Quantcast
Channel: LIFE WITH LOVE
Viewing all 2108 articles
Browse latest View live

Baju Kurung Sweet dan Anggun daripada CaryazaraOfficial .

$
0
0
Hai !
Syukur masih bernyawa !




BAJU KURUNG DARI CARYAZARAOFFICIAL ||  Sebagai seorang perempuan atau wanita yang sukakan fesyen yang simple dan sweet, baju kurung ni selalu menjadi intaian ramai.. almaklumlah...nak jugak mempesonakan mata yang memandang.... sesekali bergaya elegant....boleh buat hashtag fashionista gitu....

Ada member Nona usik,  macam Nona pulak yang bertunang katanyaaa...........Yang cakap macam mak datin pon ado~ Serious, ramai puji lawa...baju la..baju yang lawa..haha




So hari ni nak share pilihan busana Nona untuk ke event wedding kawan last year.. Entri di SINI .

 

Ewahhhhh, feeling ala-ala model ~

Jenis kain yang digunakan ialah crepe dan lace.. Nama busana ini : CarmilaLacey.

Ngam! Memang Selesa dan rasa cantik bila sarungkannya.. huhu.
Puas hati sesangat dengan harga yang dibayar........

Feeling Perempuan Melayu Terakhir Bila Pakai.

================

Kat mana boleh dapatkan design meletop top lain??

Nona dapatkan di Instagram Caryzaraofficial nihh .

Sekarang dah release new collection tau! Untuk pakai masa tunang? raya? or nikahh? Ehhh..elok sangat tuh..

Memang  dialukan terjah dorang tau... Warna and design available for all.

TERJAH JANGAN TAK TERJAHH YE !











Notahati: Tengah survey baju raya pulokk ni haaa~


REMINDER : Plan and Action !

$
0
0
Hi !

Yes, agree ~

Image result for plan quotes

Everyday pon kita plan, oh takk, sila berkembang lebih majuuuuuuuuuuuuu!


Luaskan pengetahuanmuuu dan pengalamanmuuuuuuuuuuu~

Hari hari kerjaaaaaaaaaaa.....komitmen haruslah tinggi......sila galas tanggungjawab sebaiknya ok :)

Fashionista : Sweet & Trendy Muslimah Wear !

$
0
0
"Hello sweetie ! "
"Cantiknya baju awakk dikkk "

(Dalam hati, Thanks Zalora ! )


'Muslimah Wear' Sungguh Menawan ||     Hi, Nona sekarang tengah rajin scroll fesyen-fesyen terkini yang nampak sweet dan sopan. First, untuk kenduri kahwin sepupu, second, for Hari Raya soon. Of course Nona mencari pakaian yang berpatutan harga, selesa dan nampak sweet bak wanita melayu terakhir.

Apa? Macam mana nak berfesyen tapi nak kekal nampak muslimah ? Okay, banyak je style nya, salah satu tips ialah padankan dengan aksesori yang sesuai, kasut dan pakaian yang cantik warna serta coraknya. Saiz pakaian jangan terlalu sendat sampai susah nak bernafas. Haaa... Sudah tentu ramai yang tertawan.

Bagi Nona, bila berfesyen dalam berpakaian, Nona suka yang simple tapi sweet, elegant tapi selesa, biar nampak cantikk je depan semua.. hehe...And harga pun kena berpatutan setanding kualiti.


So, antara muslimah wear yang Nona minat telah berada dalam laman web Zalora tau. Yup, Zalora yang trusted dan trendy.. Best betul tengok dalam website Zalora ni, ada pelbagai koleksi muslimah wear yang disediakan khas untuk semua pelanggan. Design, warna serta harga sangat ngam dengan jiwa perempuan tau.

Ini yang Nona share sekarang, semua  dibookmark..untuk difikir fikirkan......



1. Fit & Flare Lace Frill Dress

Cantik ! Anggun and sweet you ! I love this lahhhhhhh~



  



2. Time and Grace Wrap Dress

Design ni pun memukau, corak yang simple, berkotak sahaja, tambah-tambah  comel disebabkan ada riben di situ... I like this too !!! Betul betul gaya stailista nih !

