Quantcast
Channel: LIFE WITH LOVE
Viewing all 2093 articles
Browse latest View live

Tahniah Ruzaini dan Natasha !

$
0
0
Hai ! Just to share and keep memory here. Cerita Ahad 19/08/18 , ke Batu Pahat kita~

Jom sesama doakan kedua mempelai Ruzaini dan Natasha..semoga berbahagia serta berjaya membina sebuah keluarga. 

Yes, i do love this pray above.... Membina keluarga, membentuk keluarga, nanti kalau ada rezeki anak, dan banyak lagi.....tanggungjawab yang sangat besar kan....................

 
Sama cantik and sama padan....

Yang si lelaki tu, member tempat kerja aku, Safety Department.

 Muka happy sebab dah kenyang !!! Weeeeeeeeeee~

Oh, kenalkan..ini kak Ain..masih single woo !

 
Rumah belah laki, siap ada tarian gituu!


Gambar asalnya gelap gilaaa, i cuba tambahkan cahaya, edit sesikit..hoho~

Nampak kecik muka I kann


Selfie itu suatu kehendak...kahh===

Lipmatte? Of course dari FAME Cosmetics ! I loike..rusty code. 


 ====================
Thanks to yang mendoakan mempelai, 

tolong doakan saya pulakkkkkkk......Amin...HUHU.
 ================================






Plan Percutian Santai di Terengganu

$
0
0
Mood Plan Percutian ||  Hai all ! How are you today ? Hm.. Aku punya mood sekarang ialah mood nak bercuti , jauh dari stress kerja !  Google punya google, keluarlah banyak gila tempat dalam Malaysia yang memang best untuk dilawati…..nak bawak family enjoy! Hari tu dah pergi Pahang, kali ni aku aim Terengganu.  For the first time aku tahu tempat ni wujud ! Resorts World! Ehhhh tapi bukan kat Genting Highland tu…aku nak try Resorts World Terengganu.

Aku macam tak percaya ada Resorts World kat Terengganu ! Serious laaa~  Sambil beraktiviti kat resort, bolehla keluar jalan jalan cari keropok lekor kopok lesong, or singgah tempat-tempat menarik yang lain…


Menurut apa yang aku search, Resorts World ni terletak dekat Kijal, dalam daerah Kemaman. Kawasan ni rupanya lagi dekat dengan Kuantan berbanding Kuala Terengganu tu sendiri. Paling aku suka sangat masa search ni, Kijal letaknya di persisiran pantai , pasirnya putih bersih, air yang jernih, sambil dikelilingi pelbagai tumbuhan seperti pokok rhu serta pokok kelapa. .

Ui, seronok landing, lepak-lepak tengok laut dan langit dari bangku tuu….syoknya !


Mesti cantik gila posing sini…. Adoi..suka betul lah !
Tambahan lagi,  terasa lagi special bila dorang sediakan tempat khas yang dibuka special only for guest hotel.
Bilik macam mana? Ok, lagi satu hal yang aku suka dan setuju sangat benda pertama kalau gi bercuti ni, ialah tempat penginapan yang selesa.

Walaupun dah dibina selama lebih 20 tahun, ianya Resort World Kijal nampak macam baru ! Yela, tempat terjaga elok, mestilah masih teguh…kan? Apa yang aku nak untuk next percutian, semua ada di Resorts World ni tau :-
1.Tengok sunrise
2.Bilik menghadap laut
3.Dengar deruan ombak dari bilik
4.Wi-fi dan TV cable jugak ! Amatlah penting.
Antara dua jenis nih, of course aku pilih yang hadap ke laut laa… syoknya nanti  ~
Dua jenis bilik :-
DELUXE – Menghadap golf course
PREMIER- Menghadap laut


Takkan bilik je best? Hehe,  Resorts World ni pun ada macam-macam fasiliti lain. Aktiviti santai boleh dilakukan bersama family seperti  main pantai, or main di games room. Kat dalam tu ada snooker, karom dan lain-lain. Main chess besar, kira macam dalam cerita Harry Potter tu. Kalau tak, boleh je main golf or pergi  berurut kat spa dia.. Amboii..relax betul tuh !

So, aku dah boleh set date dah dari sekarang……nak dua hari semalam ker? Alang-alang tengah promo bilik yang menghadap ke laut dan access untuk golf course, memang harga mampu kalau bawah RM500 tuhh, berbaloi…….
                                             
Kat mana nak book? Alah, senang sangat kalau book hotel dekat website Traveloka Malaysia .



Situ, banyak giler hotel ada. Nak cara lain, boleh jer  tulis traveloka Malaysia kat Google, nanti keluar lah link untuk website tu. Lepas tu, type dalam search box tu, Resorts World KIJAL, Terengganu. Ha, jangan pilih Genting or Langkawi pulak. Ok, set nak tarikh bila and proceed. Nanti akan keluar jenis-jenis bilik dengan pilihan nak breakfast or tak. Kita kena tengok harga dia kat belah kanan. Haa senang kan? Kalau rasa harga tiket macam agak mahal gitu, kita boleh tekan kat box untuk tarikh, tunggu dia load kejap. Tengok kat tarikh yang bawah dia ada nombor kecik warna hijau. Itu menandakan hari kat mana harga bilik kat hotel tu mostly jadi murah. Pilih tarikh dan bilik yang disukai dan yang penting, masih dalam bajet .

Siap pilih, apa lagiii…..haaa..  proceed untuk booking. Nak lebih banyak discount? Kenalah sign up or login into account traveloka kita. Boleh dapat 20% off kot. Masukkan details yang di minta kat page tu, and proceed dengan bayaran. Ada pilihan untuk bayar penuh or just deposit, depending on the hotel. Then lepas dapat confirmation e-mail, bolehlah kemas beg untuk pergi bercuti! Yihaaaaa !

