Quantcast
Channel: LIFE WITH LOVE
Viewing all 2107 articles
Browse latest View live

CATTLEYA Lipmatte Memukau Jiwa

$
0
0


REVIEW CATTLEYA LIPMATTE FROM IMANNI SKINZ || Hi ! Bibir munggil, dan seksi, tapi tak de sapu dengan lipmatte? Aduh, tak berseri lah nanti ! Jom dapatkan lipmatte terbaru dan best nih !

First, bagi yang kenal Nona, memang saya bukanlah pengguna lipstick but I love to try lipmatte sebab kriteria lipmatte yang ringan dan tidak tebal bila dicalit pada bibir.

Perkenalkan Cattleya Lipmatte yang dihasilkan dari bahan berkhasiat serta selamat sesuai untuk bibir kita! Tak kira bibir nipis ke, munggil ke...sexy ke...confirm terbentuk indah dengan Cattleya Limpatte ni tau :)

Bahan-bahan yang terkandung memang bebas alkohol, dan natural base.



Dapatkan 5 jenis Cattleya Limpatte ini untuk kekal berseri dan menawan walau di mana anda berada.





 


Geram je tengok....Kalau si pemakai sendiri dah terpukau, apatah lagi bila orang lain yang tengok, lagi terpegulah jawabnya.

Ok, mana nak dapatkannya??
Untuk bibir sihat dan cantik, sila terjah :-





Sementara offer, baik try and grab !



Article 0

$
0
0
Hi ! Syukur, masih bernyawa.

Sebelum umum winners, Nona nak ajak semua untuk blogwalking jugak.
Tuan tanah pon belum singgah ke semua blog peserta lagi.

Thanks kepada yang mendoakan Baby March nih, hehe~

 http://adna2029.blogspot.my/2018/03/giveaway-hi-nona.html
www.kisahsidairy.com/2018/03/giveaway-hi-nona.html?m=1
 http://aztieyshana.blogspot.my/2018/03/giveaway-hi-nona.html
 http://ejulz.blogspot.my/2018/03/giveaway-hi-nona.html
 http://muslimahsejati96.blogspot.my/2018/03/giveaway-hi-nona.html
 http://www.syamimisaad.com/2018/03/giveaway-hi-nona.html
 http://jnjikita.blogspot.my/2018/03/giveaway-hi-nona.html?m=1
 http://stnrsyfh.blogspot.com/2018/03/giveaway-hi-nona.html
 http://www.mrspip.com/2018/03/giveaway-hi-nona.html
http://maszull.blogspot.my/2018/03/giveaway-hi-nona.html
http://www.mamapipie.com/2018/03/giveaway-hi-nona.html?m=1
https://belogsjm.blogspot.my/2018/03/giveaway-hi-nona.html
https://z3tty.blogspot.my/2018/03/giveaway-hi-nona.html
https://byshaz.blogspot.my/2018/03/giveaway-hi-nona.html
https://ikashoid.blogspot.my/2018/03/giveaway-hi-nona.html
https://lifeisgreatwithme.blogspot.tw/2018/03/giveaway-hi-nona.html
http://www.mariafirdz.com/2018/03/giveaway-hi-nona.html
http://farahanasharif.blogspot.my/2018/03/giveaway-hi-nona.html
https://itsnurulnajihah.blogspot.my/2018/03/giveaway-hi-nona.html
http://www.huhahuhajerr.com/2018/03/giveaway-hi-nona.html
http://mulan-sahbanu.blogspot.my/2018/03/giveaway-hi-nona.html
http://www.azhafizah.com/2018/03/giveaway-hi-nona.html
http://iyou90.blogspot.my/2018/03/giveaway-hi-nona.html
http://penselduabee.blogspot.my/2018/03/giveaway-hi-nona.html
http://www.mialiana.com/2018/03/giveaway-hi-nona.html
http://jombercontest.blogspot.my/2018/03/giveaway-hi-nona.html
http://www.farhanajafri.com/2018/03/giveaway-hi-nona.html
https://www.nurzariniismail.com/2018/03/giveaway-hi-nona.html
http://queensyanis.blogspot.my/2018/03/giveaway-hi-nona.html














SENARAI WINNERS FOR GA HI NONA !

$
0
0
Hi ! Syukur masih bernyawa :)

Ok, Today Nona nak umum winners !!! Yayy ! Finally Nona siapkan entri winners ! Hehee~


Senarai peserta
Senarai Hadiah

40 orang peserta yang join :) So, jom tengok nombor siapa betuah tu yaa ~



TEMPAT PERTAMA 



TEMPAT KEDUA 




TEMPAT KETIGA



==============================

Yay ! Success ! Tahniahhhh yang bertuahhh amat tuhhhh~ 

Sila whatsap Nona di nombor 013 -7766848, Nona berniat nak post hadiah pada Ahad, 08/04/18.

Yang tak menang, harap maaf............jangan bersedihhh, next time ada banyak lagi hadiah menanti tau :)

Boleh cuba, rezeki tetap ada....ok :)


TERIMA KASIH BANYAKKKKKKK SEMUA YANG SUPPORT NONA ! TERUSKAN !!
ILEBIU ~

Panggilan Kepada Winners :)

$
0
0
Hi !

Nona sedang menunggu para winners untuk PM me..tuntut hadiah....

Jangan lambat lambat bagi details ya..hahaa..takut terpilih winners lain, hehe~

Jommmmm whatsap tuntut hadiahh ~

Senarai Winners di SINI:)


JOM MAKAN :: Buffet Ramadan @DoubleTree by Hilton Johor Bahru

$
0
0


Jom Makan di DoubleTree by Hilton | | Ramadan datang lagi !! Yes, Ramadan bakal menjelma. Ok, usually dalam bulan puasa, antara perkara best ialah time berbuka puasa kan~ Semua benda rasa nak makan :) Yelah, seharian berpuasa, menahan perut dari lapar dan dahaga.