 





3. Dress Nadhirah

Amboi, lace penuh, sukanya seorang Nona ! Rasa wow, elegant and sweet kalau pakai dress ni :)
Menantu sapa la ni... kih-kih~

 


4. Lily Basic Kurung L73

Eksklusif dalam sifat tradisional yang ada pada baju kurung ni sangat menawan mata !
Hitam kan sinonim dengan perkataan menawan ! hehe


 



5. The Drape Escape Dress In Blue 

Kalau kurus, boleh try ootd cam gini, simple dan sopan. Ciri-ciri muslimah wear masih ada dalam design ni.

Tenang jer sesiapa yang memandang, sebab warnanya pun cool !
 

Oppps, ada lagi satu my favourite!


6. Satin Dip Hem Skirt Pants

Nampak ber style ! Simple ever! Ada gaya, senang nak bergerak dengan gaya muslimah.. ~





Ok, actually ada banyak muslimah wear yang terlalu cantik, menawan dan harga yang bersesuaian kat Zalora.

Falling in love sangat tau, untuk kelihatan muslimah tapi sweet !

Geram Nona tengok design yang pelbagai, jenis kain yang selesa, dan easy going ! Haihhh lah ~


Nah, Maklumat lanjut di website Zalora : MUSLIMAH WEAR

Sekali lagi diingatkan, Pilihan yang tepat untuk pakai semasa majlis bertunang, parti hari lahir,  kenduri, bridesmaid atau pengapit ? Yessss, untuk hari raya soon pon boleh cari sekarang ! Nak nampak anggun dan fashionista, terjah cepat ! Nona pon rambang mata belek belek lagi nih...Jomlah kita !









*Jangan menyesal kalau terlambat grab*


Minyak Gonggang Giveaway By Pokcikblogger

$
0
0
Hi ! Kembali bersiaran! hehe~
Nak panaskan enjin hari ni, join Giveaway! Last day oi !





Jomlah joinnnn yop ! Minyak bukan sebarang minyakkkkkkkkkk~ hehe~


Giveaway : Travel Totebag by Ana Suhana

$
0
0
Hi, continue join giveaway :)

Nona tak pernah join GA yang hadiahnya tote bag..

So, first time nak rebutkan hadiah ni..hehe~


Giveaway : Travel Totebag by Ana Suhana
 Klik Banner Ye !
Harap sangat ada rezeki, and all the best to all yang join! Support blogger jommm kita !


TIDAK SEMBANG : Semangat Mendaki Gunung Lambak, Kluang, Johor

$
0
0
Hi ! How are you today ?



Gunung Lambak Kluang, Johor ||  Yes, seorang Nona mendaki gunung ! Amboi, last masa zaman U dulu, dah beberapa tahun lepas...........sengaja uji stamina kan ~

Gunung Lambak merupakan salah satu gunung yang berada di Johor. Ketinggiannya cuma 510 meter (1673 kaki) dari aras laut. Ada yang review gunung nih tidaklah terlalu tinggi, tapi cukup untuk buat Nona mengah walaupun baru memulakan pendakian... HA HA.

                                                    

Kami bergerak pada 30/01/18, 6 petang. Sampai-sampai je dah malam. Aktiviti malam memang ada, tuh akan diceritakan kemudian ok.

Next 31/12/18, kami bergerak seawal 7 pagi ke Gunung Lambak. Excited bukan main, al-maklumlah..dah lama tak mendaki.

Ok, ada dua pintu masuk, satu masuk dari jambatan gantung, satu lagi dari tempat parking yang di bawah ni. Kami tak lalu jambatan gantung.



 

Jom start!!

 
Nampak rata je kann~

Well, its actually not ! Tengok gambar di bawah..... dah start menaik tuhh~

 

Tapak yang rata tidak selamanya rata, semakin bergerak, semakin mendaki tau ! Awal-awal memang jalan macam ni, bersimen elok, nampak best je nak hiking sampai atas. Tapi lepas beberapa langkah, pendakian sebenar baru bermula. 


Perghh, agak mencabar... 

Memang betul-betul memerlukan kekuatan tangan dan kaki. Masa naik tu, kena hati-hati melangkah satu persatu. Bila pegang something seperti kayu atau daun, pastikan akar tu kukuh, kalau tak... memang boleh terlepas dan terjatuh akibat tak seimbang...