Tak sabar nak bercuti !!!
Percutian santai dapat menenangkan jiwa :)



TERKINI : Everia Villas Resort Menampilkan Penginapan Seperti di Luar Negara !

$
0
0
EVERIA VILLAS RESORT, PAHANG || Inginkan penginapan ala-ala luar negara?? Di mana ada? Yess, di Malaysia kini telah wujud penginapan ala-ala oversea. Dari tepi jalan, I am so excited, terpegun melihat reka bentuknya yang menyerupai seperti rumah-rumah di Amsterdam, San Frasisco dan Venice, Italy. Wow ! Acah-acah di oversea lah gitu ~

Image result for everia villas resort 
Credit Pic : MR GOOGLE
See the design ! Fuhhhh, fuhhhhh ! Nice view ~


                                

Keluasan kawasan ni mencecah sehingga 727 ekar sambil dikelilingi pokok-pokok dan bukit bukau. Barulah rasa sedikit privacy untuk mereka yang menginap di sini.

Eksklusif di Bukit Gambang Resort City, sebanyak 126 unit rumah telah selesai dibina khas untuk pengunjung. Ia terbahagi kepada dua jenis rumah :-

1. Double Storey - 3 bilik tidur
2. 3-storey - 4 bilik tidur

 


Ciri-ciri Everia Villas Resort :-

1. Tiga design Villa ala-ala luar negara  : Amsterdam, San Frasisco dan Venice Villa.
2. Setiap bilik memiliki bilik mandi sendiri, tak perlulah susah-susah share toilet untuk dua bilik.
3. Ruang tamu, dapur kering dan balkoni yang superbb selesa... 
Nak lepak memang syok habis !

4. Fully furnished.
5. Kemudahan laundry
6. Wi-Fi dan televisyen untuk seisi rumah.


LIVING ROOM

 
BEDROOM


Related image

I love this very muchhh ! Venice Villa ~

Bagi mereka yang teringin jadikan penginapan sepanjang percutian di Bukit Gambang Resort City, atau ada plan nak buat family day, atau nak belii?? SANGAT SESUAI !!  Kerana lokasi yang strategik, dan kemudahan yang disediakan memang banyak !

KEMUDAHAN LAIN :-


  • Tempat barbeque dan steamboat
  • Dijaga rapi, kawalan ketat oleh security guard

  • Gymnasium
  • Swimming Pool for kids, and adult
  • Badminton Court
  • Table Tennis
  • 24 jam call services

LOKASI 

  • Gambang, Pahang. Senang nak access ke Pantai Timur (Lebuhraya Pantai Timur, dan Segamat-Kuantan)

  • 198km dari Plaza Tol Gombak

  • 35 km before Bandar Kuantan

  • 20 minit kalau drive kereta dari Kuantan Airport.


Bukan main syok lah kalau plan family day or company trip ke sini........fuhhhhh !

Kepada yang berminat, sila grab promosi Balik Kampung yang sedang berlangsung bermula Ogos hingga akhir September 2018.

Check pakej yang telah termasuk pakej BGWP, BGSP dan Outdoor activity okayyys ?!


Untuk info lebih banyak dan berkesan,  boleh hubungi
09 548 8000/ 8111/ 8112/ 8118
atau
Fax 09 548 6666
atau melalui email enquiry@bgrc.com.my

Website : www.bgrc.com.my

BOOK YOURS ! 
CHOOSE BEST DESIGN FOR YOU !


 
Till then, XOXO ! Heheeee~







Resepi Kuih Talam Kacang Hijau

$
0
0
Hi! Just entri santai to share resepi sedap ni...bab kacang..mak I suka.. bubur kacang..coklat kacang...hehe...nanti boleh try buat kuih ni pulak


KUIH TALAM KACANG HIJAU MENYELERAKAN...  Sedap buat sarapan atau minum petang .. 

Lapisan bawah - (kacang hijau )
1 cawan kacang hijau (yang telah di rebus lembut dan mesin halus sikit)
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung ubi
1 cawan gula
3 cawan santan cair + secubit garam
beberapa titis pewarna hijau
--------------------
Cara-cara :-
1. Panaskan kukusan, lapik loyang dengan plastik atau boleh juga sapukan minyak terus pada loyang.
2. Masukkan semua bahan kecuali kacang hijau kedalam periuk dan kacau rata. Tapiskan dan masak sebentar sahaja di atas api sehingga pekat sedikit. Masukkan kacang hijau yg dimesin dan kacau rata.
4. Tuang adunan kedalam loyang dan kukuskan sehingga masak dalam 30 minit.

-----------------------------------
Lapisan Atas - (santan)
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat
1 sudu teh garam
---------------
Cara-cara:-
1. Gaulkan semua bahan dan tapiskan. Masak adunan diatas api yg perlahan. Sentiasa kacau supaya adunan tidak berketul-ketul.
2. Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan santan atas permukaan kacang hijau tadi.
3. Kukus lagi selama 25 minit dan sejukkan sebelum di potong dan hidangkan.


Okay. Selamat Mencuba!  Kepada Diri Sendiri Jugak ... Heheee 

In Love With U, Yarra Beauty Care

$
0
0
Make Up Dengan Yarra Beauty Care || Hi... Hari ni nak share penyebab muka aku jadi seperti dalam gambar-gambar di bawah. Tak sangka macam ni hasilnya ! Ok, fine !





Fuhh ! Kemainnn effect nya tau ~

Aku tengah usahakan nak kurangkan whitehead and blackhead , marilah tunggu resultnya ya :)


Well, actually dah lama aim, since Muabellaz buat review... andd finally berada dalam tangan ! Yihaaaaa, cecepat tepek kat muka tau !

See, muka beroutdoor bersama YARRA Beauty Care...
Dalam takut-takut nak try flying fox, kita kasik selfie duluu ~

Rasa macam glowing syangat nii !!!! heheh

APA ITU YARRA BEAUTY CARE??

