocking Sale sepanjang tempoh 24-jam yang membariskan potongan harga ke atas pelbagai produk elektronik berjenama. Pada hari ini, pengguna boleh merebut jualan murah produk elektronik untuk keperluan profesional dan peribadi. Mereka boleh mendapatkan aksesori komputer seperti papan kekunci dan tetikus wayarles daripada jenama Logitech. Sementara itu, penggemar music boleh mendapatkan alat bantuan audio (headphones) daripada jenama Marshall dengan harga istimewa. Pelbagai lagi produk berkualiti dijual pada harga menarik termasuk cakera keras storan (external drive) daripada jenama Seagate dan rangkaian jam pintar untuk mereka yang aktif.



Selain daripada jualan kilat Shocking Sale, pengguna boleh mendapatkan ratusan produk di LPG Tech Zone sepanjang 4 hari Ekspo Elektronik ini berlangsung. Setiap hari, Shopee akan menampilkan dua jenama elektronik terkemuka dengan barisan produk pada harga menarik. Dalam masa yang sama, pengguna boleh membeli-belah dari rangkaian jualan murah mengikut tema kempen bagi memenuhi keperluan elektronik mereka. Di “LPG Tech Zone”, lebih 500 produk termasuk telefon pintar bertaraf premium, kamera dan komputer riba daripada Xiaomi, Huawei, honor, ASUS dan pelbagai lagi jenama besar turut menyertai kempen jaminan harga terendah. 

Pengguna yang mencari kelengkapan rumah yang moden boleh meninjau kempen jualan murah “Everything for Your Home” sepanjang ekspo ini untuk menikmati promosi hebat ke atas produk daripada jenama Philips, Senheng, Tefal, Midea dan banyak lagi. Untuk penjimatan berganda, tebus baucar bernilai sehingga RM100,000 sepanjang kempen untuk pembelian mereka. 



Akhir sekali, bagi memberi ganjaran kepada peminat Facebook kami, Shopee akan melancarkan pertandingan “Tag a Bro, Win Like a Pro” dari 23 hingga 26 Julai. Peminat media sosial hanya perlu mencari satu produk elektronik dengan label LPG di Shopee, ambil gambar produk tersebut dalam troli membeli-belah, kemudian tag seorang kawan lelaki dan tinggalkan komen mengapa mereka ingin memenangi produk tersebut. Pemenang bertuah akan menerima produk elektronik kegemaran mereka bernilai hingga RM1,000 setiap satu untuk dikongsi bersama rakan baik mereka. 

Untuk maklumat lanjut, layari https://shopee.com.my/m/electronics-expo bermula 16 Julai 2018. 
Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA di App Store atau Google Play



SAFARI RUN 2018 || Run Wild ! Malaysia's Only Safari Run !

$
0
0
Hi ! Hari ni Nona nak hajak korang berlarik!!!!!

Tengoklaaaa banner kat bawahh ni, selaju kuda belang !! Lari-lari selaju kuda belanggg, gituu~

Bagi yang suka aktiviti lari, kira ngko memang pelari hebat kat sekolah ker, universiti ker, boleh gi jauhh, haaa..jomlah joinnnn samaaa ~ KAN. Di samping jaga kesihatan gak, bagi yang jenis lari-lari ayam..ehh, lari ayam pun lajuu, kehh3~


TARIKH : 19 OGOS 2018
LOKASI : BUKIT GAMBANG RESORT CITY

REGISTER NOW ! NAK-NAK ORANG DEKAT SITUUU. HEHE~

Contact untuk sebarang pertanyaan atau booking :-

Email : safarirun@bgrc.com.my
H/P : 016-289 7015

Wednesday Quote !

$
0
0
Hi ! Syukur masih bernyawa. I would like to remind you about this :-




Image result for improvequote 

Yes it is ! Plan sebaik mungkin for future... Doa and usaha.... ayuh !

AND bila dah kerja, kena bebel ngan boss,  banyak kena buat, im trying to :-

Related image

Jom Makan : BEST DIM SUM AND PAU PASIR GUDANG

$
0
0


Selera Makan Dim Sum & Pau  || Halooo. Syukur masih hidup. Selagi hidup, kita cuba layankan tekak..kehkehh~ Minggu lepas, aku ngan member singgah ke Best Dim Sum & Pau Pasir Gudang. Sejak tangan kebas-kebas hari tu, nak makan ada control lah sikit..hehe~



So hari tu aku try order dim sum & pau kat restoran nih. Datang-datang terus teruja tengok dim sum yang pelbagai warna dan perisa tuhh... Nyum3!!


 

Pilihh-pilih...Tiga mangkuk = RM10.00.. Dah OFFER betul tau ~

Jom tengok hasiln rembatan kamii~

 
Sedapppp semuanyaa..aku paling suka rasa cendawan ayam...... sedap....
Bagi aku, memang kenyang.... ada jenis yang berminyak, tuh aku rasa agak muak..tapi satu jenis tu je..yang lain semua ngam kat tekak seorang Nona.. hehe

Untuk pencicah , i like that sos merah tu...... 


Bertngkek-tingkek ~

 
Muka sebelum makan..nicee..hahahaa

Selain daripada dim-sum, ada jugak pelbagai jenis pau dijual kat sini..... aku sempat rembat pau cendawan tiga ketul, ehhehe


Image may contain: food
(Credit : FB Best Dim Sum and Pau Pasir Gudang)


Inilah lokasinyaaa..... Rupa-rupanya kedai basikal tuh dah tutup...aku pun baru perasan.....

So untuk details lain, bolehla simpan info di bawah :-


☎️ 012-7855328
Waktu Operasi :
 Bermula dari 10.30 pg hingga 10.30 mlm
Lokasi :
📍 U Sentral Masai Night Market, Serangkai 1, Taman Bukit Dahlia, 81700 Johor Baharu, Johor.



Esoknya..tapau lagi bawak balik der !


Sunday Quote : S A B A R

$
0
0
Hi ! Bersyukur masih bernyawa.
Pelbagai perkara terjadi, suka mahupun duka..