Ada yang sampai terseliuh, maybe sebab tersalah step masa mendaki. So, dinasihatkan agar berhati-hati dengan langkah dan pergerakan semasa mendaki.

Oh, tali juga telah disediakan , maka gunakan sebaiknya. Di sinilah kekuatan tangan diuji, bila mana perlu berpaut pada tali untuk melangkah ke hadapan yang lebih tinggi

 
Muka dah penat gila mendakiiiiii....hahaha~




Ok, tabahkan hati..sayang nak patah balikk~ kena teruskan jugak.

 

Kalau sampai sini, maknanya dah berada di separuh perjalanan. Sikit je lagi..



 
Cahaya ! Haaa, maknanya nak sampai dahh :)

Setelah beberapa kali member cakap, sikit lagiiii, atas tuh nak sampaiii.....jom-jomm cepat.........tapi hakikatnya..... belom sampai..kih2~

And finally...............

 

Hello ! I'm JDT Blogger , Malaysian !





Ui, syoknya bila dah selamat sampai....


Muka puas hati berjaya TIDAK SEMBANG untuk sampai ke puncak!

Hehehe~


 
Ok, sudah sudah selfie....

Kat atas tu ada satu tiang tau.....ramai bergambar..tapi sebabkan ramai sangat, kami tak bergambar dengan tiang tuh

 

Jalan balikkk, member bawak lalu jalan yang rata.........
Tapi sebelum sampai kawasan rata, memang kena lalu jalan yang guna semasa mendaki tuh....

Di sini step pun kena betul, sebab ada yang berani berlari masa turun....
Me like........... ''WHAT?!" Boleh pulakkk lari-lari...sekali tersadung, menyesal kang~



Ok, ini bila dah settle hiking, bolehla berendam kat sini...huhu~
Ops, kalau tak nak hiking, nak datang hanya untuk berendam, memang boleh saja..


Dengan ini, maka berakhirlah misi ke puncak Gunung Lambak, Johor! hihi ~

Memang terbaikkk, enjoy betullah buat aktiviti macam ni sekali sekala, dengan members! Pembukaan 2018 yang menyihatkan ! Hehee~


Untuk kesihatan, untuk jantung, untuk diri sendiri jugak bila do something yang berfaedah ni.

Anyone pernah hiking? Or memang hikerss? Share sikit experience .... Hehe
============================================

Oh ya..penginapan? Haa...entri lain nanti share sikit pasal penginapan...Banyak je hotel ada. Tapi yang paling dekat, betul betul belakang dengan bukit tuh.

Seterusnya, nak share beberapa tempat makan sedap kat Kluang..........Perlukan entri khas for food...haha ~


See You Next Post Ok !


















REMINDER : Festival Layang-Layang, Pasir Gudang, Johor

$
0
0
Assalamualaikum, hai !

Nak buat REMINDER jap !

No automatic alt text available. 

Setiap tahun, aku sebagai warga Johor mesti pergi walaupun tahu kesesakan yang bakal dilalui. Dan bila aku sampai tu, sebolehnya aku jalan round semuaaaaaaaaa gerai, dari atas ke bawah, dari bawah ke atas...................hahah...walaupun tak masuk semua kedai.....tapi tetap round hokay !


Kedai yang menarik, akan menjadi sasaran untuk datang semula...hoho~

Biasa yang aku cari, T-hirt, seluar tidur, blaus nak buat raya, makanan yang sedap tapi murah.....hahaa~ kenkadang lukis inai, haaa..time time cenggini ar....kihkihhh3~

Image may contain: one or more people, sky and outdoor

Layang-layang?? OF COURSE...tapi more to jenjalan....beli makanan, duduk kat tepi sambil tengok lelayang..menikmati anginnn..  'OHHH ANGIN..................'


Ok lah, tu jela nak remind, sengaja singgah campak entri :)

Orang luar Johor, Jomlah jugakkkkkkkkkkkkkkkkk~ Bukan selaluuuuuuuuu... Gitu :)

Tengok Baby Dapat Menenangkan Hati

$
0
0
Assalamualaikum, hai !

Baby Nur Tasnim Amani ||   Comel....best sangat tengok baby...bau baby............anak kecil tidak berdosa.....dari syurga.....seronoknyaaaaaa pegang...