Didatangkan special dalam satu set. Set 4 dalam 1 Yarra Beauty Care memberi impak positif terhadap kulit wajah seorang Nona :) Sangat sesuai jadi sebagai asas make up, lagi syok, sesuai untuk apa jua aktiviti, indoor or outdoor.... 

Kandungan di dalam YARRA set 4 in 1 :-

Face Mist
Moisturizer
DD Cream Foundation
Kabuki Brush

Kelebihan di dalam setiap barang :-

1. YARRA FACE MIST (50 mL) :-

Mengandungi Alpha Hydroxyl Acid
Melembapkan kulit wajah
Membersihkan lianf pori
Membuang sel kulit mati
Melembutkan kulit

2. YARRA XTRA C MOISTURIZER

Mengurangkan whitehead dan black head
Melembabpkan kulit
Menyegarkan kulit
Melindungi kulit dari sinaran UV
Merawat kulit kering
Membantu masalah tona kulit tidak sekata


3. YARRA DD CREAM FOUNDATION

Mengandungi SPF +30
Ringan dan memberi kesan glowing.


4. YARRA KABUKI BRUSH
Paling penting pasal berus is HALAL.. Kalau halal, barulah rasa selamat nak tepek. Jangan sebarangan guna berus yang tak tahu diperbuat dari bulu apa tau ~

BEST KE GUNA YARRA BEAUTY CARE ?

Sejujurnya, aku rasa best ! Memang betul, foundation nya ringan.... Bila tepek di muka, nampak glowing habis ! Aku bukan setakat bawak gi jenjalan, tapi masa gi kerja pun tepek Yarra sebab senang dan suka sangatttt lahhh ! Bukan Nona sorang cakap, tapi testimoni lain pun ada ya ~

Image may contain: 2 people, people smiling, phone and text

Suggestion aku, tepek Toner sebelum guna moisturizer, ohhhhkay Yarra takde toner ya...dan lepastu, letak bedak ..tapp, tappp.... siapp ! Pantassss jer !


I LOVE YOU, YARRA BEAUTY CARE !

So, anyone yang nak jugak nampak glowing...jom guna Yarra Beauty Care  !


Untuk dapatkannya.

Boleh terus wahtsapp nombor ini:

Facebook HQ:


Instagram:

Garlic Balm ZM Beauty 100% Asli & Natural

$
0
0
Garlic Balm Sangat Membantu || Aduhhhh, sakit perut menyerang, dahtu, tengah selesema pulakk...... stresss betul ! So, apa nak dicari? CARI GARLIC BALM!!  Inilah salah satu cara mudah dan selamat nak kurangkan sakit perut dan selesema yang menyerang ..

          

Garlic Balm  nama diberi. Rasanya tak panas sangat bila disapu pada kulit, sebab tu budak kecil pun sangat sesuai gunakan Garlic Balm ni.~ Bau ? Dah semestinya bau garlic, hehe.... Lagi best sebab ianya sejenis balm, takdelah tumpah-tumpah kan kalau terjatuh di lantai..huhu...Dan ianya lulus KKM okay :)

~Jangan risau, nama je balm bawang tapi takkan jadikan kita makcik bawanggg..muehehehe~

 

Banyak kan fungsi nya.... Dari budak kecik sampailah dewasa....semua boleh guna tanpa raguu :) Aku dahh try, memang dapat menghangatkan badan..........cuma dia taklah rasa panas giler ... sedap-sedap gitu. Aku belum pernah batuk lagi sepanjang bersama Garlic Balm nih, nanti aku try and hapdet semula macam mana kesannya ya...


So, ada yang nak simpan satu kat rumah?? Buat bekalan dalam handbag, jika diperlukan di mana-mana pun. Ingat, mudah dijaga dan boleh digunakan untuk kebanyakan waktuu. 

Sila terjah :-

Garlic Balm ZM Beauty




Mari Berselawat : Selawat Tafrijiyah

$
0
0
Syukur dengan kehidupan yang masih diberi sehingga hari ni :) 

Bukak Youtube hari ni, tetiba syahdu....Hati yang sedihh perlu dirawat, jiwa yang kacau perlu ditenangkan, marilah berselawat :)

Related image 

Sudahkah anda berselawat hari ni?? Start amalkan selawat tafrijiyah.....Banyak manfaat bila berselawat kan ~

Servis T-shirt Printing Kajang Memuaskan Walaupun Secara Online Saja !

$
0
0

T-shirt Printing Kajang Merealisasikan T-shirt Sedondon Kami|| "Nona, Cantiklahh baju ~ Order dengan siapa? Elok tak kainnya ?:

Whoa, baru post satu gambar, ramai dah puji-puji, siap tanya lagii...Hari tu beraktiviti kat Bukit Gambang Resort City bersama JDT Bloggers. Apa yang penting kalau join aktiviti beramai-ramai ialah memakai baju sedondon, nampaklah gaya satu team..hihi. .

Benda pertama, cantiknya baju tu disebabkan design yang terletak pada baju tu. Yes, kali ni JDT Bloggers dapatkan khidmat men design logo dari pihak Redzney Creative Network.


Cantik, menarik, menyerlahh gitu !

Dah ada logo, barulah kita mintak pihak lagi satu, T-shirt Printing Kajang untuk letakkan logo pada baju yang kita order.

Apa yang best order dengan T-shirt Printing Kajang ni??

1. Kain COTTON 100% - Selesa, tak panas langsung tau !

2. SERAP PELUH, dan tak mudah mengembang

3. HD Printing (Cetakan HD Pertama di Malaysia)

4. Cetakan TAHAN LAMA, tak mudah luntur warna - Baguslah gini kan !
.
5. Boleh PILIH nak cotton premium atau cotton basic.