Image result for sabar 



Oleh itu, sebelum start nak buat entri lain, kita panasakan enjin dengan kata-kata positif dan doa :)

Image result for sabar 

Sentiasa berdoa dan mencuba.................

Servis Terbaik : Mencetak Banner, Name Card, Flyers dan Bunting Murah Saja di Al Fateh Printing, JB

$
0
0
Khidmat Percetakan di Al-Fateh Printing || Hi ! Bagaimana hari-hari korang? Well, Nona baik baik jer, lagi-lagi baru lepas bercuti kann.... Nona and team JDT Blogger dah selamat meluangkan masa bersama di Gambang Resort City, Pahang.

So, antara benda pertama yang penting kalau nak gi Family Day atau apa-apa event, banner atau bunting memang amat diperlukan tau. Tak boleh tinggal hokayy... Ada pengisian yang perlu diletakkan di situ.

Cari punya cari, kitaorang hari tu try perkhidmatan dari Al Fateh Printing, Johor. Dan hasilnyaa....Sangat dipercayai !!!!!! Yay, sempat siap sebelum waktunya....lengkap seperti yang diinginkannn.....



Al Fateh Printing merupakan salah satu kedai percetakan yang sedang mengembangkan sayapnya di bandar Johor Bahru. Al Fateh mencetak pelbagai jenis bahan untuk dokumentasi, pengiklanan mahupun pengkomersialan. Mempunyai dua buah cawangan, satu di Taman Universiti dan terbaru di Bandar Baru Uda.

 Al Fateh komited menyediakan perkhidmatan dan servis terbaik buat pelanggan

Okay ker servis dorang ? Haaa... Jomlahh, terjah je Al-Fateh Printing..tengok hasil dan feedback ramai....memang hasilnya cantikk, ngamm tanpa ragu....

 Hari kedua sebelum beraktiviti sepanjang hari.


Al-Fateh Printing memang terbaik, sebagai contoh, korang ada last minute order? Dalam 3 hari je dah boleh siap tauu ! Atau name card nak bawak gi jumpa client ini hari? Cubalah order pagi, petang-petang sikit leh bawak balik dahhh...Hehee, nego-nego sikit...sure ONZ !

 Hari ketiga, sebelum flying fox..bawak lagi..kami bangga dengan banner kami..hehehe~


Berminat jugak ? Jom dapatkan harga promosi nih !



Bagi meraikan pembukaan cawangan keduanya pada 18 Julai 2018 yang lalu, Al Fateh menawarkan promosi khas kepada semua pelanggannya. Apa yang ditawarkan? Banner Bunting RM1/kaki - siap 2- 3 hari sahaja, flyers murah cepat siap, name card siap 1 hari dan macam-macam lagi. 

Tempah sekarang di Al Fateh Printing! 

Al Fateh Printing 
9, Jalan Pendidikan 8/2, Taman Universiti, 81300 Skudai, Johor 41-GF, Jalan Padi Emas 1/8, Bandar Baru Uda, Trigon Uda Business Centre, 81200 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: 
Isnin  – Jumaat - 9 am – 10 pm 
Sabtu – Ahad -  9 am – 7 pm 


Email      : alfatehorder@gmail.com

Sales Advisor di BANDAR BARU UDA:-
60167526582 (Kimi) 
60177406435 (Zahirul) 

Office – 07-244 1792 

Sales Advisor di TAMAN UNIVERSITI:-
60103315079 (Cik Izah) 
601155010694 (Cik Hanun) 
601155010696 (Cik Nad) 
601155037562 (Cik Aisyah) 
60103315078 (Cik Ana) 

Office – 07-5504942 

THANKS AL FATEH PRINTING !

 
Tepek muka member tak pergi ni...haha~
Beliau ler yang design banner ni......
Blog beliau : Uyul Rosli


Penginapan Percutian : Arabian Bay Resort Memberi Kepuasan

$
0
0


Arabian Bay Resort Di Bukit Gambang Resort City, Pahang || Bila pergi bercuti, penginapan amat dititikberatkan untuk keselesaan seluruh family. Biarpun banyak ativiti yang bakal dilakukan di luar, bilik atau tempat penginapan haruslah yang terbaik juga kan..

Kali ni, Nona and beberapa team JDT Blogger yang lain berpeluang spend time bersama , holiday ke Bukit Gambang Resort City, Pahang dari tarikh 08/08/18-10/08/18.

Bukit Gambang Resort City atau ringkas dikenali sebagai BGRC, merupakan salah satu destinasi yang sesuai untuk bercuti, berekreasi, serta mengadakan apa-apa majlis atau event dengan keluasannya sebanyak 727 ekar.

Di sana, terdapat resort yang dinamakan Arabian and Caribbean Resort. Nona dengan member menginap di Arabian Bay Resort, sangat berdekatan dengan pintu gerbang.. hehe~

Chubby ..................

Apa ada dalam Arabian Bay Resort ?

~ Banyak jenis suites :-
:: 2- Bedroom Suite, Studio Suite, Arabian SUite, and Arabian Penthouse Suite ::




So........... di mana kami ??

Hehee, kami di 2-Bedroom Suite !

First time masuk, kiteorang teruss say Wow ! Wowww ! Bestnyaaa, Luasnyaaaa....Suka ! Bilik for 4 pax ! Winkkk !!

Antara benda penting aku tengok ialah plug nak charge handphonee..kekeke.. dan arah kiblat. Penting untuk yang Muslim.. sebab macam Nona ni, tak reti sangat nengok arah matahari bagai...hahaha~

So, plug ada di setiap belakang televisyen ok, kat meja dapur ada satu, lagi satu ada kat tempat masak air tuh..