So hari ni Nona nak share tempat yang best untuk makan dan minum time berbuka puasa nanti. Bersama-sama JDT Blogger, kami menikmati segala menu yang dihidang.

Pakej Buffet Ramadan ditawarkan special oleh DoubleTree by Hilton, Johor Bahru sempena Ramadan yang bakal tiba. Tagline mesra mereka untuk 2018 : 'Jom Makan at DoubleTree by Hilton' membuat kita terasa nak makan juadah berbuka berkonsepkan Mediterranean & Arabian Cuisine, Marche Style Asian Buffet

Perkenalkan nama-nama makanan yang menjadi tarikan utama untuk menu buffet kali ini. Unik sungguh~




Confirm nak bertambah kalau makan semua makanan di bawah ni, let's scroll ! Huhu.










Hummus Bi Tahini makan bersama makanan di bawah









Selalunya Nona hanya makan nasi arab sahaja, yang lelain tak ambil port, but this time...Nona tahu pelbagai jenis dan menu selain menu nasi arab. Wow ! Thanks DoubleTree Hilton !

Chef yang memasak pun sangat professional, sangat talented, sedap gila ! I love all the foods !

*Lauk Kambing lagi sedap sampai menjilat jari ! Dimasak dengan pelbagai cara..Nak lagiiii *


Nyummmilicioussss ! Buka Puasa With Hilton @DoubleTreejb

Selain daripada  Arabic and Mediterranean Food, ada juga menu masakan Melayu, Cina dan India. Kita kan 1 Malaysia ~ Masyarakat majmuk.



Bukan sahaja makanan yang best, malah dekorasi dan tempat menyimpan makanan jugak cantik serta selamat digunakan. Sejuk je mata memandang susun atur di sana.


Jom scroll lagi :-


This is Nasi Kabuli ! 















Hari tu  review makanan, Nona terasa seperti raya pula. Inikan pula kalau pergi time betul betul berpuasa. Sebab apa?

Sebab ada ketupat, ketupat palas, rendang berserta lauk pauk yang lain. Sedap sungguh ! Ngam dengan tekak. Semua makanan enak ! Ada pedas, manis, lembut, pelbagai rasa  ok.

Selain itu, bagi penggemar laksa johor, rasailah kenakan laksa di sini. Aneka sup, ulam-ulaman, dan sambal ada pelbagai. Pilih je nak yang mana. Oh ya ! Ada penggemar bubur lambuk? Nona suggest juga makan di sini, sebab rasanya sangat lazat, dan cukup rasa tau.



Sedikit Info berkenaan harga yang Nona rasa memang sesuai dengan harganya..Boleh check sebelum plan untuk berbuka di sini bersama yang tersayang. Maybe birthday kesayangan awak on Ramadan month? Or your anniversary on bulan puasa? Haaaa...bolehlah ajak ke sini, bagi happy tengok DoubleTree by Hilton meriah dengan makanan..

Before scroll part DESSERT yang sangat awesome tuh... Jom tengok harga first~

MARCHE @ MAKAN KITCHEN
Mediterranean & Arabian Cuisine, Marche Style Asian Buffet
17th May – 14th June 2018
6:30pm - 10:00pm
RM168 nett/adult
RM84 nett/child


FEAST @11th ASIAN STYLE BUFFET
21st May – 7th June 2018
6:30pm - 10:00pm
Level 11
RM138 nett/adult

RM69 nett/adult

==========================

Now, Say Hi Dessert !

 

I see, This is Churros rite.. Now I know in other language called as in picture. Hehe.
Churros ni didatangkan dengan pelbagai perisa toppingnya. Ada kaya, coklat, peanut..macam-macam lagi.









 

I love all the menu ! Satisfied and enjoy of course !
Before going back home, Nona cuba buat ABC sendiri.. Aha guys, you can make your own Ais Kacang and Chocolate Fountain !

 

Feel it, thankful for this rezeki.

5 STARS ~ Nyummmmm5~

Let continue the INFO :-


 #BukaPuasaWithHilton@DoubleTreejb

Vouchers can also be purchased for either promotions.. Wow! Seriously can purchase voucher??
Ok, can get for giving prizes !

Vouchers are available to purchase from 1st April 2018 onward.
For more information and voucher purchase,
please email NurulAtiqah.Irwan@Hilton.com or call +60 12 784 1842

(Already start tau ! Nona done whatsapp, anda bila lagi...hehe)



For inquiries and reservations, call +60 7 268 6868 or email JohorBahru.Info@Hilton.com

DoubleTree by Hilton Johor Bahru








Panggilan Last for Winners

$
0
0
Hai, syukur bernyawa :)

Yes, genap seminggu berlalu, baru sorang winners bagi info.

Last call, takda...saya cabut lain lah okay :)

Sekian info hari ni, hehe~

Segmen Bloglist Blog #CeritaMak

$
0
0
Hi ! Ok lah, rasanya, lama jugak tak join segmen atau giveaway, jadik rindu lak nak join, hehe~

Jom kita mulakan :)

segmen bloglist 2018

Banyak kelebihan berada dalam bloglist blogger lain tau :)
So, kita supportlah sesama okayh !

Kang tak join, mak cakap..dia nak sunat itew....takutlah itew...bahahaha~


Lazada Birthday Festival Blogger Contest

$
0
0
Hi! How are you today?


Haaa, i would like to join this :) Lazada bring me to make my own dream, haha~
Let's start :)

a. Which location would you pick for Lazada's birthday party?

Nona pilih Legoland, Johor, Malaysia ! Sebab tempat tuh best~


b. Choose a party theme and pick one or several products on Lazada to decorate the venue.

Ok, for party theme, disebabkan Nona nak majlis yang ada banyyak aktiviti, bukan ucapan dan duduk sahaja.. maka  Nona nak buat Tema Rainbow ! Ya, kena sangat tema pelangi dengan tempat yang dipilih, ceria dan sangat colourful ! Semua yang datang hanya boleh memakai outfit berwarna pelangi sahaja.. huhu.