6. TIADA MINIMUM ORDER- So, nak beli sehelai je boleh, beli banyak pon bolehh.

7. Boleh pilih dari Saiz XS-5XL - Penambahan RM10 untuk size 4XL-8XL

Dan last, TRUSTED - Ok, ni sangat sangat penting sebab kami order secara online je.. balas-balas whatsapp, dan sampai dengan selamatnya............. Penghantaran agak pantas jugak....kat situ aku tambah markah lagi..hihi.


Aku suka, sebab kain yang aku pilih ni jenis stretchable tapi selesa dan tak panas. 

Rasa confident betul bila sarungkan baju ni, dahlah pilih colour hitam, nampaklah kurus sikit kan..hahaa.. Walaupun hitam, still tak rasa panas lit lit yang teramat...Masih boleh go lagi, siap berjoget okayyy~ Boomerang beberapa kalii, nampak tak tahap keselesaannya tuh !

 Nak terbang jap lagi... FLYING FOX

No problem, lengan pendek atau panjang, boleh saja...jangan mintak lengan half sudahh...sebab lengan half is not available....tetttt...

OPS, BUKAN T-SHIRT JER YANG ADA ....................


Barang lain seperti tote bag, pencil case, boleh custom made jugak yooo....Mintak dorang print, kita just hantar design and bayar ...

Kiranya, dorang ni memang trusted dan banyak pengalaman, feedback pun semua ok, ngam...

 

==================
So,  sekarang dalam planning nak buat event seperti berikut? :-

Hari Sukan
Family Day
Birthday Party
Bride To Be Party
Competition
Zumba Class


ATAU

Anniversary
Present

Haaa...,Jom singgah dan cari Tshirt Printing Kajang.. Info di bawah :-

Alamat : No 40, Bangunan Arked Mara Kajang,
Kajang, Malaysia.

Whatsapp No : 010-251 1422


#bestreviewtshirtprintingkajang
#tshirtprintingkajang


Thanks ! Good services ! Will repeat again ~


Bangkai Kucing Perlu Dikebumikan Jugak !

$
0
0
Hello. Syukur masih bernyawa till today ~

CHAKKKKKKK!

 Jangan kucing nih lompat kat aku sudahh !!

Ok, baru-baru ni aku terbaca kisah viral pasal kucing mati dalam mesin basuh dobi ! Tak sanggup nak letak gambar....Hmmmm.

Aku tak tahu nak cakap macam mana lahhhh, even aku bukan pencinta kucing, dan aku akan elak-elak lah kalau nampak kucing, TAPI tak tergamak la nak buat sampai macam tu..... Ahdoi !

Hari tu baby dimasukkan dalam peti sejuk, nowadays kucing masuk mesin basuh ! Apo gilo ini semuaaaaaaa...

Tadi aku terbaca petikan....Kira macam kata hati si kucing tu sebelum mati....adeh, hmmm


Sadis ! Maybe orang yang masukkan tu ada penyakit mental.....kalau betul ada sakit, so tak sengaja kan, itu boleh dimaafkan lagi..tapi kalau sengaja, memang nahas lah diaaaaa ! 

Hm, 

“Semua makhluk akan dikumpulkan di hari Kiamat termasuklah binatang, burung dan yang lain2. Keadilan Allah yang amat sempurna di mana kambing yang tidak bertanduk akan menerima pampasan / ganjaran dari kambing yang bertanduk.  Allah akan mengarahkan mereka : ‘Jadilah debu!’. Maka berkatalah orang kafir : ‘Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan) ‘(Surah al-Naba’ : 40]. Ini telah diriwayatkan di dalam Hadith Nabi (secara Marfu’) di dalam hadith tiupan sangka-kala”
[Ahmad Syakir. Umdah al-Tafsir ‘an al-Hafiz Ibn Kathir, 1/772, Dar al-Wafaa’, 2003].

Kredit : MUZIR WORDPRESS

Kat tempat kerja aku pon pernah ada kucing mati, sebab tak tahu si kucing tu ada kat tempat berdekatan..senyap jer masa tu... sedih gila tengok dia kaku .............

Then ada member bagi reminder, kalau kucing mati, kena kebumikan dia, bukan buang semata walaupun dah mati.... 

Ok, aku yang tak pernah hidup dengan kucing, barulah tahu pasal ni..sebab ada jugak aku dengar pendapat, ta perlu, just buang je.......tapi pas uh ade member bahan, habis ah..nanti kau mati, takda sapa tengok...mati terbiar macam kucing tuu .Fuhh, kuang ajo ~

Ingat ya, amal kebaikan kepada haiwan, tetap ada pahalanya. Mungkin takut dengan kucing, tapi boleh bagi makan dari jauh...?

 
'Alah, menyampah aku ! Takat nak amek gambo jer, bukan nak bagi aku makan'


HAHA..DEMAND EHHHH.......... Ok lah, tu je nak bebel....semoga si pelaku insaf, dan kita semua dilindungiNYA daripada melakukan perkara kejam macam tu............. AMIN



Giveaway : Let's Be Beautiful by Ana Suhana

$
0
0
Hi ! Selamat Hari Malaysia !

Let's start with join this GA ! Hadiah best, boleh bagi kat mak...hehe

Giveaway : Let's Be Beautiful by Ana Suhana 

Klik banner ya !

Hope ada rezeki buatku... AMIN.

So, anyone? Jomm support blogger japp !


Satisfied ! Design Topi Sendiri Dari Printcious !

$
0
0
Create A Cap From Printcious ! ||  Yes, im still in holiday mood. So, cuaca tak berapa cool, kadang-kadang agak panas, kadang-kadang gerimis turun ke bumi...!

Tapi apa adehal~ Kita boleh pakai topi !
Topi yang selesa, topi yang cantik........... Cantik sebab, create sendiri, yuhuuu, by your own self okayy ! Share sikittt gambor topiii, idea semua dari dalam kepala otak i masa tuu, edit, edit..sampai dah malas nak edit lagi..ahahha~

~Love MALAYSIA, JDT Blogger and my BLOG !

