Quantcast
Channel: LIFE WITH LOVE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2104

Segmen: Apakah PERKARA pertama yang anda ingin lakukan selepas PKP

$
0
0
Segmen Apakah Perkara Pertama Yang Anda Ingin Lakukan Selepas PKP || Dah lama tak join segmen, alang-alang soalan yang diberi tu menarik, aku nak join lah...


Apa perkara pertama itu?

Sudah tentu jogging di taman atau tasek berdekatan tempat tinggal aku. Untuk bercuti jauh, belum lagi rasanya sebab kalau semua dah pulih, banyak kena buat kat tempat kerja aku nanti, busy audit lah, busy itu ini. Susah jugak nak cuti. So aku cuma nak sangat jogging kat luar sana. Tak sama ye, jogging dalam rumah dengan lari atas treadmill, lagi syok lari kat tasik. Ok, itu aku mengaku. Dulu tak rasa macamni, tapi bila dah lama PKP, berubah pulak rasanya. Rindu. Lari sorang-sorang pun jadiklah... Walaupun dua, tiga round aje... KAH!



Selain daripada tu, nak jumpa nenek aku...Nun jauh di kampung Batu Pahat. Dapat cuti sehari dua, bolehla singgah kampung. Harap masa tu bolehlah cuti sekejap..sebab member lain confirm nak cutii jugak, kan! Sambung PKP sendiri jela. HAHAHA...

Ok, you guys, apa aktiviti pertama korang nak buat kalau PKP settle?? Tengok wayang? Makan di kedai favourite? Cuci mata kat mall? Lepak dataran? Hihi... Mesti banyak sangat aktiviti.. Jomlah join segmen ni Dan story, boleh buat topik entri untuk blog. Kan.. Dan Hadiah pun ada.... mana tahu kalau ada rezeki... Klik je banner untuk join sebelum due date tiba!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2104