1, Colourful Happy Birthday Latex Balloon 100 pcs.



c. Which birthday cake will be served and which products on Lazada can help you prepare it? 

Birthday cake yang besar, dan dua tingkat...Nama Lazada dibuat gunakan lego...mesti cantikk !

So barang yang boleh digunakan dan dapat dari Lazada ialah :-

Creative Colourful Toy Brick Shape Silicon Cake Mold Chocolate Ice Tray Cube Mould.



Nice kan ! Boleh buat bentuk lego...letak tepi tepi hias...


d. Time to shine, pick your outfit on Lazada! 

Ok, Nona teringin nak OOTD dengan shawl baru....

Jelitasara Printed Instant Shawl (Black + Purple + Fuschia Pink)



Mesi jelita ar Nona buat OOTD, haha.. Lagi-lagi kalau nak cepat siap, memang pakai instant jew..



Psst, nampak tak, harga banyak offer tau... Dengan ini diwar-warkan  Birthday Festival bakal berlangsung pada 25-27 April 2018 ! Hurry Up ! KLIK SINI 


Ar, rugi kalau tak join shopping ! Banyak sale kot ! Ok lah, enjoy your day !

~ BEST TAK TEMA YANG AKU PILIH TU? hehe~





Warna-Warni Ramadan Buffet Rilek The Cafe, Swiss-Inn Hotel Memang Memuaskan Perut !

$
0
0


Buffet Ramadan Di Rilek The Cafe || Warna-warni Ramadan bakal tiba ! Bestnya bulan puasa nanti, sebab ada pakej murah untuk mengajak ahli keluarga yang tersayang berbuka di tempat eksklusif dengan harga yang murah....murahhh...

Ok, kali ni Nona dan JDT Blogger berpeluang membuat review di'The Rilek The Cafe', Swiss-Inn Hotel, Johor Bahru. Korang yang tengah mencari tempat berbuka puasa yang sedap dan mengenyangkan, boleh masukkan kafe ini ke dalam list berbuka anda ~



Tahun ini, lebih 100 sajian disediakan bertemakan 'Warna-Warni Ramadan' khusus buat semua pelanggan. Saya ulang, more than 100 sajian tau !

Menu yang dihidang adalah menu warisan Melayu, Cina, India dan pelbagai etnik lagi. Kiranya, kalau nak berbuka puasa dengan member lain bangsa, memang ngam ! Bolehh sangat lah, recommended..





Menu utama untuk Ramadan 2018 nanti ialah Sup Rawon, Nasi Briyani bersama Kambing Bakar, Asam Pedas Maharani, 'Kong Po Chicken', Laksa Johor, Udang Masak Lemak Rebung, Otak-otak dan banyak lagi menu sampingan.

Let's scroll out !


 
Nice Kambing Bakar !
CLOSE UP sikit...


Ok, asam pedas maharani ada 3 jenis:- 
Asam pedas ayam, ikan pari dan tetel.. Yang tetel ni jarang jumpa.



 


Sup ada, satay ayam pun ada.

 
Laksa Johor, kuah pekat, sedap :)


Nak mee apa? Spageti, Makaroni, Pasta...
Semua ada...syok betul !

Ok, Nona nak korang perhatikan keunikan cara atau style hidangan mereka.


First tengok, aku rasa teruja ! Yes, tak pernah orang letak kuali atas tong colourful macam ni..

Nice idea, so jom tengok apa ada di setiap tong tuh..












 
Bihun sup

 

Bulan puasa kalau tengok ni, lagi meleleh air liur !! Confirm !

Pergi ke dessert site pulak ya.

 


Tengok pada kurma, terasa rindu sangat pada Ramadan ~






 
Air asam jawa sejuk dan ABC, memang sedap kena kat tekak...

Overall, I am satisfied :)

Halal ke? 
Yes they are. Sijil Halal clearly terpampang di situ. Jadi, jangan ragu-ragu ya





REBUT EARLY BIRD PROMOTION NOW !

@Rilek the cafe

Voucher Purchase/ Pembelian Voucher start dari 1 APRIL 2018- 30 APRIL 2018 !

RM 78 nett / adult
RM 34 nett/child (4-11 years old)

SPECIAL DEAL - Beli 5 Adult vouchers, anda dapat 1 more FREE VOUCHERS OK !


NORMAL PRICE : RM 98 nett/adult, RM40 nett/child




For Reservation and Enquiries :-

Email - info@sijb.swissgarden.com
Tel     - +607 218 3333

Location : LOT 512, Jalan Syed Mohd Mufti, 80000 Johor Bahru.




Beli Kereta Di Tijani Motors Sdn Bhd

$
0
0


Misi Mencari Kereta di Tijani Motors Sdn Bhd || Wow! Seksinya kereta kat atas nii ! Anyone mencari kereta baru? Sebab kereta lama dah semput-semput tuh? Atau terfikir nak bagi hadiah kat orang tersayang ??

Haaa, jom survey Tijani Motors kerana mereka menyediakan harga terbaik untuk kita semua tau~

Syukur kepadaNYA, pada hari Jumaat bersamaan 27/04/18 yang lalu, Tijani Motors Sdn Bhd berbesar hati menjemput JDT Blogger ke majlis perasmian perniagaan mereka.




Tijani Motors ditubuhkan untuk menjadi salah sebuah perniagaan automotif terutamanya dalam kategori kereta import terpakai yang dimiliki oleh usahawan Bumiputera. Ini merupakan langkah permulaan untuk mencapai 'Visi Johor Berkemajuan' dan seterusnya berkembang ke seluruh Malaysia.

Selain daripada lokasinya yang menarik, produk-produknya yang berkualiti,  Tijani Motors sebenarnya adalah pengedar kereta import yang pertama di Pontian. Wow !