Kat mana aku create and design this ? Of course from Printcious ! Banyak barang aku dah reka sendiri dan idea tu keluar menjadik barang-barang yang aku nak. Sebagai contoh, mug, bantal, T-shirt, magnet....mouse pad ! Fuhhh ! So many-many  ! Heee~


  • Black
  •  
  • Blue
  •  
  • Orange
  •  
  • Purple
  •  
  • Red
  •  
  • Yellow

Choose your own colour ! Aku pilih merahhh! Saja buat hari jadi bersemangat bila pakai ini topii..Heeee~

Why I choose Printcious ?

1. Sebab TRUSTED. Yes, kau dah design sampai lebam mata, dah bayar ikut harga semua, mestiah berharap barang sampai elok..betol takkkk...

2. Sebab BEST. Of course best sebab boleh CREATE sendiri banyak barang ! Aku jadik rambang mata tengok banyak pilihan, macam-macam ada.... sama ada nak buat Mug, T-shirt, Button badge, or many else ~ Gerammm je masa pilih barang tuu..huhu..

Bagi hadiah to beloved one, diri sendiri, atau crushhhh??? Haaa, senang sangat lah, create semua dari hati, gunakan akal yang ada...kiranya, sesiapa dapat hadiah yang berlabelkan Printicious, semua adalah dari hati, yela, sebab luangkan masa nak create best design untuk kesayangan, kannn.......

3. Sebab ADA DISKAUN . Betul, sebab setiap kali masuk website Printcious nih, mesti ada je diskaun yang available tau ! Sekarang tengah offer, 40% potong ! Winkkk3~

4. Sebab FEEDBACK MEMUASKAN. Yes, mostly yang menggunakan perkhidmatan Printcious, semua berpuas hati, dan setuju bahawa ianya memang GOOD QUALITY tau !

Nak tengok barang lain yang pernah ada feedback yang memuaskan ?

1. Magic Mug
2. Mouse Pad dan Non Woven Bag


Overall, setakat ni aku satisfied ! Memang tengah fikir nak create apa lagi, maybe lepasni mousepad untuk meja lain..........or Button Badge? Senang ke memana event, nampak tulisan JDT Blogger..hehe.. Oh ya! Kalau nak order dalam kuantiti banyak pun dialukan... Harga berbaloi bakal diberikan okays !

I'm sure, mesti ada yang cari button badge/keychain/tshirt secara pukal? So you have to go to Printcious website gitu !

Tak kreatif?? Well, dah masa create ni, memang akan pelbagai idea datang, sampai tak reti pulak nak buat ikut idea mana..bahahaha~

Alahh, no wories lah! Create design yang sedapkan mata je !



Now, Jommm Terjahhhhh and Grab Yours !





Tergelak di Zoo Johor

$
0
0
Spend Time Together|| Hai ! Syukur masih bernyawa :)

Lokasi : Zoo Johor
Bayaran Masuk : RM2 dewasa.


Ni adalah kisah lucu time pergi ke zoo hari tu.. Tengok haiwann japp !



Suka tengok :)

Bawak si kecik Itah tengok zoo Johor.... aku tak pernah lah pergi tanpa bawak budak kecik, walaupun member aku ni muda berapa tahun je ngan aku, tetap panggil si kecik, sebab orangnya memang kecikkk !

Singa tengah kehausan !

Kat sinilah aku tergelak sekejap ! Aku terdengar perbualan sorang budak kecik dengan ibunya .. Lebih kurang macam di bawah :-

Anak : Ibu, ibu.....singaaaa! Aummmmm!
Ibu : Haaa, besar...singa tengah tido... (Merujuk kepada singa lain yang tengah terbaring tidur)

Anak : Haa> Singa tidur, kenapa takde bantal bu ???! Dia takde bantal ?

Dan ibu tergelak.....

====================================

Budak kecik memang banyak persoalan ehh........... boleh pulak samakan rutin manusia dengan haiwan.

Tapi tu maknanya, sel-sel otak mereka sedang berhubung, belajar perbezaan kehidupan di dunia ni, bahawa  haiwan and manusia ada perbezaan...bukan semua makhluk sama..kan~ 

Encik Gajah laparr

Sempat aku merasa bagi gajah makan, dan bermain permainan kat situ..........Ishh, ishh, sepanjang 25 tahun hidup kat Johor ni, tak pernah buat aktiviti bagi makan dan bermain go kart air kalau singgah Zoo Johor ~

Naik bende alah go-kart air ni, lenguh kaki i  kayuh .... so lepak lepak tetengah tasek tuu...huhu~
RM 10 untuk 15 minit ! Satu barang ni ~

Love You Both !

Tempat duduk untuk 4 orang, tapi kami bertiga je, Ngko ghaser ?? Tak stabil ahh~
HAHAHA~ Ni pon tergelakk tau.


Niii pon tak pernah I buat, ahhahhah~ Ok la, keep memory in life !

Let's pergi makan pulokkk ~

===========================================


So far, how Zoo Johor? Hmm, time kami pergi nih, banyak yang ditutup untuk pengubahsuaian....mesti nak buat lagiii cantikk.....Tak dapat i tengok rusa and kancil tau..hmm... nak bgai makan burung pun tak boleh, dah ditutup seketika.....

Im waiting for the changes ! Nanti boleh singgah lagii ~


QUOTES On FRIDAY !

$
0
0
Hai !

Dah bersawang betul betul blog saya ni~

Biasalah, mood lari, segala perbuatan pon serba tak kena ~ Walau dah duduk depan lappy, still tak menaip habisss...haihh ! Hmmm~

Dah rasa tenang sikit, nak start balik tu memang take time wooo~

PLEASE, GIVE ME SOME SPIRITS ! Kasik semngat kepada seorang Nona, pleasee ~

Image result for move on

Image result for move on  

Image result for move on

Image result for move on 

Image result for move on

Image result for move on 
Image result for move on 

Image result for lupakan dia

Sebagai nak boost balik mood tu, i kena post beberapa ayat la camnii.. huhu~ Kusimpann, hadam sendiri..............banyak lagi benda nak buat tau ! Ada beberapa review kena siapkan,, haish ! Nona have to MOVE ON !

