Hye ! Let's scroll my expeience here !
FUN TRIP || Siapa baca entri sebelum ni about
Family Day Kilang tempat Nona bekerja, confirm dah tengok aktiviti yang kami lakukan dengan meriahnya.
Family Day 2017 telah berlangsung di
Tanjung Sutera Resort, Kuala Sedili Besar, Kota Tinggi, Johor.So Nona nak review tempat penginapan kami sepanjang dua hari satu malam di sana.
Dari atas (tempat makan), boleh nampak tempat parking, parking bahagian dalam ni , muat untuk kurang daripada 10 kereta kalau tidak berhimpit. Tapi jangan risau, jalan sikit depan tu ada tempat parking besar...confirm muat banyak kereta.
Inilah dewan makan. Permandangan dari luar.
Nak jelas lagi? Ini diaaa (Credit : Google)
Ok, jom tengok our suite, tempat yang membuatkan tidurku lena !
Ini pandangan masuk pintu dan di sebelah kanan.
Meja dan kerusi rehat juga disediakan. Memang ngam !
Ini pandangan masuk pintu, dan di sebelah kiri.
Ada lebih dari 3 jenis bilik / suite untuk dibook. Nak menghadap mana? Tasik atau arah lain? Pilih je ! Ianya sesuai untuk sesiapa saja sama ada berdua atau beramai-ramai. Di sebabkan aku dan beberapa member yang masih single, kami dapat bilik family suite, muat untuk 8 orang. So ada 8 Katil Single ok ~
Tengok tuh air-cond. Fuhh, sejuk gila memalam, nasib baik ada kipas atas jugak.
To me, Special Thing about this suite :-- Bilik yang sederhana besar
- Aircond dan kipas atas yang cukup menyejukkan
- Dua toilet. Toilet yang luas.
- Cermin ada tiga. (Puas hati nak belek muka)
- 8 katil single ( muat sorang satu katil)
- Kerusi dan meja rehat disediakan di ruangan tengah
- Arah kiblat telah ditandakan (Senang nak solat)
- Almari disediakan.
Cuma langsir tu, harap dapat dibaiki, sebab macam tak cukup lebar atau agak jarang to us lah...
Pasal tu satu je aku tak berkenan. Yang lain is da bomb ! I love !
Walaupun ada berlaku black out, tapi telah diatasi sebelum malam menjelma.
So apa lagi yang best kat sana? Haaaaaaaaaaaa..
ini dia ~
1. Kolam Renang
Best betul berendam, 1 kolam dewasa, 1 kolam kanak-kanak. Enjoy!
Ko tengok muka memasing..muahaha~
2. Tempat untuk berkayak.
Syok lah bila lumba berkayak...Walaupun KALAH. haaha.
Aku tak pernah main kayak kot ! And this is Great Experience ! Memupuk keberanian, dont worry, safety terjaga.
3. View yang cantik
Memang mendamaikan jiwa kalau berdiri betul-vetul depan view nih.
Rasa rileks tau. Dan hati pun berkata :-
'Semoga masalah pergi menjauhhhh...........'
4. Dewan disediakanHere.
Kami buat aktiviti di dalam ni... memandangkan hari tu cuaca hujan di luar..
Kejap berhenti, kejap hujan balik.
Nak tahu aktiviti apa yang kami buat ? Klik
LINK
5. Padang
Yes, hujan dah berhenti, kami turun padang !
Aktiviti tarik tali berlangsung dengan jayanya ! Hehe
Dan kalau orang laki nak main football pon takde masalah.
6. Makanan Memuaskan Ok, bagi aku, tempat makan dan makanan sangat penting bila pergi ke sesuatu tempat. Yela, dah buat macam-macam aktivti, confirmlah lapar...kan :)
Jom tengok kepuasan aku makan kat sini.
Yes, ni view dalam tempat makan, air sejuk..selama dua hari, 3 jenis yang sama.
Tapi disediakan jugak air panas,
boleh buat sendiri, teh, kopi, susu atau apa sahaja kat kaunter tuh.
Lunch
Breakfast.
Dinner, aku tak snap kerana berlaukkan barbeque menu.
Ok, salah satu reason i said i am satisfied with this place is because..makanannya kat sini tersangat banyak, sentiasa topup kalau kurang....
tak perlu nak limit-limit makan... and ..tak payah fikir,
"ala...nanti orang belakang cukup ke nak makan nih.... "
Menu memang tak sebanyak macam kat hotel.
Tapi lebih dari 5 menu jugak untuk lunch ! Huhu~
Set breakfast pon tak mengecewakan.. rasa berbaloi sungguh !!
Siap boleh tapau bawak balikkk !!!!! Serious okay. The best ever bila food cukup untuk semua perut orang, muka ada senyum ~
==================================
Overall, I love this place, takda nyamuk gigit pon..even dari luar nampak macam banyak nyamukk~
Pokok Kelapa banyak di sekitar. Boleh petik dan minum.
Sesuai untuk bawak family datang sini...tapi diingatkan, tempat ni agak jauh dari kawasan luar...kedai pun tak ada di sini atau berdekatan ... Opps, line handphone?
Don't worry, line handphone clear, siap boleh buat LIVE okehh ~
Haa...Berbukit-bukit jugak kereta mendaki untuk ke sini.. bagi mendapatkan keseronokan bercuti..hehe
So,
THIS PLACE IS
SUGGESTED !
Any questions or ask for quotation, sila contact seperti dalam gambar di atas.
Have Fun Your Trip !
Plan Now For The Best !
Notahati: Hope next year pun tempat okay, and ada event family day lagi :) AMIN