Ok, bersama rakan niaga, Yamud Enterprise, Tijani Motors bakal menjadi pemangkin dalam industri usahawan automotif import terpakai di daerah Pontian. Untunglahh.. bangga siapa orang Pontian..hehe

Jom kasik geram tengok kereta cecantik semuaaa...padu !

 



Tijani Motors merupakan salah satu penjual kenderaan import, baharu dan terpakai  yang dipercayai dan berpengalaman. So tak perlu risau untuk berurusan dengan mereka.




Kalau nak tahu, sebelum nama berubah menjadi Tijani Motors Sdn Bhd, ia dikenali sebagai Tijani Transport Sdn Bhd dan telah ditubuhkan sejak 2013 lagi.

Scroll di sekitar majlis perasmian :)

 

Datuk Hj Mhd Tahir Bin Haji Mohd Noah, Pengarah Urusan bagi Tijani Motors 
sedang memberikan sepatah dua kata


Disusuli ucapan dari YB Datuk Ir Hasni 


 
Hadirin yang dijemput

 
Persembahan Video






SEMOGA PERNIAGAAN TIJANI MOTORS SENTIASA DIBERKATI 
DAN BERJAYA SAMPAI BILA-BILA

Amin


Tahniahhh Tijani Motors ! 


INFO LANJUT UNTUK SEMUA :-


Alamat      : Lot 979, Bandar Pontian Kechil, 82030Pontian , Johor

No telefon : (+6)013-685 4217 (Dzol)
                  : (+6) 012-709 9908 (Ismail)

Emel          : info.tijanimotors@gmail.com

Facebook   : https://www.facebook.com/tijanimotors/
Instagram   : https://www.instagram.com/tijanimotors/

============================================

Kereta baru? Pilih Kereta Anda sekarang !

====================================


 

Diinspirasikan oleh'Misi Dekad Baharu Johor' yang telah diilhamkan 
oleh YAB Menteri Besar Johor dalam merealisasikan Visi Johor Berkemajuan,
Tijani Motors berjaya melangkah setapak lagi !

#JOMBELIKERETABARU !


Jom Surprise & Celebrate Hari Ibu Di DoubleTree JB

$
0
0
Mother's Day 2018 Event || Hello All. Mother's Day is coming kann ! Jomlah kita celebrate dengan ibu atau mama atau emak tersayang sambil menikmati Pop Corn, dan santai bersama. Inilah peluang untuk meraikan hari ibu hanya berdua atau dengan ramai lagi. Hargaiah ibu. Tanpa seorag ibu/ mama, who are we?

Ok, JDT Blogger dijemput menghadiri special event sempena hari ibu yang bakal tiba di DoubleTree by Hilton Johor. Bagi surprise kat mak sekali sekala kan.. Mak pun mesti suka duduk rileks tak fikirkan kerja rumah lain.



Ini info dari penganjur.

Celebrate this Mother’s Day on 13th May 2018 by indulging in some delicious afternoon set, which features freshly baked cranberry scones with whipped cream and homemade strawberry preserves, sweet desserts like blueberry éclair, raspberry financier, wild berries panna cotta and some savory dishes at Italian trattoria, Tosca from 12:00noon – 3:00pm. 
Priced at RM120 nett per adult and RM60 nett per child.


Atau pilihan lain di Makan Kitchen :-

 And also can book a table at Makan Kitchen on either 12th or 13th May featuring regionally inspired interior design and serving famous local specialties that are prepared right before your eyes, Makan Kitchen is a must for visitors wishing to experience some of Malaysia's finest cuisine. On these two special days, your mom will be pampered with a manicure and the hotel will be giving away a special gift to all mothers. 
Priced at RM108 nett per adult and RM54 nett per child.

Uii, seronoknya our mom ehh ! Betul betul 'Me Time' Rileks saja lah :) 


Ini antara menu yang ada. Nona sangat suka Beafball Egg tu. Gambar yang paling bawah tu... Sangat sedap to me :)

Menu yang disajikan kebanyakan memang special di Italian Trattoria, Tosca dan Makan Kitchen. Pilihlah untuk makanan yang enak antara  di Tosca ataupun Makan Kitchen.

Ya, jika anda nak celebrate, ataupun buat kelainan  sempena hari ibu kali ni, jom dapatkan servis terbaik dari DoubleTree by Hilton, Johor .

Sebarang Info Lanjut :-

Alamat       : 12, Jalan Ngee Heng, Bandar Johor Bahru
No telefon  : 07-268 6868
Facebook   : DoubleTree by Hilton
Instagram  : Doubtreejb
Website      : Doubletree by Hilton JB



To be continued...full menu and confirm, terliur dengan set Hi-Tea yang ada nihh :)

SOFEAROSE Hadir Demi Populasi Penyu !

$
0
0



Chak ! Nona dah post gambar ni hari tu di instagram,

So serba sedikit Nona nak share tentang ni. Ianya adalah antara koleksi cantik dari SOFEAROSE guys !


PUTERI DUYUNG SOFEAROSE HADIR DEMI PENYU
19 April 2018, Shah Alam– Populasi penyu semakin menurun dan ini menunjukkan bahawa kepupusan penyu bukan perkara mustahil.  Bagi meningkatkan kesedaran dalam ancaman yang dihadapi penyu, SofeaRose telah berkerjasama dengan SEATRU (Unit Penyelidikan Penyu Universiti Malaysia Terengganu) dalam kempen memulih dan memelihara penyu. SEATRU bermula pada tahun 1984 apabila penyelidikan Penyu Belimbing di Rantau Abang dimulakan. “Jika kami tidak melakukan sesuatu untuk memelihara penyu, pada masa hadapan kita hanya dapat melihat penyu hanya di muzium-muzium.