Pray for Nona, give me strength, kasik sikit semangat !

Susu NUFAEL Memang Untuk Semua Peringkat Umur !

$
0
0
 Tak Menyesal Minum Susu Kambing Nufael  ||  Ada gastrik ? Susu badan kurang ? Antibodi lemah ??

Inilah one of cara yang boleh membantu mengatasi masalah-masalah berikut. Yes, dutanya si Anas and her papa ! Suka betul tengok gelagat dorang kat social media ! Tertanya-tanya apa kelebihan pada Susu Nufael nih ehhhh. So I grab this one, rupanya untuk dewasa pon boleh laaa ~



Susu Kambing Nufael sememangnya 100% daripada susu kambing asli, diimport dari kambing di Holland,  diluluskan KKM serta dipantau oleh MESTI.

Isi kandungan di dalam Susu Kambing Nufael :-

1. Susu Kambing  - Susu terbaik selepas susu ibu
2. Delima               - Kaya dengan zat besi, boleh melancarkan darah
3. Kurma               - Berikan tenaga EXTRA
4. Minyak Zaitun  - Kaya dengan Omega 3 untuk perkembangan otak
5. Kismis                - Membantu minda untuk cepat menghafal.
6. Madu                 - Memberikan selera makan kepada anak
7. Manna               - Khasiat semulajadi untuk badan



:: Sama je ke susu ni dengan susu lain ? Uiiishh......Of course ada beza okay ::

Perbezaan Susu Kambing Nufael dengan susu kambing lain :-

1. Kandungan di dalamnya yang bergabung dengan makanan semulajadi seperti delima, kurma, madu, minyak zaitun, manna serta minyak zaitun

2. Original dan tidak dicampurkan pewarna.

3. Salah satu #FAMILYMILK atau SUPERMILK kerana SESUAI di amalkan semua peringkat umur dan boleh merawat pelbagai penyakit. 




Kelebihan susu Nufael :-


Untuk si Ibu dan Anak :-

Mengatasi masalah anak yang allergy susu lembu sampai cirit birit dan sembelit.
Susu sesuai selepas wean off daripada susu badan.
Elak sembelit yang perit semasa berpantang di tempat bersalin.
Kurangkan jaundice pada anak selepas bersalin..
Stabilkan HB semasa hamil
Peralihandaripada SUSU IBU kepadasusubiasasangatsesuaidiamalkanNufaelni
Membantunaikkanseleramakankanak-kanakselepas 2 tahunkeatas
Membantuuntukselotakberhubungdancepatbelajardanfokusuntukbelajar
Membantukurangkankembungperutdansembelit.

Untuk wanita dan lelaki :-

Membantu cantikkan kulit
Mengurangkan masalah insomnia (susah tidor malam )
Memberi tenaga extra 
Mengurangkan gastrik, angin dan masalah penghadaman.



Wow, wow ! Banyak betul kelebihannya kan ~

Jom tengok feedback yang best best dari customer:-








So, overall to me is :-
Rasanya memang tawar, tak manis....sebab betul betul 100% susu kambing, dan baunya tak
hamis untuk diminum, masih boleh diterima. Syukurlah ! 

Kenyang memang kenyang, nak sedap lagi, cicah biskut ! Perghh, dalam hati niat, aku nak
kurussss ! kekekeke~





Okay, ada yang berminat nak tahu banyak lagi pasal susu ni, sila link INI atau  boleh cari dan beli terus dengan Pengedar yang berdaftar di SINI
ATAU
Social media lain untuk survey sebelum membeli :-
Web: https://nufaelsusukambing.com/

ATAU NAK TAMBAH PENDAPATAN SEHARIAN ??




Parti dan Majlis Perpisahan Hakim

$
0
0
Menangissss terus !

Hai ! Syukur masih bernyawa ! Ini kisah budak department aku yang dah selamat pun berpindah pergi tempat kerja lain...Wow, sedihhhhhh! Yes, dialah yang kuat membahan member, jujur bila rasa nak kritikkkk habisss, ko tadah jer telinga beb tapi dia nii rajin hokayy ! Untung siapa amek dia bekerja.... Adoi, kena mengaku jugaklah dalam nii............sebab post ni pasal dia kan..hahaha~ So harap doa dari semua ya ~


At first, tak sure bila date bos nak buat parti perpisahan tu, so kiteorang buat dulu lah ehh~ hehe~

Hari Ahad hari tu, kiteorang plan makan Ikan Pencek Power kat Plentong.... Tunggu punya tunggu, orang yang nak benti tu sampai bila dah habis makan wehh ! Jadik apo ~

Kak Ain, Ijan, Itah, Atin, Erin and Ayie Only ! Lorhh ~

 Jadik takdek lah gambo budak nak benti tu dalam ni..hahahahaha~


Next, kami berbowling............. malaslah nak cakap time nii...kahkahh~ Hebat jugek hakikatnya~~~


 
Yes, lepasni tak sure bila nak lepak lagii kan Kim ! Next year nak kahwin dahhhh !

OK. 

Sambil berbowling, brownies pon sampai ~

Terbaik beb, sebab siap ada logo terbaik tu..as requested...Nais guys, nais ! Nanti kita cerita tau~


Kenangan jari dioperate.....cedera masa buat kerja....uishh~
Kesian, kesiann ~


Aku je paham .. Apa sebelum and selepas tuuu ~


So, wish aku untuk Hakim :-

Thank You......banyak ajar benda yang aku terlepas pandang..... jadi team yang berguna sepanjang kerja bersama.......... kau tolong push balik semangat aku nak betulkan mana yang salah.................Andddd, bagi kritikan membina ! Wuhuuuu~

Maap salah silapp (Lap hingusss )

Semoga berjaya dalam apa jua yang dilakukan.
Do not ever give up !