Dah lama tak pegang baby.....tak cium baby...i is geram!


Ini antara hadiah hadiah yang aku suka ushar bila nak membeli hadiahh baby.
Banyak betul pilihan comel comel dan berguna for baby and mommies! Sukaaa sangat tengokk, nak nak colour pink! Aigoooo~


 

Aku rasa macam nak beli jer banyak banyakkk.....tapi tak boleh membazir :)



Comelnya.....sedap jer dia photoshoot kan :)
Untunglah..banyak hadiahhhhh Tasnim ! Huhi ~

Tak sabar nak tengok dia melaram..haha~



Semoga kami diberi kesempatan merasa menjadik ibuu :)


======================

Semoga Nur Tasnim Amani menjadi anak yang solehah, penyejuk hati mama dan ayah, semoga diberi kemudahan dalam mengharungi kehidupan...........




Berniat Nak Buat Giveaway

$
0
0
Hi, syukur masih bernyawa.... Yes, busy.....nak nak sekarang fetival layang-layang..seronok menghabiskan duit..huhu...



Image result for MARCH

Bulan kelahiranku......................
Maka dengan ini, Nona plan untuk buat giveaway..................

Tapi TUNGGU JAP, Sebab aku baru lepas shopping kat festival lelayang.

Happening ! 4 hari berturut-turut aku singgah ke sana...hehe~

Jammed tak jammed, aku redah jer..sebab mengushar hadiah giveaway.....


Bajet ngam ngam je..sebab semua nak sponsor sendiri....it's ok..sis memang dah lama niat nak buat ~

Tapi bila dah beli hadiah tu...rasa macam aku suka....macam tak nak bagi lah plakk..kah3~

Tengok baju, tengok bag..tengok shawl....aduhai! Tak menahan iman nih tau !

So, nantikannya :) Tengah draft draft apa yang nak untuk giveaway kali nih :)

Sekian, terima kasihhh !

SOON :)

Harap-harap dapat sambutan..........syarat-syarat sonang je pon ............

TUNGGUUUUUUUUUUUUUUUU~

Giveaway Hi Nona !

$
0
0
Hi ! Syukur masih bernyawa :)

Yes, it's my birthday yang ke............................... SECRET.

So dengan berbesar hati, Nona ingin melancarkan satu giveaway...........

HARAPNYA, RAMAI YANG JOIN YA ! HAHA... JOMMMM JOMMMM~



 

SYARAT SYARAT

A, Wajib 

1. Follow Blog NONA , button follow ada di tepi jugak. 

2. Follow IG @gelaktawa  Imanni Skinz   
dan Follow FB Nurul Huda

3.  Buat satu post pasal Giveaway ni, letakkan tajuk entri''Giveaway Hi Nona ! ''

4. Tepekkan banner dan link kan ke entri giveaway ini.

5. Komen link entri di ruangan komen saya berserta nama IG awak..
 *Jangan risau, saya ada apps UNFOLLOW, boleh detect dengan mudah je..*


Pesanan lain (TAK WAJIB, SEIKHLASNYA ) :-

Kalau boleh, dalam post you all tuh, sedekahkanlah wish serta doa untuk Nona............. Nona sangat memerlukan dari semua orang............... Thank You !


Hadiahhh? Hadiah akan dipost ke dalam entri lain, special for hadiah ok :)

Bagi hint sikit :- 




Yes, untuk 3 pemenang ! Pemenang pertama boleh pilih nak colour apa....huhu ~






















































Senarai Hadiah Best Untuk 'Giveway Hi Nona ! '

$
0
0
Hi ! Syukur masih benryawa :)


Ada yang tertanya-tanya..... Nona nak bagi hadiah apa sempena 'Giveaway Hi Nona' nih kan!


Haaaa.......Nona beli masa kat Festival Layang-Layang 2018 ni~

Kecuali satu barang special ever, dapat sponsor.................
:: Lip Matte harga lebih RM30 untuk 3 orang ! Fuhhhhhh ::


Jomm scroll !!!!!!


TEMPAT PERTAMA 

Nona beri pilihan, antara dua set barang di bawah..............sama ada nak bag Quechua yang agak dikenali jugak  atau bag 'IT'S OK' . Oh ya..kedua-dua set siap berserta dengan  Lip Matte berharga lebih RM30 , Top Up RM5 dan USB Fast Charger.

