Bouquet Tudung Sebagai Hadiah Sempena Birthday || Chak! Ini kisah haritu tentang hadiah birthday untuk my lovely cousin. Meskipun belum hilang kesedihan kerana kehilangan bapanya haritu, hidup tetap perlu diteruskan..Kita yang ada ni cuba ceriakan sikit hatinya.. Kan..
Kali ni aku teringin buat kelainan, kita bagi bunga pulak..tapi bunga bersama tudung..Saja ganti dengan coklat..sebab aku dapat rasakan mesti ramai akan bagi coklat punyaaa..Hihi..
Di sebabkan haritu member aku order bouquet ni untuk member lain, nampak cantik betul maka aku order jugak untuk sepupu aku.. Beli sesiap shawl satin dengan bawal kosong..sebab aku nak nampak ada effect shining gitu kat bouquet ni..Actually ada jugak beli tudung bercorak..tapi rasa tak kena dengan tema bouquet ni..dan aku risau kalau kain tu cam panas pulak..So inilah diaaa..Tadaaaaaaa!