Quantcast
Channel: LIFE WITH LOVE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2129

Jom Try Nasi Itik Panggang di Restoran Nasi Ayam Itik House!

$
0
0

Jom Try Nasi Itik Panggang || Alhamdulillah. Masih boleh menikmati pelbagai makanan meskipun keadaan yang bercampur baur sekarang..Nah, haritu aku singgah sini, sebab nak sangat rasa daging itik. Pernah rasa popia itik, tapi tu dah bercampur bahan dan rencah lain. So aku cari yang panggang sebab ingin rasa originaliti rasa daging itik tu. Hehee~


Masa sampai, tak ramai orang dah... Ada seorang lelaki je tengah makan... 
Mungkin sebab dah petang, dan waktu tutup adalah jam 7 malam.

Chak! Order set nasi itik panggang!!! Nom, nom, nommmm!

Ok, zoom in sikit!

Apa rasa daging itik eh? 
Hehe, rasanya kenyal-kenyal gitu. Tak manis, dan tak liat.
Bukan macam daging lembu, juga bukan macam ayam. 

Ini versi dipanggang. 
Meskipun kenyal, ia tetap lembut dan aku boleh telan semua. Hehehh

Kalau tekak korang nak cuba itik panggang je, sama ada beli half atau semua bahagian? Dipersilakan. Bukan itu sahaja, terdapat jugak set single yang lain seperti Nasi Itik Blackpepper dan Mee Wantan Itik Panggang atau Blackpepper. Boleh scroll gambar di bawah untuk menu berkaitan itik ye.. 

Tapi selain daripada itik...ada juga menu nasi ayam panggang, atau nasi ayam biasa.. Cuma aku nak highlight pasal itik disebabkan mengidam si 'duck'. Huhu.. 







Rambang mata bila tengok segalanya sedappp! Hahaa~Yang penting, done daging itik. I love it ar!

Ada yang nak try jugak? Jomm refer info di bawah, mana tahu nak COD ker, atau Walk In  :

RESTORAN NASI AYAM ITIK HOUSE

Waktu Operasi : 10pagi-7malam

Alamat                 : NO 53(GF), Jalan Serangkai 11,           Taman Bukit Dahlia, 81700 Pasir Gudang, Johor.

WhatsApp          : 011 6057 2608

Instagram           :  Nasi Ayam dan Itik House



Viewing all articles
Browse latest Browse all 2129