Lain-lain? Semua lengkap dengan peralatan seperti dalam gambar. :-

1. Dua Bilik Tidur dalam satu apartment- 
Setiap bilik ada 2 Katil Single digabungkan ...lebar dalam 4ft

 

2. Almari siap dengan hanger dan bantal tambahan ~

 

3. Cermin solek, meja dan televisyen. Belakang televisyen ada plug.


4. Salah satu bilik menghadap ke luar, tapi I dapat view parking~


5. Ruang tamu disediakan bersama kipas angin di atas. Tiada air cond bahagian nih
Agak-agak nak angin, bukak jer pintu balkoni tu haaa



6. Balkoni - Boleh buat sidai pakaian kat luar.. haha~ 



7. Meja makan, Ok, ni kalau bukak jer pintu, memang jumpa meja makan dulu tau..
Air botol tersedia sekali.




8. Sebelah dengan pintu, ada sinki ...kiranya dapurlah tu..
Siap ada heater, cawan and as usual, uncang uncang coffee, tea, sugar... 
Lagi best sebab siap dengan peti sejuk, boleh aku letak kek dari 'Sunah Sakura'and air botol dalam nih.






9. Toilet - Setiap bilik ada toilet sendiri. Ni aku suka sangat ! Tak payah berebut kann..



Complete woi..... Korek telinga pon siap !


Apa yang takda ??

1. Iron dalam bilik tak disediakan tapi dont worry !

BGRC sediakan bilik iron untuk suites nih


Sinki ada jugak... huhu..

Baru je nak hangin, sebab Nona memang tak bawak iron, hahaa..nasib baikkk ada bilik iron tau~

Apa yang dilarang dibawak masuk ?
1. Manggis
2. Durian

Janganlah uolz bawak dua makanan nih ya..hehe

#BukitGambangResortCity

Next, aku nak cerita pasal ni....and all activities we are done there ~
Bolehlah korang plan percutian korang..betul takkkk~


 

Untuk info lanjut, harga, atau apa apa jer..
boleh PM Nona di email nur2dunia@gmail.com  

atau :-

BGRC 

Website : www.bgrc.com.my
Email : enquiry@bgrc.com.my
Tel : 609 - 548 8000/8111/8112/8113













Senarai ahli JDT Blogger

$
0
0
Hi ! Just entri santai ini hari.

Aku dah selamat update my bloglist for JDT Blogger list... Tengok ler kat sidebar..huhuu

Yang mana dah tidak bersama, kita tukar kepada yang baru, semangat serta wajah baru !

Anyone yang nak terjah jugak, teringin stalk ativiti kami....boleh ke link link berikut :-

Instagram : JDT Blogger 
Facebook : JDT Blogger
============================

 TERJAHHHHH JOMMM !

=============================
Ahli mesyuarat JDT Blogger :-

  1. Faizzah Amir
  2. Hernee Nazir 
  3. Mama Maszull
  4. Siti Rohaida
  5. Mar Mansor
  6. Uyul Rosli
  7. Mia Liana
  8. Farahuda
  9. Wazy
  10. Kak Seri
  11. Sis Lin
  12. Sunah Sakura
  13. Cik Tom
  14. Farahain Zfa
  15. Onlajer
  16. Nona Sani
  17. Kasih Juju
  18. Dilah
  19. Siti Suziana
  20. MSelim
  21. Rosaimi

Flower Chimp Menerima Pelaburan Berjumlah RM 6 Juta Berikutan Prestasi Cemerlang di Asia Tenggara

$
0
0

Flower Chimp Menerima Pelaburan Berjumlah RM 6 Juta Berikutan Prestasi Cemerlang di Asia Tenggara
Pengasas Berhasrat Meluaskan Perniagaan ke Singapura Menjelang Pertengahan Ogos 2018



KUALA LUMPUR, 15 Ogos 2018 - “Ucapkan dengan bunga!” Kepesatan industri e-dagang di peringkat global telah memacu perkhidmatan penghantaran bunga dan membolehkan pengguna mencipta kenangan indah bersama insan tersayang. Bayangkan, betapa mudahnya anda boleh memilih jambangan bunga kegemaran anda dan merancang penghantaran semudah di hujung jari sahaja.

Ding dongg ! Heheee~


Daripada pilihan jambangan sempena hari lahir hingga ke kiriman bunga sebagai tanda ucapan tahniah, titipan istimewa sempena sambutan Hari Kekasih dan Hari Ibu, Flower Chimp akan memenuhi keperluan bunga-bungaan anda dari harga serendah RM89 sahaja. Melangkah setapak ke hadapan berbanding pesaing mereka, Flower Chimp menawarkan perkhidmatan penghantaran ke seluruh negara yang meliputi lebih daripada 80 daerah di dalam Malaysia, termasuk di Sabah dan Sarawak. Dengan rangkaian meluas seperti itu, tidak hairanlah perkhidmatan penghantaran bunga dalam talian tersebut menjadi pilihan utama pelanggan yang turut menikmati penjimatan menerusi penghantaran secara percuma ke atas semua tempahan tanpa had perbelanjaan minima. Malah, pelanggan juga boleh menjadualkan penghantaran pada hari yang sama bagi semua tempahan yang dibuat sebelum pukul 1 tengah hari untuk mengejutkan insan tersayang mereka.


Red or Yellow pilihan awak??


“Walaupun kami masih baharu dalam perniagaan penghantaran bunga ini, Flower Chimptelah berkembang hingga menjadi jenama terkemuka dalam industri ini. Dalam tempoh kurang daripada dua tahun, kami telah menjadi pilihan nombor 1 dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian di Malaysia, Indonesia dan Filipina dengan rekod pertumbuhan lima (5) kali ganda berbanding tahun lepas,” kata Maximilian Lotz, Pengasas Flower Chimp.




Berikutan prestasi memberangsangkan mereka dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian, Flower Chimp berjaya menambat pelaburan berjumlah RM 6 juta daripada sekumpulan pelabur termasuklah Asia Venture Group (AVG), sebuah syarikat persendirian yang telah menilai potensi besar Flower Chimp menerusi model perniagaan dan strategi pemasaran mereka yang unik. Syarikat yang sama turut membuat pelaburan dengan syarikat lain seperti iMoney, Happy Fresh dan iPrice. “Kami mensasarkan untuk mengembangkan rangkaian kami di Singapura menjelang pertengahan bulan Ogos 2018 dan di negara Asia Tenggara yang lain termasuklah Vietnam, Thailand dan Hong Kong pada tahun 2019,” tambah Lotz.



Fresh-fresh, cantiknyaaa !