 

 

SET 1  : Cattleya Lip Matte + Beg Quechua + USB Fast Charger + Top Up RM5


atau boleh pilih :-





SET 2: Cattleya Lipmatte + Bag 'IT'S OK'   + USB Fast Charger + Top Up RM 5


Both awesome .... boleh pilih tau !


TEMPAT KEDUA 

 


 Cattleya Lipmatte + T-shirt Zebra  + Tudung/ Shawl (Design belum decide)




TEMPAT KETIGA




Cattleya Lipmatte + Shawl Debunga Cinta


Seronoknya bila dah UPDATE senarai hadiah....

So, apa lagi..............ladies or men, you can join this!!!! 


Ada hadiah for you guys! Don't worry ! Kalau tak berkenan, hadiah leh bagi kat orang kesayangan anda semuaaaa........atau bagi kat birthday people tempat kerja...............jimat gaks!

KLIK BANNER MUKA NONA NOW ! OR BOOKMARK NOW ! LATER JOIN K~



Marilah Join Beramai-ramai ! Kalau meriahhhhhhhhhh, akak berniat nak tambahhh hadiahhhh~

'Kalau dah berniat, kena buat tuh kakkkk'

Sejenis Rindu Sebuah Memori

$
0
0
Makan Bersila Beramai Ramai || Ya...dah lama tak makan macam ni...sekarang makan kat atas meja...kalau duduk bawah pun..tetap ada meja kecil..letak food sikit sikit....


Rindu makan macam ni..dulu duduk sebelah arwah atok...i miss you atok....

Kalau family sebelah n9, rajin makan macam ni..dan bersila reramai....yang lebih sopan siap bersimpuh...tapi i tak berapa nak sopanlahh.....haha...Meriah tau....kalau tak duduk dalam kelompok ni..rasa terpinggir gila..ahahhaa...kadang tak muat kan...da ramai sangat...hoho...

Al Fatihah buat atuk Nona.....semoga rohnya dicucuri rahmat....Amin Ya Rabb 

REVIEW FILEM AKSI : KL SPECIAL FORCE

$
0
0


KL SPECIAL FORCE GEMPAK || Hi ! Syukur masihhh bernyawa. So mood birthday still not move on lagi..... and my sister belanja I tiket wayangg! Yabedaabeduuu~


Filem aksi terbaik ni keluar sama tarikh my bithday on 08/03/18. Feedback mostly best and gempak! Siapa Dah Tengokk...sep sikit !

SINOPSIS 

Sekumpulan unit PDRM berusaha untuk menumpaskan sekumpulan perompak bernama 'Geng Anarkis' yang diketuai Asyraff (lakonan Syamsul Yusof). Geng ini sangat popular dan sangat susah ditumpaskan. Keadaan bertambah huru hara apabila Asyraf bijak membuat pihak PDRM  bergaduh sesama sendiri dan misi terganggu.

Ok, first of all, aku rasa seram jugak nih nak review.... al-maklumlah....hal berkaitan pihak berkuasa kot! Tak pasal kena viral..... Tapi aku cuba nak jujur.. Well...dont worry...aku takkan spoiler kan sangat...hoho~

*Semua screenshot ni, aku amek kat IG artis artis yang terlibat.... *


Settle keluar je panggung, aku terus cakap.....best jugak kan ! Jujur dari hati, memang best..gempak!
Awal-awal aku dah rasa syok sebab aku nampak penjahat ni memakai topeng yang comel berhati berani. Lepastu aku terpegun tengok aksi bergaduh atas kenderaan yang tengah bergerak, siap tergolek ..... Wow.. nice beb ! Sebab usually aku tengok orang puteh je yang buat aksi nihh....
Tak rugi  tengok sebab seronok tengok aksi aksi yang mantap dan bertenaga dalam cerita nih.....



Part geram pon ada bila watak Zul (Fattah Amin) suka  tersalah cara. Semangat kerja memang ada tapi tersalah step...lorh.... Kesian Insp Lan (Rosyam Nor).

