Sushi Sushi Pelbagai Jenis di UTC Pasir Gudang || Asalnya nak beli barang di kedai buku je kat dalam tu, tapi ternampak kedai Sushi pulak. So kita terjah situ sebelum pergi ke pintu masuk.
Ye, kedai ni di bahagian luar. Sebelum pintu masuk bangunan UTC Pasir Gudang. Beberapa hari sebelum tu aku ada try makan Sushi Samyang yang dibawa maksuku. Sedap sangat...Pedas giler..
So dengan harapan kat sini ada jugak Sushi Samyang..Tapi takda pun..Haha..Okaylah, apa nak pening-pening, banyak lagi pilihan lain kat sini..Banyak perisa, banyak topping...Ar, menariklah semuanyaaaaa...Hihi..
Jomm cuba!
Harga berbeza kerana saiznya pun berbeza,
bersama dengan pelbagai perasa.
'Rambang mata kitaaa wak!'
Di bawah adalah Sushi yang menyelerakan tekak aku.
Hiks~
Sushi bersaiz besar punya.
Nama Sushi dari susunan atas:
Sushi Daging, Sushi Salad, Sushi Salmon
dan Sushi Teriyaki
Di bawah ni sushi bersaiz kecil.
Sushi Udang tuuu...Hehe..
Sushi Buttermilk ada, sushi sotong, sushi sosej...Eh banyak yakmat!! Haha..
Overall, sedap. I like! Even bukan sushi yang original bahan fresh bagai tu, tapi tetap sedap bila dibalut dengan seaweed tu ha..
Lokasi berdekatan dengan Chamek Kopitiam tuh je..
Psst: Korang suka sushi apa?