Lotz dan rakan kongsi/Ketua Pegawai Operasi, Niklas Frassa yang mendalami sendiri perniagaan bunga-bungaan berhasrat untuk menggunakan pelaburan yang diterima untuk mengukuhkan operasi mereka di Indonesia dan Filipina, di samping meningkatkan infrastruktur teknikal untuk memanfaatkan pelanggan kami dengan ciri-ciri pintar termasuklah sistem penjejakan secara langsung bagi setiap pesanan. “Dalam masa yang sama, kami menjalankan kajian ke atas pasaran semasa secara berterusan dalam mencari idea untuk produk dan promosi baharu untuk pelanggan kami yang kembali untuk mencari sesuatu yang bersesuaian dengan keperluan mereka,” kata Frassa.



Kata Frassa lagi, “Dengan kuasa pemasaran dalam talian dan media sosial, kami mahu mengukuhkan penjenamaan kami dan menjadi pilihan pertama dalam kalangan pelanggan yang semakin lama semakin bijak mengendalikan perkata berkaitan teknologi. Kami yakin, dalam tempoh dua belas (12) bulan akan datang, dari Suku Keempat (Q4) 2018 hingga ke Suku Keempat (Q4)  2019, Flower Chimp akan berkembang sehingga tiga (3) kali ganda menerusi sumbangan daripada empat pasaran utama iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina”.


-TAMAT-

Hubungi kami:

Flower Chimp di Malaysia
Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.com/
Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpMY/
Instagram: @flowerchimp

Flower Chimp di Indonesia
Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.co.id/
Facebook:  https://www.facebook.com/FlowerChimpID/
Instagram: @flowerchimp.id

Flower Chimp di Filipina
Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.com.ph/
Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpPH/
Instagram: @flowerchimp.ph


Mengenai Flower Chimp

Flower Chimp telah ditubuhkan oleh dua usahawan dari Jerman, Maximilian Lotz dan Niklas Frassa yang telah lama bertapak di Asia Tenggara. Selepas menghabiskan masa di Belanda yang terkenal sebagai pusat perkembangan bunga-bungaan dunia, mereka mengambil keputusan untuk menceburi bidang perniagaan berkaitan bunga dan meletakkan penanda aras baharu dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian. Dengan mengutamakan kepuasan pelanggan, Flower Chimp telah memenuhi keperluan terhadap bunga berkualiti tinggi pada harga berpatutan yang turut disokong dengan perkhidmatan penghantaran percuma ke seluruh negara. Sejajar dengan peningkatan perniagaan tersebut, mereka terus meningkatkan perkhidmatan dan menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk menawarkan lebih banyak pilihan bunga-bungaan kepada pasaran yang semakin berkembang.

Buat masa ini, Flower Chimp beroperasi di Malaysia, Indonesia dan Filipina. Dalam masa terdekat, dua usahawan bercita-cita tinggi ini bakal melancarkan platform mereka di Singapura dan negara Asia Tenggara lain.

Untuk maklumat lanjut tentang Flower Chimp, layari www.flowerchimp.com. Sila hubungi Jabatan Pehubungan Awak kami menerusi emel: pr@flowerchimp.comatau telefon bimbit: +6013-886 9948untuk sebarang pertanyaan berkaitan media.




Aktiviti Percutian : 'Enaknya' Mandi-Manda Di Bukit Gambang Water Park

$
0
0
Bukit Gambang Water Park, Pahang || Menerima anugerah ' Best large water park ' pada tahun 2011, oleh pihak MAATFA (Malaysian Association of Amusement Theme Park & Family Attractions), BGWP atau Bukit Gambang Water Park amatlah sesuai untuk beraktiviti bersama keluarga.







Sebelum masuk tempat mandi, kita dibawa melalui Gift Shop ni...Bolehla nak beli baju mandi ker..kan..hoho~

Ok, Apa yang'enak' dengan Bukit Gambang Water Park (BGWP) nihh ?

1. Penggunaan E-Value/ Cashless System
Maksudnya, segala perbelanjaan di dalam BGWP , kita hanya menggunakan wristband aka gelang tangan 100%. Tapi wristband tu haruslah ditopup dulu, RM10 ker, RM50 ker...

Baguss, wang tunai tak perlu dibawa. Takdela pening-pening nanti nak beli makan kat dalam tuh, nak bawak duit, pastuu duit sapa nak jaga..bla..blaaa....


Caranya ?
Gelang tangan tu ada bar code yang boleh di scan untuk top up atau segala urusan sewa beli di BGWP.

Tak Habis Guna, Macam Mana ?
JANGAN RISAU. Duit tersebut boleh refund semula jika masih banyak di dalamnya.


2. 6 Slide terpanjang yang pertama di Malaysia

Caranya? Gunakan mat atau tikar dalam bahasa melayu, terus meluncur sambil kepala menghadap ke bawahh ~ Wow~ Hebat oi siapa beraniii


Aku hanya mampu tengok...Tak berapa nak berani , memang tak pernah lah naik gelungsur setinggi nihhh..melainkan dipaksa...macam adik aku pernah buat sebelum ni..


3. Family Raft Ride

Bombastic woo! DIcipta memang khas untuk family, sebab nak main benda ni, mesti beramai-ramai, kalau sorang jer, tak bergerak pelampung tuu..huhu....




4. Ombak terbesar dan 8 pattern ombak pertama di Malaysia.

Sis Lin, Fatin (My member kat tempat kerja) and cik Sunah
Kemaennnn~

Yes, Coco Beach namanya.... Syok sungguh ! Boleh je pakai pelampung, tapi Nona memang tak reti dok diam atas pelampung, mesti nak kena rendamkan kepala jugak ! hehe~

================================================

Dapatkan pelampung, loker, cabana..semua peralatan boleh disewa disini..
Tinggal nak scan wristband jerrr...


============================================================


5.  Penguin Island 

 

Ya, di sinilah letaknya keseronokan buat kanak-kanak... memang syok mandi sakan kat sini :)

Aqua Play


 
Kids Splash Pool

 
Kids Slide

Untuk Kids Slide , aku  mintak izin nak main gelungsur nih, sebab slide orang dewasa tinggi-tinggi sangat aku tengok.. Fuh, nasib baik penjaga kolam tu bagi......aku pun try. Tiba-tibaaaaaaaaa, ops, sangkut....hehee..tak licin mana kan, so aku try baring...bila dah baring, still tak laju..sampai sudah aku ngengsot, ahahaha...