Semoga sihat selalu
Semoga panjang umur

Semoga murah rezeki
Semoga rezeki diberkati

Semoga bahagia bersama tersayang
Semoga jadik insan berguna terussss !!!

Semoga terus bertanggungjawab k!


Keep membahan.....haha~ Keep in touch woii ! Kau jangan lupa jempot kami kenduri kau !

Bukan gambo kontroversi ! Tepek as kenangan je kat blog wehhh~ 

 
Nice to meet you Hakimm !

Dah tinggallah dua ketul plus boss dalam department aku..............



















LANTAK FEST DI MYDIN MUTIARA RINI (19-21 OKTOBER 2018)

$
0
0
Hi semua !! Berita terbaik sekarang !!! Banyak giler aktiviti best-best !
Syok habis kalau participate terusssss ! Tengok orang join pon best woooo ! Kalau aku free ni, memang terjah terussssssssss lahhh~







Jommm singgahh !

Daftar sekarang!

1. BATTLE KARAOKE:
*********************
Open battle (18 tahun ke atas)

Apa jua jenis genre lagu.
Daftar RM30.

Markah dikira:
1. Suara
2. Showmanship
3. Gaya dan penampilan


2. MASTERCHEF LANTAKFEST
******************************
Penyertaan berkumpulan (2 dewasa, 1 kanak-kanak)

Menu : Bread and Sandwich
Inti & peralatan disediakan.

Daftar RM30 satu kumpulan.

+ Setiap kumpulan akan diberi voucher RM50 untuk sesi run and get di Pasaraya Mydin 
+ Live FB akan dibuat sepanjang program

+ Markah dikira daripada segi:
Ketepatan waktu
Hiasan & Kekemasan
Presentation skill kepada juri


3. KOMPANG HIPSTER:
**********************
Saksikan kreativiti pasukan kompang berirama secara battle competiton dengan gaya tersendiri.


4. LANTAK DOODLE:
********************
Terbuka kepada semua rakyat Malaysia.
Daftar RM30.

Daftar dan lukis doodle di rumah-upload ke FB-Menang hadiah menarik

*Penyertaan dibuka juga di pentas utama pada 13 Oktober 2018 jam 2.30 petang. Hubungi kami.


5. KING & QUEEN LANTAK:
**************************
Daftar RM5.
Siapa paling pantas makan dan dikira pemenang!


6. SUKANEKA LANTAK:
***********************
Daftar PERCUMA
Aktiviti keluarga, dewasa & kanak-kanak

Makan Nasi Lemak Purple di Season Cafe !!

$
0
0
Season Cafe Menghidangkan Pelbagai Kek dan Menu || Hi ! Selepas settle tengok haiwan di Zoo Johor hari tu, perut jadik lapar ! Apa lagi, jom kita ke City Square Mall.. Sekejap je, dalam 10-15 minit sampai City Square kalau lalu lintas lancar..

Cari-cari dan kami pilih untuk makan di Season Cafe ! First time jugak ni makan kat situ ~

So inilah menu kami orang Melayu !! Asian Delights Menu !


Budak berdua tu makan Nasi dengan Ayam Masak Merah
= RM15.90

Aku rasa sikit, ayam masak merah tu lembut betul, macam digrill...sedap.lembut sangat~
Sambal memang terbaikkk ! Nyumm2~

SUGGESTED !


And me, makan Nasi Lemak 
= RM17.90

Tarikan terbaru kat situ! Honestly, Boleh tahan  !!!! Warna purple, tapi rasa macam biasa...sambal tu yang penting~ Sambal tu tak berapa pedas laa..tapi aku suka, sebab bila digaul bersama tu memang rasa nak makan bertambahhh ! Ayam tu, ayam goreng.. aku prefer ayam macam dorang punya, lagi lembut.....

Lepas makan, nak dessert, so cubalah dessert ni~

 

Amek yang black bart tu, sedapppp.....i like ! All yang sweet, sedap to me..ahhaha..Menaikkan mood setelah seharian berjalan dalam Zoo..

Overall, kenyang dan puas hati. Memang suka, dan rasa nak datang lagi...aku tak puas hati, ayam tuh lembut sangat...ayam masak merah dorang punya....... 

So, sesiapa nak try, bolehlah singgah jugak ke Season Cafe. Memang banyak cawangan tau :-

Layari website :-


Lihat cawangan lain :



Nona pergi salah satu cawangan di City Square, Johor :-

Lot J2-37, Level 2, Jalan Wong Ah Fook, 
80000 Johor Bahru, Johor

Hubungi : +607-221 1182





3 QUOTES FOR TODAY

$
0
0
Hi !

Just share some quotes that i like it very much !

Related image

Image result for jentik hati

Image result for atuk bebel

Wow ! Aplikasi Cannis Bakal Melebarkan Sayap Di Nasdaq !

$
0
0
(Ahad, 21 Oktober 2018) Aplikasi mudah alih Cannis telah membentuk trend aplikasi baru yang berjaya mengumpul 100 ribu pengguna dalam masa kurang dari dua bulan. Cannis bakal menjadi bintang terhebat di Nasdaq, Amerika Syarikat.


Sejak awal tahun 2018, Cannis terus melabur dalam industri yang disukai ramai iaitu teknologi, filem, kecantikan, ubat-ubatan preventif, teknologi terkini dalam pertanian dan sebagainya. Dengan kerjasama dengan rakan strategik mereka, Cannis telah memperluaskan pasaran mereka dengan pesatnya di banyak negara Asia Tenggara dan dijangka akan tersenarai di Nasdaq tidak lama lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif Dato 'Ching Eu Boon juga menyatakan semasa persidangan "The Upcoming Greatest Star in Nasdaq" bersama 3000 peserta Cannis bahawa perkongsian Cannis tidak terhad kepada teknologi terkini, seperti teknologi digital, pangkalan data yang besar, kecerdasan buatan, tetapi juga dengan penggambaran, ubat-ubatan  preventif dan industri kecantikan.