Secara purata, hanya 1 dari 5000 anak penyu akan hidup sehingga ke peringkat dewasa kerana ancaman dari pencemaran laut, pemburu penyu, haiwan pemangsa, dan lain-lain. Memasuki tahun keempat di dalam industry, SofeaRose mengambil inisiatif dengan menghasilkan koleksi pakaian bertemakan Puteri Duyung (Mermaid) bagi mengumpul dana program ‘SEATRU – Adopt a Turtle’. Dengan mengambil penyu sebagai anak angkat, wang akan digunakan untuk prosess pemuliharaan penyu seperti memantau pergerakan penyu, melindungi habitat, membeli peralatan veterinary dan banyak lagi.

Bagi membela nasib alam semulajadi, SofeaRose akan menyumbangkan sebahagian jualan dari koleksi Mermaid kepada program ‘SEATRU – Adopt a Turtle’bagi menyokong pemuliharaan penyu. Semua wanita di dunia ini tahu, Puteri Duyung merupakan seorang wanita yang sangat cantik dengan perwatakan lemah-lembut, penyayang dan periang. Ini membuatkan ramai wanita mengkagumi dan mengimpikan untuk menjadi seperti Puteri Duyung. Tidak terkecuali wanita-wanita di SofeaRose, mereka telah berusaha menghasilkan koleksi tudung serta pakaian Ready To Wear (RTW) dan juga koleksi Raya tahun 2018 yang diinspirasikan oleh kecantikan Mermaid!

Salah satu dari tudung adalah Diona, diperbuat daripada Satin Matte berteknologi tinggi. Tudung bercetak ini boleh didapati dari RM79 dan dilengkapi dengan charm dan kotak yang dibuat khas bagi koleksi ini. Mencuba sesuatu yang luarbiasa, SofeaRose  merakamkan video seorang Puteri Duyung memakai tudung Diona berenang di dalam air:  https://www.youtube.com/watch?v=543SV9nKLIk.

Selain koleksi tudung, SofeaRose juga mengeluarkan koleksi Ready To Wear (RTW) dan 13 Baju Raya Mermaid.Antaranya Baju Mini Kurung, Baju Kurung Moden, Jubah, Baju Kurung Kedah dan beberapa lagi. Koleksi Mermaid SofeaRose ini boleh berharga dari RM59 hingga RM419 dan sebahagian dari duit anda akan digunakan untuk tujuan pemuliharaan penyu.

To Be Continued...



REVIEW MERMAID SOFEAROSE : Cantik Seperti Duyung Di Aidilfitri 2018

$
0
0


Sentuhan Mermaid Dalam Koleksi Sofearose ||  Hai ! Nona janji nak share about gambar di instagram Nona hari tu yang dapat banyak positif feedback. Kalau nak tahu, Nona mengenakan tudung bawal ekslusif daripada Sofearose. Dengan  tema mermaid yang digunakan, confirm kelihatan cantik, sweet dan muda bila memakainya ! Serious, sebab i am not a bawal person kan, sekali pakai square scarf ni, terus dapat pujian ~ hehe


Ini adalah Thalia Mermaid | Charming Series yang diperbuat daripada premium chiffon fabric berteknologi tinggi. Yes, i do love this sebab kainnya lembut, tak panas walaupun bawak sampai ke tepi laut di tengah-tengah cuaca panas. So, dapat imagine tak, kalau hari raya selalunya cuaca agak panas di tengahari kan, tapi tak peru risau, sebab tudung ni sesuai untuk apa keadaan pun.

Ukurannya 48 inch x 48 inch memberi keselesaan kepada si pemakai dan ia didatangkan dengan colour yang menarik seperti Breeze Blue, Rainbow Pastel, Sand Castle, Puffy Beige, Coral Brickk, Baby Windy. Ha, semua colour mengikut kehidupan seekor duyung.....

 
Sebelum turun ke laut hari tu...

Pergi mengundi pun pakai....

Saya Try style lain menggayakan square scarf ni. Close-up the design!!! 
It is sisik ikan duyung awak !

------------------------------------------------------------------------------
KORANG TRY LAH TEMA DUYUNG FOR THIS YEAR RAYA 2018 !
------------------------------------------------------------------------------

Entri sebelum ININona share tentang asal usul tema Mermaid yang diwujudkan oleh pihak Sofearose.


Sedikit perkongsian semula :-

SofeaRose telah berkerjasama dengan SEATRU (Unit Penyelidikan Penyu Universiti Malaysia Terengganu) dalam kempen memulih dan memelihara penyu. SEATRU bermula pada tahun 1984 apabila penyelidikan Penyu Belimbing di Rantau Abang dimulakan. “Jika kami tidak melakukan sesuatu untuk memelihara penyu, pada masa hadapan kita hanya dapat melihat penyu hanya di muzium-muzium.




Jelas di situ, untuk memulih dan memelihara penyu. Suci murni niat mereka kan, so kalau si pemakai berniat nak membantu jugak,  anda bolehla memilikinya dengan harga special kerana sebahagian hasil penjualan dari koleksi Mermaid akan disalurkan kepada program ‘SEATRU – Adopt a Turtle’ bagi menyokong pemuliharaan penyu. Wow ! Membeli sambil beribadah la ni ....

Share sikit feedback kat IG Nona


Visit my IG.. hoho




 

Ala-ala duyung keturunan ke - 7, hehe~

The best to me is : Iron sikit je, dah mudah terbentuk tau

 

Banyak corak dan jenis lain, grab yours !

Selain koleksi tudung, SofeaRose juga mengeluarkan koleksi Ready To Wear (RTW) dan 13 Baju Raya Mermaid.Antaranya Baju Mini Kurung, Baju Kurung Moden, Jubah, Baju Kurung Kedah dan beberapa lagi. 