6. Turbulent Lazy River

Sungai buatan ni, sesuai sangat untuk kita bermalas-malasan, ehheeee..rileks jer mandi kat sungai nih tau. Macam biasa, aku memang takkan naik atas pelampung kalau ke sungai buatan camni, aku lagi suka rendam !! hehee~



7. Pizza-Pizza !

Yihaaa, Ni baru betul-betul enakk...Enaknya Pizza pelbagai rasa ! Ada yang pedas, ada rasa maggi..haha~ Yang penting, sedap!!!!!! Sebab mandi manda penyebab perut lapar..kan. Jadi, pekena pizza...memang ngam ! Pizza Time awak !






8. Adult leisure pool.

Ini kolam kosong, takde apa, cuma luas untuk rendamkan kepala..Rileks habis... Ianya berdekatan dengan cabana yang kami letak barang dan hampir dengan kedai Pizza ...

  


Kemudahan yang disukai ..............

1. Cabana
Oh, cabana rupanya pondok camni..hehe...ada banyak jenis...ushar semula jadual tuh :)



2. Direction yang jelas

Tengok, signboard tu bawak ke arah yang betul..mudah nak faham..Takdelah sesat, ehehee


3. Surau

Yes, mungkin ada yang nak datang pagi, sampai zuhur tak siap lagi...bolehla solat dulu..

4. Kiosk.

Ada banyak kisosk lain jugak.





5. Washroom dan Toilet Yang Bersih.
To me, aku selesa... maybe time pergi tu tak berapa ramai orang..kan... Fuhh, syiokk !

 

So, Overall To Me ??

Smile ~

Yassss, satisfied !! Enak Sungguh lah bercuti macam nii..mandi manda dengan sakannya!
Main air, kalau reramai, lagi bertambah kemeriahannyaaa............

Ok, Nak Harga Tiket??

Adult: RM 33.00
13 years and above
Child / Senior Citizen / OKU: RM 23.00
Child above 90cm until 12 years old / Sr. Citizen 60 years above
Child below 90cm entrance is FREE.
Combo Tickets ( Safari Park + Water Park )
Adult: RM 88.00
Child / Senior Citizen / OKU: RM 58.00
* Prices are of 0% GST.
* Terms & conditions apply.
* Prices above are with effect 1st of June.

Sebelum tuh, Jom Grab Promotions Niy ! Untunglahh



Berminat nak tahu lebih lanjut mengenai waterpark di Bukit Gambang Resort City ini, silakan rujuk segala info di bawah :-

Alamat
Bukit Gambang Resort City,
26300 Gambang, 
Kuantan Pahang Darul Makmur,
Malaysia

No. Telefon
+09-548 8000 ext. 8400 
Fax : +609-548 6288

Facebook

Instagram

Email
bg_waterpark@bgcr.com.my

Hotline
016-9884768

Bukit Gambang Resort City - Water Park
Operation Hours: Monday, Wednesday & Thursday 11.00 am - 6.00 pm
Friday, Saturday, Sunday, Malaysia Public & School Holidays 9.30 am - 6.30 pm
Close on Tuesday except Malaysia Public & School Holidays


--------------------------------------------------------------

Kat mana Nona tidur lepas dah letih mandi manda???
Baca SINI 

---------------------------------------------------------------------------------------------------
  
Kredit picture : Mr Google, Sis Lin, Mar Mansor, Kak Dilah.



THE GREATEST SHOWMAN MUSICAL CIRCUS PERTAMA DI CAPITAL CITY JOHOR BAHRU

$
0
0
Musical Circus Pertama Di Capital City Johor Bahru || Hello ! Great still alive today !

Wow, it is circus ! Long time no go to circus ! So, now Nona dah tahu, where to watch a circus , BUT wait, now it is musical circus ! Hehee~


Apa yang menariknya, untuk first show ni, ianya mengikut movie 'The Greatest Showman'.
 Siapa tengok movie tu, anda mesti mengenali watak-watak yang wujud dalam movie nih :)


 Bersempena dengan ulangtahun ke-250 pertunjukan sarkas dunia, pusat hiburan dan taman tema yang bakal dibuka sepenuhnya kepada orang ramai pada tahun hadapan, Capital City Mall, yang terletak di Tampoi, Johor Bahru, memperkenalkan sarkas muzikal pertama di Malaysia - MCM London Musical Circus (di bawah naungan MCM Studio).

Pertunjukan perdana MCM London Musical Circus pada 18 Ogos 2018 telah dirasmikan oleh Datuk Bandar Johor Bahru, Tuan Haji Amran bin A. Rahman, Pegawai Kewangan Negeri, YB Dato' Haji A. Rahim bin Haji Nin, Pegawai Daerah Johor Bahru, Tuan Haji Mohammed Ridha bin Dato' Haji Abd Kadir, serta disaksikan oleh ramai lagi pegawai kerajaan, rakan kongsi, wakil media dan para jemputan.






Fuhhh ! Main motor dalam cage ! Awesome beb !



Encik Kiril Kirilov, Pengarah Urusan Big Kid Entertainments berkata, "The Greatest Showman menawarkan pengalaman hiburan fantasi terbaru untuk segenap usia dan kami sangat mengalu-alukan semua untuk berkunjung ke sarkas muzikal di Capital City."

Encik Siow Chien Fu, Pengarah Eksekutif dan CEO kepada Capital World Limited Group yang membangunkan Capital City berkata, "Pergi ke sarkas adalah fantasi setiap kanak-kanak, termasuk saya semasa kecil. Kami telah meletakkan harga tiket yang berpatutan supaya semua kanak-kanak boleh merasai pengalaman ke sarkas muzikal bertaraf dunia. Pembukaan sarkas muzikal secara tertutup yang pertama di Malaysia ini diharap akan menaikkan Capital City sebagai destinasi tumpuan bagi meluangkan masa berkualiti bersama keluarga dan kawan-kawan."


  




Beli tiket anda sekarang !