"Kami sangat berharap perkongsian strategik dengan industri-industri tersebut dalam memenangi kepercayaan pengguna dan meningkatkan pengalaman pengguna akhir lancar O2O."

Muat turun Aplikasi dan Perbelanjaan Pengguna telah mencipta rekod baru dalam sejarah, Cannis dilahirkan pada era yang tepat dan terbaik.



Suku ketiga tahun 2018 telah menjadi musim yang paling menguntungkan untuk 'App Store' dimana jumlah muat turun aplikasi yang komprehensif pada musim tersebut di App Store dan Google Play telah melebihi 29 bilion, kenaikan 10% berbanding terdahulu. Walaupun perbelanjaan pengguna global telah mencapai hampir 20 bilion dolar AS, kenaikan 20% berbanding dengan musim yang sama pada masa lalu, kedua-duanya mencipta rekod sejarah baru.

Melalui analisis didapati peningkatan dalam kategori aplikasi dibawah muat turun, permainan, hiburan dan aplikasi penyiaran video telah menjadi antara jenis aplikasi  yang paling banyak dimuat turun. 

Prestasi yang mengalakkan dari dua jenis Aplikasi yang sama memerlukan kandungan kreatif  bagi memenuhi permintaan pasaran.



Pada keseluruhannya, suku ketiga tahun 2018, App Store dan Google Play kedua-duanya mempunyai sejarah muat turun yang lebih tinggi dalam perbelanjaan pengguna. Ini menunjukkan trend pasaran App, yang terus meningkat bergantung kepada populariti penggunaan telefon pintar, menyediakan pembelanjaan tanpa henti dan potensi pembangunan yang besar.

Cannis memberi tumpuan kepada industri yang paling cepat berkembang, menyediakan platform integrasi, mewujudkan fungsi 7-dalam-1 yang kuat.

Mod Maya-Realiti yang digabungkan dengan Mod O2O

App Cannis bukan sahaja menggabungkan fungsi inovatif setiap bulan tetapi juga melabur dana besar secara selektif di industri tren luar talian, dengan  jangkaan menyambung aliran perbelanjaan keseluruhan pengguna luar talian dengan pangkalan data dalam talian, untuk memulakan membina model O2O, mengadakan promosi pemasaran terdahulu, pembekal ahli dalam talian dan luar talian dengan cekap, dan perkhidmatan penghantaran barangan 'back-end' menjadi lebih lancar.

Dari segi lencongan ahli, ahli-ahli Cannis boleh menggunakan diskaun dalam talian, termasuk pembelian di kedai runcit dan rakan kongsi strategik Cannis. Mata ganjaran dalam talian boleh digunakan sebagai diskaun yang membantu pengguna menjimatkan wang. Penyertaan dalam pertandingan yang direka oleh Cannis juga membolehkan ahli memenangi hadiah utama  melalui perkongsian.

Ketua Pegawai Operasi Cannis, Encik Mohammad Mustaqim Bin Abdullah menegaskan bahawa platform itu secara aktif akan menjalankan susun atur yang komprehensif untuk perkhidmatan dalam talian dan luar talian, supaya gedung yang sedia ada tidak lagi dibatasi oleh saiz atau sekatan serantau ruang. Melalui mod Cannis e-commerce dan  keutamaan belanja, maklumat pedagang boleh diperolehi dengan kos terendah ke pasaran sasaran yang tepat, oleh itu memaksimumkan keberkesanan pengiklanan.

Rakan Strategik Cannis

Rakan-rakan strategik yang hadir pada hari tersebut termasuklah Dr. Eco-Dr. Coco Alex; Produser Syarikat Produksi Da Motion, Encik Along; Pengarah Kreatif (凯 优 影视 控股 有限公司), Miss Bo Bo; LongTV Sdn. Encik Chis Yen; Weber PDT Pusat Kesihatan Rawatan Kanser Prof Madaya Dr. Martin E. Roberts; Ketua Pegawai Eksekutif (名 资 股份有限公司), Encik (蔡逸群) dan Dr. DNA Encik Jannings Lee.


Konsul Kehormat Republik Slovakia, Tan Sri Datuk Sri Tee Keat berkata bahawa Cannis mempunyai ketajaman idea terhadap perkembangan trend. Melalui analisis pangkalan data yang besar, mereka secara tepat mempelajari keperluan sebenar pengguna. Budaya etnik yang kaya di Malaysia juga membantu mengembangkan perniagaan ke seluruh dunia, bagi menarik rakan strategik pada masa hadapan. Sama ada dalam pemasaran media atau strategi pembangunan, Persembahan mereka sangat luar biasa.

Cannis adalah aplikasi bersepadu pertama di dunia yang menyediakan pengguna dengan pelbagai aplikasi App ini, penyiaran langsung, e-dagang,  diskaun membeli belah, rangkaian sosial, video pendek, permainan dan pembayaran, semuanya boleh didapati di Cannis App. Cannis yakin bahawa mempunyai pelbagai kumpulan etnik dan budaya Malaysia sebagai titik permulaan, lebih mudah untuk mengembangkan Cannis dari Asia Tenggara ke seluruh dunia.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari http://cannis.app.

Sekian info ~ Thanks all !



Hello NOVEMBER 2018 !

$
0
0
Hi ! It is new month ! 

Hope for the best ! Better than yesterday and last month !

Image result for november

Pray and always pray ! Be strong, heart ! You are amazing ini yourself, be YOU ok ~
Viewing all 2093 articles
Browse latest View live