Simple, but looking elegant kan :)  Nice style for hijabis or not...Can wear it for becoming Hari Raya, or next..open house? Hehee~




===============================

Untuk info lanjut, sila terjah :-

Website    : Sofearose (Comel, ada mermaid akan mengikut telunjuk kita)
Instagram : SOFEAROSE_HQ

Contact  : 019-635 0313 (Teha, penasihat imej)

Walk In : Seksyen 19, Shah Alam

=================================

Psssttt : Good News ! 
Dengan setiap pembelian RM100 keatas, pelanggan secara langsung akan didaftarkan sebagai Ahli SofeaRose dengan PERCUMA seumur hidup dan mendapat potongan 20% untuk setiap koleksi SofeaRose.  Wowww! Offerr ! 




JOM START BERSHOPPING SAMBIL BERIBADAH !!

REMINDER : Koleksi Mermaid SofeaRose ini boleh berharga dari RM59 hingga RM419 dan sebahagian dari duit anda akan digunakan untuk tujuan pemuliharaan penyu ! 


















Notahati : Raya nanti tema apa? Share sikit ! 

Giveaway Time : Short Giveaway Ramadan

$
0
0
Assalamualaikum,

Hi ! Syukur masih bernyawa....Nona bukan tak nak hapdet, tapi laptop nih tak berapa nak sedap menaip sekarang...kena bersabor lebih untuk update, hehe~

Salam Ramadan Kepada Semua Muslimin dan Muslimat 

Semoga Ramadan kali ini membawa sejuta rahmat kepada kita... Semoga sihat dan kuat semangat untuk beribadah kepadaNYA.



So, giveaway time ! TAPI Giveaway nih tak buat kat blog, buat kat my IG @gelaktawa.

Sila lah join ya ~ Tak kisah, blogger or not, anda dipersilakan untuk sama memeriahkan Giveaway Ramadan ini... Hadiah ? Lipmatte Imanni Skinz untuk seorang winner dan top up RM 10 untuk seorang winner too :)


Membazar Dan .......

$
0
0
Yay, dah nak 15 Ramadan kann... Bulan Ramadan nih, kebanyakan masa memang singgah bazar.... Mak Nona cuti masak..haha..anaknya pulak lambat balik...so, ke bazarlah kita yop !

Image result for lawak puasa

Anak Bergaya dengan Headband Cute Dari Cik Tom !

$
0
0
Headband Murah Untuk Baby dan Budak || Anak anugerah terindah. Seboleh mungkin sebagai parents, mesti nak anak-anak nampak always cute and lebih comel kann..hehe~Dari atas kepala, sampailah hujung kaki. Sama ada topinya, baju atau kasut..betul tak?

Lagi-lagi kalau baby girl....memang syok lah mama nya hiaskan si anak, al-maklumlah, perhiasan diri banyak yang comel dan cantik belaka. :)

Something special hari ni, Nona nak share salah satu penyebab anak-anak perempuan kelihatan lebih comel tak terkataaa. Tadaaaa...


Alolo ...bentuk headband yang comel, dipadankan dengan skirt gitu.. menjadikan anak-anak kelihatan lebih comel dari biasa. Umum tahu, headband budak bukan sahaja untuk menampakkan kecomelan mereka malah untuk memudahkan pergerakan dorang....kalau rambut terlalu lebat or panjang, bolehla sekat sikit.

Model cilik yang cute ~ Headband kanak-kanak  ni aku bagi dia, nampak terletak elok je kann? 
Pinky gitu....


Sesekali bagi anak sedara hadiah headband..hehe..comel amat !

Walaubagaimanapun, pemakaian headband kepada budak-budak seharusnya dibiasakan dari awal, untuk tengok tahap keselesaan bila pakaikan di kepala mereka. Nona memang belum ada anak, so Nona bagi anak orang lain untuk try headband budak yang comel-comel nih. Sebab geram tengok kecomelan headband budak..


 

Ok, passed, tak nangiss..haha...Ayra dan Nuha.

Thanks to Cik Tom ! Nona dapatkan headband baby nih dari Cik Tom lahhh, Bukan main suka mama Ayra dengan Nuha sebab dapatlah headband baru tuk anak-anak dorang raya nih..hehe~

Serious talk, kalau benda-benda comel, memang seorang emak akan excited lebihh...

Shining ! Confirm cantik bagi kat anak, anak sedara ke...anak sepupu..anak jiran, hehee


Nak-nak lagi kalau headband baby tu cantikk tapi murahh...haaaa..confirm rembat.. Dah terbayang pakai sesama ngan si anak, warna headband....ikut tema raya....

Ada headband bunga, riben..semua cantik.. design comel lah, geramm jew ~

Ok lah, overall, Nona puas hati dengan cik Tom sebab :-

1. Harga headband RM10 ke bawahh... muroh kan ?
2. Dahla murah, design nya memang terkini dan cute. I rambang mata !
3. Walaupun murahhh, tapi material digunakan memang selesa, kualiti tetap dijaga... takdelah pakai sekali je dah putusss.. huhu ~

4. Kalau beli 5 pcs ke atas, FREE Postage tau !
5. Beli 10 pcs ke atas, FREE Postage and FREE  1 Headband lagi. Woww~




So, apa tunggu lagi? Grab lah cecepat ! Korang kalau pembaca blog nonasani.blogspot.my nih, korang leh gunakan promo code : CTRAYA03.. Untung-untung ada diskaun 10% tau..Jadik lagi murahhh....

Nah, bagi untuk uols boleh ushar sekali :-

FB            : Cik Tom Wardrobe
IG             : Baby Collection Cik Tom
Whatsapp : 013-8013 500


Inilah IG nya tuuu.... Lepas geram tengok headband, geram plak kat bag tu...adoii~ haha

Opsss, sebelum berakhir entri nih, korang kalau nak FREE headband bayi  bolehlah follow IG dan FB Cik Tom, nanti Cik Tom nak buat giveaway :)

--- Jomlah beraya dengan koleksi Headband Budak dan Headband Bayi 
dari Cik Tom ---


 
Ewahhh, nak p mana cik Ayra oii... 