Terbaik musical show pertama di Malaysia !

Oh ya, kata Cik ni, show akan bertukar every three months, means bertukar movie...
Takdelah boring tengok yang sama je kan..betul tak..hehe~


Oh ya, Ini adalah one of media invitation.......Me of course lah with JDT Bloggers okay !!


MCM London Musical Circus
Level 8, Capital City, Tampoi, Johor Bahru
Online ticket: www.greatestshowman.net
Offline ticket: Kaunter belian tiket di Capital City
Hotline: 016-4071880

Inquiries:
info@mcmstudio.asia

Facebook:

Instagram:

Tel: +607-238 6622 / 232 1718
Fax: +607-236 3322





Saya suka ! Saya puas hati !
Nanti nak pergi lagi, for  next show ! Winkkk ~

Keep It Up Capital City !
Thanks and have a nice day ~









SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2018

$
0
0
Hai ! Syukur masih bernyawa. Syukur masih boleh bercuti pada hari raya.....

Today is the day ! Salam Aidiladha kepada semua Muslimin dan Muslimat.

Yes, inilah hari di mana hari pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dalam menurut perintah Allah S.W.T

MashaALLAH, besar sungguh  pengorbanan.........

 “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)


Kasik selfie satuu!! Baek punya posing !


 Banyak kisah pengorbanan yang selalu aku  baca dan dengar. Aku percaya, setiap daripada kita pasti ada melakukan pengorbanan........ Pengorbanan perasaaan, tenaga, masa dan rezeki..... Boleh menitis air mata bila tahu setiap pengorbanan yang dilakukan... Sama ada pengorbanan itu berbaloi mahupun sebaliknya .. kan ?



Tahun ni, ada 8 ekor lembu...dan dua biri-biri dijadikan korban.. Tuh lubang dah siap sedia.

Dekat jer taman dengan surau tempat kami :)


Please doakan adik dan abah aku hari ni pergi Sarawak.........
Semoga selamat pergi, selamat sampai semula ke sini... AMIN !

================


Bos aku bagi reminder this year, buat lah qurban every year.. Dari sekarang dah kena ada simpanan untuk  buat qurban next year ok. ..

=================







Notahati :: Have A Nice Day !

Teruja Cabar Diri Sendiri Di Active Academy, Bukit Gambang Resort City

$
0
0
Active Academy Bukit Gambang Resort City, Pahang || Hello ! Hari ni nak story pasal Active Academy yang ada di Gambang Resort City. My sister laju jer komen IG, tanya kat mana hari tu aku berflying fox ...Lahh....rupanya kat BGRC ada ehhhhh~ Ops, bukan hanya flying fox je ada, tapi banyakk lagii aktiviti mencabar yang lain! I am so excited you !

Betul-betul mencabar fizikal dan mental !!!!


Read till end k .


1. Flying Fox

Dengan ketinggian 135 meter ke bawah, dari platform atas aku ditolak terbang menggunakan tali!
Wehhh, masa memula tu rasa agak seram gak lah, sebab tengok member aku Fatin jerit macam menakutkan sangat woo ~

 
She scream loudly sampai aku pon cuak !
 Haha...padahal dari bawah dah nampak ketinggian macam mana kann...

And me 

Can you see? Tu namanya release tension ~  Ketar kaki after that ~.~


2. ATV Ride


 
ATV Girl ~

ATV atau nama panjangnya All- Train Vehicle tak memerlukan lesen untuk membawanya di track BGRC nih, cukup sekadar ada keberanian dan kekuatan. To me, ianya sangat best ! Rasa macam nak tumbang, tapi sebenarnya ia kukuh tau! 4 tayar kan, stabil ler ~ 


Walau track berliku, ianya selamat,  kena pandai kawal ...jangan laju sangat...slow and steady..hahaa..orang lain dah potong, aku tak sampai ke penamat lagii =.=


 
Dua orang naik pon boleh..no hal ~


3. Paintball

Paintball lover? Or newbie? Yes, sini ada disediakan dua jenis paintball activity bertemakan jungle paintball. 

                                                                          Jenis paintball :-
  • Paintball Warzone 
  • Paintball Target Shooting


Kena ker tidakkkkkkkk!!

Kitaorang tak cukup korum, so cuba Paintball Target Shooting jela... Semua orang dapat 20 peluru, dan perlu tembak ke arah papan sasaran atau papan target di bawah nun.. ..... Kalau terkena sasaran, dikira handal ler.. hehe~



4. Archery

Bagi orang Muslim, aktiviti memanah itu adalah salah satu sunah nabi.. Jadi jomlah kita cuba !

 

Untuk aktiviti memanah,  finger protector perlu digunakan untuk mengelakkan jari dan lengan daripada melecet semasa menarik panah dari busurnya.

 
Izinkan saya memanah hati awak !

 

Jangan risau, ada 10 panah untuk kita test.....
Cuba dapatkan centre (bulatan kuning) banyak banyakk ! Hehee

5. Horse Riding.


Untuk aktiviti ini, ramai dalam kalangan anak-anak JDT Blogger je yang join. Tapi orang tu cakap, kalau berat orang dewasa, di bawah 80 kg, masih dibenarkan. Apa nak ditunggu, member aku terus cuba. 
Takut tapi mahu

Overall? Aku rasa nak repeat je lagi tau ! Kalau boleh ke BGRC akan datang, aku nak try lagi aktiviti kat Active Academy nih ... Ajak member..........meriah kalau ramai-ramaii ~

Dan tak perlulah risau tentang keselamatan, sebab semuanya terjamin. Peralatan cukup, cara-cara pun diajar lengkap agar tak tersalah step. Yang penting, jika ada apa-apa sakit seperti sakit jantung, atau lain-lain, mohon diberitahu, agar instructor tu alert. 

Kemudahan dan aktiviti keseluruhan yang ada sebenarnya amat banyak :-

  • Field management games
  • Obstacle Challenges
  • Telematch Field
  • Day & Night Jungle Trekking
  • Problem Solving Puzzle
  • Treasure Hunt/ Explorace
  • Flying Fox
  • Paintball
  • ATV Ride
  • Sky Trail
  • Camping
  • Survival Skill

Rasanya sesuai for team building activity tak??

