Welcome March 2021! || Alhamdulillah, masih bernyawa. Jarang buat entri sambut kedatangan bulan baru melainkan ada sesuatu yang penting. Ewah!
Mungkin ada yang tahu, bulan Mac merupakan bulan my birthday! Yippieee..Semakin berusia gituh!!! Alhamdulillah. Haha..Oh ya, Israk Mikraj pun jatuh pada bulan ni jugak dan hari wanita sedunia yang tarikhnya sama dengan my birthday (8 Mac). Sebabtu nampak banyak sale sempena hari wanita yang bakal tiba.
Benda lain yang penting adalah pada Mac ini juga bermulalah sesi persekolahan anak anak di sekolah masing masing untuk sesi 2021. Bukan lagi di rumah secara online...Wahhh!!!! Aku suka tengok kerenah dan semangat bebudak pergi sekolah. Bestnyaaa!! Seronok kan hari pertama persekolahan..! Meriah betul laman media sosial aku baca kisah kisah mak bapak tentang hari pertama persekolahan anak anak mereka.
Pastu aku pun automatik teringat saat pertama kali pindah sekolah lain semasa darjah enam. Rasa macam popular jap..Kah! Ehh..sekarang dah berkurun tinggalkan zaman tu... Mana pergi crush dulu itu?! Ngeh, ngeh,ngehhh...
Okaylah, all the best to all parents and teachers untuk nasihatkan dan mendidik anak anak dalam norma baharu ini. Banyak cabaran untuk menuntut ilmu ni, kan. Lagi lagi di musim pandemik Covid 19. Fuhhhh...Takpa lah..Usaha selagi terdaya.
Semoga seluruh pelajar juga berjaya menjadi manusia berguna..Faham apa pun yang guru sampaikan, dan buat yang terbaik!
Moga bulan Mac 2021 ni baik baik saja kejadiannya..
Stay safe, and stay healthy!