Notahati : Uolz selalu beli headband kanak-kanak ke tak? Share sikit


Wow ! Kini Super honor Day Menampilkan honor 7A dan honour 10 Edisi Phantom Green !

$
0
0
Ekslusif di Shopee Malaysia || Hi ! Nona nak share something special yang mesti korang suka dan dapatkan... Nak-nak kalau handphone dah tengah buat hal, tapi bajet tak banyak...haaa, elok sangat ushar sekarang.. Siapa tak kenal dengan Shopee kan? Popular dengan harga barangan yang berpatutan setanding kualiti ~


Ya, good news , baru-baru ni salah satu online shop popular di Malaysia, Shopee telah bekerjasama dengan pihak honor untuk melancarkan honor 7A dan honour 10 edisi Phantom Green, pada jualan murah Super honour Day yang bakal berlangsung 8 Jun 2018 inii !

Ok, Apa yang best sangat dengan Super honor Day ini? 

SEBAB boleh dapat 30% diskaun untuk kesemua produk honor. Fuhh, ON tak ONZ !

Dan, the best thing is, honor 7A dijual dengan harga yang sangat mampu milik !


Only RM 429? Dengan spec yang berbaloi tu? 
Fuhh, murahhh, murahhh ~



Inilah dia spec honor 7A tuhh.

 

Syoknyaa kalau beli satu nih, bagi mak ke...bagi yang tersayang, dahla murah, spec pun elok je~

Display
·         5.7 inch 1440p x 720p + display with 16,700,000 colors, 283 PPI
·         18:9 wide screen
·         Multiple-point touch-sensitive screen

Size and Weight
AUM-L29A:
·         152.4 mm (L) x73 mm (W) x 7.8 mm (T)
·         Approximately 150g (including the battery)
AUM-L29B:
·         152.4 mm (L) x73 mm (W) x 8.05 mm (T)
·         Approximately 150g (including the battery)

Operating System
·         Huawei EMUI 8.0

Processor
·         Qualcomm MSM8937, Octa-Core (4 x 1.4 GHz+4 x 1.1 GHz)

Battery
·         Typical value: 3000 mAh battery
·         Charging duration: approximately 180 minutes from supplied charger [1]
·         Airtime: GSM: 31 hours, WCDMA: 18 hours.[2]
·         Standby time: GSM: 898 hours, WCDMA: 921 hours, LTE TDD: 811 hours, LTE FDD: 826 hours, Dual-card: 349 hours.[3]

Memory
AUM-L29A
o   ROM: 16 GB
o   RAM: 2 GB
o   Expandable storage: microSD card (up to 256 GB)[4]
AUM-L29B
o   ROM: 32 GB
o   RAM: 3 GB
o   Expandable storage: microSD card (up to 256 GB)[5]

Camera
AUM-L29A
·         13-megapixel rear-facing camera with auto focus
o   Photo resolution: up to 4160 x 3120
o   Video resolution: up to 1920 x 1080 (1080P)
·         8-megapixel front-facing camera
o   Photo resolution: up to 3264 x 2448
o   Video resolution: up to 1920 x 1080 (1080P)
·         Mode: Panorama, HDR, watermark, timer function, and time-lapse mode
AUM-L29B
·         13-megapixel rear-facing camera with auto focus
o   Photo resolution: up to 4160 x 3120
o   Video resolution: up to 1920 x 1080 (1080P)
·         8-megapixel front-facing camera
o   Photo resolution: up to 3264 x 2448
o   Video resolution: up to 1920 x 1080 (1080P)
·         Mode: Panorama, HDR, watermark, timer function, and time-lapse mode

Audio/Video
·         1080P full HD video recording and video playback
·         Audio file format: *.mp3, *.mp4, *.4gp, *.ogg, *.amr, *.aac, *.flac, *.wav, *.midi
·         Video file format: *.3gp, *.mp4, *.wmv, *.asf
·         Image format: *.png, *.gif , *.jpg, *.bmp, *.webp, *.wbmp
·         3.5 mm headset jack

SIM card
·         Dual nano-SIM cards


Nak kena rembat jugak la rasanya..hehe... So, apa lagiii ?

====================================


Untuk menikmati keistimewaan pada Super honor Day, layari:https://www.hihonor.com.my atau https://shopee.com.my/honormy.officialstore





#SuperHonorDay #ShopeeMY



SALAM AIDILFITRI 2018 YOU ALL !!!

$
0
0
AIDILFIRTI 2018 || Hi Assalamualaikum ! Syukur masih bernyawa. Finally, my lappy already sembuh ~ Betapa kurindu nak berblog oi ~ kat HP, tak syok sangat nak tengok....i still nak guna laptop.

So sempena Syawal ni, Nona pun memaafkan kejadian ini, kuhantar repair laptop ke kedai :)


Orang lain dah start open house, kita baru nak wish raya ~ muehehe~

Selamat Hari Raya dan mintak maaf kalau sepanjang kenal di media sosial .... kita ada sakitkan hati awak-awak..... Yang memag dah jumpa dedepan, dah berwatsap jugak, maap kalau kata-kata i yang jujur and annoying kan anda semuaaaaa~



Adik, sepupu dan maksu akuu................

 

Grandma !

Kami beraya di Batu Pahat this year :)
-------------------------------



Ok lah, how your raya ?? hihi

Anda Design Sendiri Kemeja-T, Printcious Jadikan REAL !

$
0
0

Servis Printing T-shirt  - Hai semua. Baru-baru ni Nona survey pasal printing Kemeja-T Grafik di Printcious. Dah terfikir nak design macam mana untuk T-Shirt tuh nanti. Sebelum ni pernah try T-shirt cotton biasa, happy benor mak I tau, kain yang selesa, siap ada nama mak…. Now nak try Kemeja-T Grafik.