Yup, Memang sesuai, sesuai sangat lah... Sebab peserta umpama keluar dari zon selesa, mencuba benda yang tak selalu dilakukan hari-hari. Belajar banyak teknik baru, mencergaskan minda dan menguji kekuatan serta kemampuan diri. 

Dulu masa student, aku suka jugak aktiviti lasak macam ni, buat kurangkan stress, sebab kita fokus pada aktiviti yang disediakan dan enjoy ! It is macam kita build self confident level ok ~

=======================================

Sunshine Package : 
Flying Fox + ATV Fun Ride + Archery + Paintball Targer = RM38.00 /person only

========================================


Kepada yang berminat, excited macam Nona jugak............sila ke info seperti di bawah :-

Bukit Gambang Resort City
26300 Gambang, Kuantan, Pahang

Tel: +609-5488000/8111/8112/8113
Fax: +609-5486666
Email: enquiry@bgrc.com.my

Facebook:
Active Academy
Instagram:

Website:









Segmen Bloglist 2018 Nurul Najihah

$
0
0
Hi !

Rasanya, lama tak join segmen.............mehla nak join jap..buat tambah kenalan........and support blogger ~

Klik Gambar Kalau Nak Support gakk ~ Last day : 23/08/18 woi



~Masuk kat bloglist pon dah cukup baik bagiku..hewhew~



Percutian Menarik : Tak Rugi Singgah Bukit Gambang Safari Park !

$
0
0
Soalan aku terjawab, aku dapat tengok depan mata sendiri, apa yang best dan beza kat Bukit Gambang Safari Park nihh..

TERNYATA ADA KELAINAN !! 
TAK RUGI AKU MASUK BGWP (Bukit Gambang Safari Park)


`1.WILD SAVANNAH

Ni aktiviti rare.. Tengok haiwan menaiki tram atau ATV ? Pilih, pilihh..hehe~
Nah, di sinilah kelainan berbanding safari yang aku pernah singgah sebelum ni.. First time, I Tengok depan-depan track naik ATV berjalan dalam safari........... ATV tu ialah :-

Baca pengalaman Ain Di SINI 

Naik mende alah kat atas ni, sambil tengok haiwan haiwan yang mungkin boleh mengejar tuan ATV ni...fuhhhh~

Best Tengok Haiwan Buas Secara Dekat, Syok  !

Haiwan yang pernah dan tak pernah aku tengok , banyak kat sini... Paling aku excited dengar ngauman Mr Lion ! Tak kisahlah kat mana pon, aku mesti suka dengar ngauman singa...hehe~

 
Bila singa tu pusing, aku pon terus bertentang mata ngan diaa.... sangat aummm! haha


Haiwan lain pon banyakk :-




2. BANYAK SHOW  YANG BOLEH DITONTON BERSAMA SI KECIK
Yes, Tak sah kalau takde show kan~ Show ni semua menarik, dan akan buat anak-anak terpegun! Aku pon excited okayyy !

A~   PREDATOR NO-HUMAN CONTACT-SHOW

Predator Arena

Besar gila tengok skrin kaca tu.....besar.. macam tengok wayang tapi lagi besar dari skrin wayang..ehehee.. Kami dihidangkan dengan persembahan dari haiwan  seperi harimau, singa, landak and lain-lain.. Apa haiwan-haiwan tu buat ? ?


Ada yang masuk ke dalam kolam untuk dapatkan makanan, fuhh..time lompat jangan cakap..takut aku kalau terlepas keluar dari skrin kaca tuh woi !

Ada yang lalu jerr..tunjuk diri...sebab nak orang puji comel..kekeke~

Sambil haiwan haiwan beraksi, someone akan explain tentang kebolehan haiwan-haiwan tersebut, shelf life dorang, and banyak lagi info lah~

B~   WONDERFUL BIRD SHOW

Forest Arena

Aku setuju ianya wonderful ! Masuk-masuk je aku tengok hiasan dalaman .. Whoaaa..besar jugak, cuma takda skrin kaca yang besar macam kat show sebelum ni.... Instructor di hadapan akan bagi arahan kepada burung-burung untuk mengira, terbang ke penonton, menunjuk diri saja pun ado !


Kredit Pic : Kak Sunah Sakura

Why the bird fly to her? HEHEE.. Sebab kakak manis tu pegang duit warna hijau... RM5. Tugas burung ni ialah tolong collect duit sumbangan untuk membantu pusat pemuliharaan burung di Malaysia. Burung ni dapat detect duit kaler hijau dan merah only.. Means note RM5 dan RM10.. Terbaik orang yang mengajar burung ni kan.. Haha !!


C~  AFRICAN YABARA FIRE SHOW

Best ! Aku terbeliak tengok orang makan api..selalu tengok kat TV je....Hm, budak-budak? Lagilah sukaaa ! Semangat duduk kat bahagian depan, sampai terasa haba nya api tu..kekekee~

Dorang bukan makan api je, buat lawak pon pandai ok~


HUWARGHHHHHHHHHHHHH!


Lagi, lagii..haha



D~  TARSAN ADVENTURE SHOW

Village Arena

Tak sangka, impian nak jumpa tarzan depan-depan dah terlaksana weh! Best persembahan dorang, siap berpaut pada akar kayu, sebijik terbang macam tarsan... hehe..cuma takde scene lalu kat air masa aku nengok ni..heee~ Orang yang sama je buat persembahan kat sini..hewhew~ Penceritaan berbeza , mesti terselit perubahan storyline tau taip kali kalau pergi sini..

3. NIGHT JUNGLE 

Ok, jom tengok haiwan memalam pulak...ada yang bangun tidur bila malam menjelma....ada yang sambung tidur, ahahah~ 

Antara haiwan yang aku jumpa, khinzir liar afrika, black panther, kangaroo putihh....tapir..pelbagai jenis kucing, Ehh, banyak lagi yang memang jarang aku jumpa. Ciptaan Dia yang Esa kan memang pelbagai !

 
It is Tapir there !