Ramai jugak yang susah nak agak apa next aksi dalam cerita ni....sebab dalam dunia politik kerja, maybe ada yang terlibat dengan rasuah, maybe ada yang baik tapi difitnah sampai tak dipercayai....maybe orang tu terlibat dengan si A, tapi sebenarnya si B yang terlibat...

Fuh, memang bergerak je otak pikir masa layan movie nih. Berkerut jap muka..haha...



Kejap aku rasa si Lan tuh bersalah, kejap aku rasa si Zul tuh yang problem.
Betul-betul plot twist weh !

Elemen kekeluargaan pun ditonjolkan dalam movie nih...Hati memang mudah terusik part family kan.

Barulah aku paham, keadaan seseorang anggota polis, bilamana tak dapat selesaikan sesuatu masalah, masalah negara terutamanya..., tapi tetap kena jadi ahli keluarga terbaik bila bersama family.

Memang terganggu habis hubungan bila stress  kerja dibawak balik ke rumah ~ Sobbs !
Belum masuk lagi bila keluarga dalam keadaan tak selamat serta diancam.

Adoi, lagi haru biiruuu ~

Cuma part tembak banyak banyak kali, TAPI tetap tak kena....and i feel macam..........ok, satu pon tak kenaaaaa~
======================================

So, at the end macam mana? Haaaaaaaaaaaaa...kenalah tengok.....apa yang berlaku...Bagaimana Asyraf memanipulasi minda semua orang? Apakah rahsia yang cuba diperbetulkan keadaannya?
Siapa pesalah? Siapa yang terbaik ? Apakah tujuan sebenar???



 

Ha ah, 10/10 full marks tau .


Fuhh, ganas gila ! Kereta Syamsul dalam part last scene ni...aku suka lahhh, terbaikk !

Woww, dah dua kali tengokk !






Bintang? Ok, 8.5/10 Nona bagi ! Hihii~ Cepat cepat tengok di pawagam berdekatan okay :::)  #suupportfilemaksimelayu






P/S :  Nona tak puas hati sebab watak pompuan dalam movie nih tak banyakkkk..hehe... Sama ada penjahat or GF nya.... (Ok Nona ada je tak puas hatii)




Peserta Giveaway? PLEASE ALERT KEJAP

$
0
0
Hi !

Just nak buat reminder ! PLEASE

Image result for alert

Ok, kepada semua peserta giveaway yang dahh join atau bakal nak join,  if takda IG, kamu diharapkan untuk gunakan IG orang lain :)

If not, sorry............tak dikira bakal pemenang, cuma Nona akan masukkan ke dalam bloglist sahaja sebab awak still buat syarat yang lain kan :) Bukan apa, sebab dah janjii dengan sponsor, so kalau takda ikut syarat, rasa serba salah pulak dari pihak saya...huhu...



Thank You All ! Belom Join ker??

JOMLAH KLIK SINI

#nonabuatgiveaway

Kulit Cerah Bersinar Dengan Collagen Protein Whitening Mask

$
0
0

 Collagen Protein Whitening Mask ||  Hi! Syukur masih bernyawa ini hari ! Yes, nak kulit sihat serta berseri? Nahhhh, cuba mask berwarna pink ni. Cute okayyhhh.

Bagi penggemar mask macam Nona, memang best pakai Collagen Protein Whitening Mask sebelum make up, sebelum tidur atau selepas seharian berpanasan di luar. Rileks kan wajah seharusnya menjadi rutin bagi seorang insan bergelar perempuan. 







Kelebihan Menggunakan Collagen Protein Whitening Mask :-

1. Dapat menegangkan kulit wajah.
2. Dapat melembapkan kulit muka
3. Dapat mencerahkan wajah....... :::
4. Dapat membuang kotoran atau minyak di wajah.
5. Kandungan collagen membuat wajah kelihatan berseri-seri selepas menggunakannnya.
6. Kulit sihat dan segar.
7. Dapat mengelakkan wajah daripada jeragat

Ia dihasilkan dari Korea Formula, dan di dalamnya terdapat bahan-bahan seperti :-

1. Ascorbic acid
2. Cucumber Fruit Extract
3. Methylparaben


Collagen Protein Whitening Mask ini adalah jenis peel off mask tau. So pakainya tak perlu lama pun.

