Quantcast
Channel: LIFE WITH LOVE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2099

Tok Kadi Berlawak Penuh Peringatan : Selamat Pengantin Baru!

$
0
0

Dalam Kelucuan Terselit Nasihat ||  Syukur dan tahniah bagi yang baru bernikah dan berkahwin dalam minggu ni.... Suka. Aku suka tengok kebahagiaan keluarga menerima menantu baru dalam family...


Jumaat lepas aku berpeluang menghadiri ke majlis pernikahan anak jiran sebelah rumah... Syahdu! Dan perkara paling best bila tok kadi sengaja melambatkan masa...sambil membuat lawak.... Pengantin lelaki dah gemuruh...tapi layankan je la tok kadi...ye dok!

Antara ayat tok kadi yang bikin orang gelak tapi penuh makna :-

1. Jauhi zina.. Berkahwinlah...Jangan selalu sangat berduaan pergi Tesco..Mydin...hihi

2. Nak Say I love You bagus bila dah kawen...amalkan... tapi jangan mulut say I love you.... Tangan? Duk sebokk reply watsap boss...

3. Kalau bini tengah marah, suami kena diam... Tapi sambil bini bebel tu...cuba tenungg muka bini lelama...lama.... Comel kan...hahahahaa... Kalau suami marah..bini pulak diam.....  Begitu.


4. Kalau merajuk, jangan lelama..dah malam nanti...ketuk pintu bilik...mintak maaf dan saling memaafkan....Jangan suruh tidur luar pulakk...

Segala nasihat dalam lawak yang dikeluarkan tu memang sangat penting dan perlu agar kekal hubungan bahagia berpanjangan... Amin.

Tahniah!! Selamat Pengantin Baru!
Member baik masa kecik kecik nii..
----------------------
Mohon Doakan kedua mempelai agar
Sentiasa Bahagia dan Berjaya Membina Sebuah Keluarga.

Amin ya rabb! 









Notahati : Semoga Nona berjumpa jodohnya jugakk.... Amin...... 



Viewing all articles
Browse latest Browse all 2099