Gambar di bawah, sebelum ke bird show, kami tengok bear first....Comel sangat ! 
Rasa nak bawak balik, buat bantak peluk woi ~



4. DINING WITH WHITE LIONS

Yeehaaa....makan sambil tengok singa putih berkeliaran ! Lagi best duduk dekat dengan cermin tuh~ Hehee~Tapi time aku datang ni, singa putih is sleeping.........time tidur kan, tak bolehla nak kacau...


So inilah gambar dari Mr Gugel. Agak besar ruang makan ni...... Selesa sangat tau ~


See, the white lion tengok pengunjungnya....Haha~


5. BELI GIFT UNTUK KESAYANGAN

Image result for simba hill gift shop bukit gambang 

Rugi pulak tak beli apa apa kat sini.hari tu ada baju T-shirt clearance stock, RM 10 je mek !
Aku dah beli barang lain kat gift shop lain....so konon tak nak beli lagi...............sobbs !
~Siapa nak pergi..i nak kirim..hahaa~

==============================

Ok lah, sebenarnya, banyak gila aktiviti lain yang dah tersenarai kalau ke sini.........Tapi kita singgah mana sempat jela... Janji ENJOY TOGETHER !

So, anyone yang nak jugak tengok semua nih depan-depan mata, yang nak tahu more ....
jomm simpan info di bawah :-

Bukit Gambang Resort City
26300 Gambang, Kuantan, Pahang

Waktu Operasi:
Selasa - Khamis 12.00 pm - 9.00 pm
Jumaat - Ahad 10.00 am - 9.00 pm
Cuti Umum dan Cuti Sekolah 10.00 am - 9.00 pm
Isnin - Tutup

Tel: +609-5488000/8111/8112/8113
Hotline: +6016-9884769
Fax: +609-5486666
Email: enquiry@bgrc.com.my

Facebook:
BGRC

Taman Safari Bukit Gambang

Website:


Harga Tiket dengan 0% GST:
Dewasa 13 tahun ke atas: RM 63.00
Kanak-kanak / Warga Emas / OKU: RM 43.00
Kanak-kanak tinggi melebihi 90 cm sehingga 12 tahun
Warga Emas 60 tahun ke atas
Kanak-kanak tinggi bawah 90 cm masuk PERCUMA.

Tiket Kombo ( Taman Safari + Taman Tema Air )
Dewasa: RM 88.00
Kanak-kanak / Warga Emas / OKU: RM 58.00
Untuk Disewa:
Baby Stroller (RM15 + RM15 deposit)
*Wheelchair disediakan atas permintaan ~

-------------------------------------
Keep It Up Bukit Gambang Resort City !

-------------------------------



Kredit Beberapa Pic : Sis Sunah, Sis Lin, Sis Dilah

FAME : Secret of Stylish Woman

$
0
0
Fall In Love dengan kosmetik dari Fame Cosmetics || Makeup itu perlu. Pilihlah nak yang basic je ker or yang heavy.

So yeah....These two things make me confident bila keluar ke mana-mana, sebab ianya menyerlahkan wajahku yang agak kusam ni.. .hehehe~ Not very heavy, sedap je bila tepek kat muka dan bibirku.

 No automatic alt text available.
FAME BB Cushion 


FAME Lip Matte 

Tadaaaaa ! 
Both of us, using same code of BB Cushion and Lipmatte !

Before enjoy beraktiviti ! Wow ker Wowwww ! 

BB Cushion code : Ivory
Lipmatte code : Rusty

 
Semasa aktiviti, bukan main maintain make up..hehe~


Apa yang best dengan FAME Cosmetics nih :-

1. Tak rasa heavy, sama ada di muka atau di bibir.
2. Selamat dan ada kelulusan KKM 
3. Tahan lama
4. Mesra solat, kerana mudah dibersihkan
5. Banyak warna dan pilihan

Di sebelah petang, singgah ke Bukit Gambang Safari Park, panas lit-lit punya cuaca, i tepek BB Cushion untuk menambah seri. See, lipmatte tu membuat aku rasa syantik ! 



 
Us, with FAME Cosmetics.

 Sambung aktiviti lasak, kita tepek lagi kosmetik dari FAME .. hehe :) Automatik mulut jadi muncung EHHHhhhhhhh??!

Tak boleh move on, always be my favourite lah !!

================================


Untuk Menyerlah Jugak , Sila Contact :-
Facebook : Fame Cosmetics

No automatic alt text available. 
Offer start now !

============================================

Till then, sambung jalan lagi.......


SDS Bakery & Cafe Dibuka Di Desaru, Johor

$
0
0
PROMOSI HARI PEMBUKAAN || Hi ! Good News ! 

SDS Bakery and Cafe , mereka meluaskan empayar ke Desaru. So sempena hari pembukaan nanti, grab lah opening promotion untuk produk mereka di sana !! Huhu~


 

Keep it up, Tahniah SDS Bakery :)

Selamat Hari Kemerdekaan Yang ke 61 Tahun !

$
0
0
MERDEKA ! !

HAPPY BIRTHDAY MALAYSIA !!!!!

Syukur masih bernyawa pada hari ni, saat ni, dan syukurlah kerana Malaysia masih aman! (Kibarkan Jalur Gemilang anda ! )

Sempena hari kemerdekaan ni, dapatlah aku merehatkan diri, dan berblog ..

Kalau rajin sikit, kita keluar hadap jammed...betol tak..haha~

Banyak sebab aku sayang dan suka dengan Malaysia... Tak dapat disangkal lagi, walau apa pon berlaku, Malaysia tetap di hati...Semoga Malaysia terus maju jaya, rakyat masih bersatu padu, mohon segala isu dapat diselesaikan cara baik....

Bertemakan 'Sayangi Malaysiaku' untuk hari kemerdekaan tahun 2018 ni, aku suka baca komen dan pandangan rakyat Malaysia , wish netizen-netizen terhadap Malaysia, erti merdeka dan banyak hal lagi.

Beberapa hal yang aku suka , aku screenshot kan untuk tatapan dan simpanan.






                      



Sayangi Malaysiaku !
#kitapunya 
#malaysia2018
#alwaysprayforMalaysiaTanahAirku



Viewing all 2098 articles
Browse latest View live