Cara Menggunakannya :-

1. Sapukan rata di seluruh wajah.
2. Tunggu 5-10 minit atau sehingga ia betul betul kering.
3. Cabut perlahan-lahan.
4. Bilas dengan air suam.
5. Lap wajah dengan kapas muka.



Haaaaaaa, tengok cermin ! Hari-hari pakai mesti berubah sikit..... percayalahh!

HEHEE


~Share sikit rutin kecantikan you all?? ~
=================================

Look this !! YAYYYY ! Sekarang 24 K Gold Mask dah ada kawan...
Syok oooo PINK GOLD ditepek ke muka... Nice one, i love it !

 

Sambil tengok TV, Baca Novel, Lipat Baju, Basuh Pinggan, Tepek jap !


Stay Beautiful Everyone !








p/s: Ini entri share pengalaman , not berbayar ye :)



A SFRNFZL GIVEAWAY - A blog and Twitter Giveaway

$
0
0
Hi !

Let Join This !

Sempat Join sebab Ditangguhkan lagi :)


 

Saya suka berblogging kerana ianya adalah hobi yang terindah dalam kehidupan ini..hoho~

Dengan berblogging, saya dapat mengenali banyak orang bersama kisah hidup ramai
mendapatkan pengalaman berdasarkan cerita cerita mereka yang berpengalaman.... memang best baca, menambah info......membangunkan rasa positifi  kepada diri sendiri....

Next, suka sangat berblogging sebab ianya sebagai terapi diri adakalanya bila meluahkan sesuatu dalam blog, then ada orang komen, Nona rasa terubat jiwa ni..... Ya Allah....tenang hati :)

Nona puas hati bila dapat share something yang beri orang lain pengetahuan, dan kekuatan.

Bukan itu sahaja, malah ada masanya dapat pendapatan melalui kerja blogging...atau dapat barang review..pon best okayyhh~




Haaa.........apa lagi, jomlah join ya semua! Hadiah boleh tahan best jugak~

KLIK BANNER

Pilih Hotel Setia Kluang Sebagai Tempat Penginapan

$
0
0


REVIEW HOTEL SETIA, KLUANG, JOHOR || Hi ! Syukur masih bernyawa. Yaa, setelah sekian lama nak share pasal sebuah hotel yang bertempat di Kluang, Johor.

Ramai yang tahu,  31 Januari hari tu, Nona and members ke Gunung Lambak, Johor.
ENTRI DI SINI

Lobby, receptionist yang ramah di situ :)

Pada malam 30 Januari 2018, kami mencari hotel untuk bermalam. Nak dijadikan cerita, aku survey awal hotel ni tapi tak book pon, terus walk in je...... nasib nasib masa sampai tuh, dah tinggal sebuah bilik kosong berharga range RM90.00 sahaja. Parking FREE ! Dan banyak tempat parking....satisfied !

Pakej yang kami amek namanya Superior Queen Room. Gambar bilik tak teramek sebab dah penat gila masa sampai, jenjalan malam, and budak dua orang tu dah rasmikan dengan segeranya..muahaha~





Masuk masuk je bilik sederhana saiznya, sesuai dengan harga, berserta televisyen, toilet, almari, dan meja solek. Ok lah, atas meja solek ada seperti dalam gambar.

:: Paling best, ada sejadah dan arah kiblat disediakan, so takde masalah malam-malam nak bukak kompas cari arah kiblat~ haha ::

Toilet? Yesss, bersihhh! I like toilet bersih cam gini ! Heheee~ Barulah selesa, walaupun takda bath tub, tetap best nak mandi..........




Bantal lebih ada diletak dalam almari, so aku ngan member lagi dua orang tu ngam ngam tidur atas katil....fuhhh, nasib muat.. aircond sejuk beb, sampai ke tulang..............empuk la katil hotel...rasa nak bangun pagi pon malas..muahaha~

Oh ya, seterika ada, tapi di bilik iron, disebabkan aku tak iron apa barang, so aku tak ke bilik tuh.
WIFI ? Untuk pakej nih, sorry, takda Wi-Fi tau.

Dan sekiranya time check out kita terlewat, RM 10 dicharge untuk sejam masa terlebih tu.


Overall?

Wow, overall puas hati  !!! Buat untuk menginap sehari je...memang ok.....sebab berdekatan dengan banyak tempat menarik jugak. Gunung Lambak area belakang hotel jer, tak jauh mana.Dalam 5-8 minit sampai dah......memang nak hotel nih untuk esok sampai cepat..hehe.