Siapa tak kenal Printicious ? Nona perkenalkan jap. Printcious merupakan salah satu website yang membuat servis menghasilkan idea /design kita menjadi real ! Camana tuh? Haaaa, kalau korang terjah ke sana, korang boleh tengok pelbagai barangan seperti T-shirt,  mug, bantal dan banyak lagi yang customer perlu design sendiri mengikut kehendak masing-masing. Wow gituuu kan~ Nak bagi hadiah untuk yang tersayang, atau diri sendiri? Mudah sangat tau !

img

So dengan konsep yang sama, kita dibenarkan untuk jadikan real Kemeja-T Grafikberdasarkan idea kita untuk design T-shirt tersebut. Kreativiti tiada hadnya.Printcious menggalakkan kita menyerlahkan bakat yang ada dan hasilkannya menjadi sesuatu yang berfaedah untuk digunakan. Semua di hujung jari! Kita create design atas talian, order….dan tunggu hasilnya sampai.

Kenapa Nona sangat tertarik untuk kemeja T ni ehh?
Hehee, tak lain tak bukan sebab ianya sesuai digayakan kemana-mana sahaja event, seperti hari keluarga, atau hari sukan disebabkan kainnya yang selesa dan tak merimaskan. Didatangkan dengan pelbagai saiz, dari kanak-kanak sampai dewasa boleh bergaya sakan dengan kemeja T yang di design sendiri nih. 

SAMPAI 2XL ADA !!!

Tahu takk, kain yang digunakan diperbuat daripada 100% fabric polyester, dan dicetak menggunakan teknologi percetakan heat transfer yang mana menyebabkan ia tahan lama. Ia juga mudah dibasuhhh serta..jahitan kemas, Itu penting, jahitan kemas, warna tahan lama. Baru nampak menyerlah bila disarung ke badan.

Kita bebas untuk mengubah suai kemeja-t dengan online design tools yang membolehkan menambah gambar, rekaan, dan juga apa jua teks pilihan. Tools yang disediakan membolehkan kita untuk membuat baju grafik kemeja-t anda sendiri. Boleh tengok segala rekaan atau contoh design di sini : T-shirt Idaman .



Pelbagai koleksi grafik, warna dan font tulisan yang banyak mengikut kehendak kita. Sama ada nak tepek gambar atau letak kata-kata semangat pada baju tu, sangat dialu-alukan. Cuba imagine, muka orang yang kita nak hadiahkan tu ada depan kita… Apa colour dia suka, apa ayat dia suka.

Berilah kegembiraan kepada orang, moga kita juga digembirakan semula .

Selain daripada hadiah untuk personal life, anda juga boleh pilih Printcious untuk hasilkan karya anda special for company tempat anda bekerja. Anda juga boleh letakkan logo atau servis apa yang company usahakan. Ini adalah salah satu taktik promosi barangan atau company itu sendiri.TAPI Tak perlu risau  kerana, harga borong juga ada disediakan khas buat customer Printcious.

Inilah pesanan penaja :-
“If you are looking for best company t shirt printing, don’t forget to contact them.
Or if you have any upcoming birthday party and would like to impress your guest, photobooth rental is your best entertainment.

Don’t miss to click here too 
Button Badges MalaysiaBulk Order Color MugBulk Order Magic MugBulk Order LanyardBulk Order Mousepad
We also welcomed any sponsorship to get sponsor for their event. Don’t miss out to grab this big opportunity by click here 
Sponsorship for Event “



~ Woww! Ok lah, nak start design….kalau lambat nanti idea hilang pulakk. Korang terjah je link Design Kemeja-T Grafik ~





Hijabista Mood - Tudung Mardiah Pilihanku

$
0
0
Tudung Mardiah Menyerikan Wajah ||  Hi, Dah nak habis Syawal.. Baru sempat nak share pasal tudung rayaku... Tahun ni tudung raya pertama Nona ada lain sikit..sebab selalu kan shawl RM10 or tudung bawal semata kan..hehe~ Terkejut hari tu bila member cakap, tudung raya kena lebih rm10 arr sesekalii... ahhahha~ then aku terjumpa yang niii~ Terasa fesyen ala-ala hijabista pulak ! HAHA.

HIJABISTA BLOGGER (kekekekee)

Tudung Mardiah keluaran @alwadelhijab diperbuat daripada kain heavy chiffon . Banyak warna yang dikeluarkan...cantik-cantik der... Uniknya sebab, talinya yang berada di luar dapat diadjust tudung jadi labuh atau normal size. Itu aku suka, kejap ikat belah kanan, kejap ikat belah kiri.... tengok sisi mana yang kita rasa kita cantik..kahh3~ 

*Berbelit?? Tak pon..adjust je dua tali di tepi tu..dah terbentukk..*


Oh yaaa ! Cuaca yang terik, sampai berpeluh-peluh, sebab  tudung ni plain, confirm nampak basah kalau terkena air sikit or peluh. Dan aku pulak tak suka pakai scarf penuhh, mesti half je... so peluh sikit, memang nampakk ketara lerr ~ This year ada berani try kaler cerah sikit....nak tak nak, aku hadaplah peluh yang terlihat di tudung tuhh.. KEKAL CONFIDENT gitu.

*JANGAN MUNTAH TENGOK GAMBAR DI BAWAH *


~ FAMILY ~



Oiii, tembamm  plak nampak kannnn ~


Ok lah, aku suggest untuk bawak gi kerja , annual dinner maybe, atau apa apa event lah kan....
sesuai sangat oooooooo ~ Terjah alwadelhijab, ada produk lainnn jugakk.... founder nya retis tau..sebab aku tengok retis ni kat TV, adudu.. comel sungguh jer !


 

Overall, puas hati dengan servis yang diberikan dan suka dengan tudung Mardiah, walaupun pada awalnya agak susah nak biasakan diri.. but finally, rasa diri hijabista muslimahh weh. 


==============================
(Awak..ni tudung beli..jgn anggap ini dapat FREE ya...)

Sekian saja, thanks !



Viewing all 2107 articles
Browse latest View live