Berbaloi untuk sesiapa yang nak mendaki Gunung Lambak, untuk jenjalan tengok apa menarik di Kluang,


Thanks Hotel Setia, Kluang ! 


=====================================================




                   HOTEL SETIA KLUANG
               
                No 3, Jalan Setia Indah 1, 
      Taman Setia Indah, 
              86000 Kluang, Malaysia


===================================================
Inilah kami ! Customer Hotel Setia, Kluang !






p/s: Ada free, leh datang lagi kann :)

Sedapnya Jamu Selera Di The Sampir, Kluang

$
0
0

THE SAMPIR

REVIEW KEDAI MAKAN THE SAMPIR, KLUANG || Hi ! Tahu tak tempat makan sedap di Kluang, Johor? Siapa orang Kluang?  Siapa pernah ke sana?? Haaaaaaaaaaa...sini nak perkenalkan, antara kedai makan yang popular, sedap dan berbaboi labur duit tau.. bila rasa sekali, pasti nak lagii ~





Menu semua sedap-sedap buat orang terliur je...geram ok ! Lebih-lebih lagi menu popular dorang. Sedap ever ! Sambal terasa pedass sampai ke otakkkkk ! Nak tahu apa dia, scroll gambar di bawah.

Sebelum tuh, cuba tengok menu pisang keju tuh, banyak jenis~ Pisang keju chocolate, pelangi, oreo dan milo ! Perghh, kenangan terindah buat perut beb!

Mari scroll, nak kasik terliur sama.. hehe~

1. Nasi Ayam Penyet Sambal Ulek


Inilah menu hot kebabom dorang. Sambal tuh pedas sangat, sampai ke otak rasa panas tau!
Tapi sedap! Kami siap bertambah makan sambal , rasa tak cukup....masa type ni pon dah rindu semula aihh ~

Zoom ayam penyet ! Kenyang betul, saiznya memang memuaskan perutku, kenyang walaupun belum minum air masa tu.

 


2. Pisang Goreng Cheese Oreo dan Chocolate Cheese 


 

Member laki cakap, yang ada oreo tuh sedap lagi, tapi yang ladies cakap, just chocolate cheese only is better than ada oreo punya. To me? Kedua-duanya sangat enak ! Berlemak dan terbaik ! Tak leh nak tapau sebab dah licin sebelum gerak balik... 

Rasa macam nak repeat lagi lah ~ nyummm3~

Ok, so kepada sesiapa yang singgah ke Kluang, anda digalakkan untuk cari makan di sini... Memuaskan hati, makan sampai licin, terasa nak mencekik kembali..hihi ~

Ha, masa beroperasi boleh refer di Facebook mereka, sebab kadang-kadang ada jugak set breakfast untuk pelanggan maka kedai dibuka awal :)

Info lanjut :

Alamat : 1, Gerai MPK, Embong, Jalan Wan Embon, 
Kampung Melayu, 86000 Kluang, Johor

FACEBOOK : THE SAMPIR 

Call/Whatsapp : 019-336 3763


================================================

Thanks The Sampir !

Total Damage seperti di bawahhhh

 

PASTI TAK RUGI ! I GUARANTEE !









GIVEAWAY POSTPONED - END ON 31 MARCH 2018

$
0
0
Hi !

Syukur masih bernyawa !


Image result for postpone
Ok, Nona berniat nak postpone sampai hari ni, malam, jam 1100 pm :)

Kepada yang nak join Giveaway Hi Nona, masih sempat....boleh klik LINK INI 

Giveway Closed *muahciked*

$
0
0
Hi,

Dengan ini, tamat sudah GIVEAWAY HI NONA !

Agak memberangsangkan berbanding Giveaway sebelum nih... hehe~

So, Nona nak kira kira, dan akan beri keputusan dalam masa terdekat.....doa-doa ada rezeki ya awak-awak...huhu..

Thanks Join dan Support sehabis baik! Nanti Nona support balik, kan ~ of course.


#muahciked

 

Selamat Berhujung Minggu.
Pose feveret saya tang nihla..hahha~

Viewing all 2108 articles
Browse latest View live