Menu Berbuka Hari Keempat Ramadan || Alhamdulillah. Dah empat hari berpuasa pada bulan Ramadan 2025. Puasa hari keempat Nona bukan berbuka with family, bukan jugak sendirian tapi bersama sama blogger sis Lin dan kak Eda. Di mana? Di rumah Sis Lin! Kita food review rumah sis Lin pulak lah! Kahh 😬
Pelbagai juadah enak disediakan sebab sis Lin memang suka masak orangnya. So apa lagi, takkan nak menolak kan. Dah lama tak merasa air tangan sis Lin ni..hehee..
Tadaaaa...Semua juadah yang dihidangkan sis Lin. Menu haritu: Nasi Putih, Ikan Siakap Goreng Berlado, Buncis Goreng Suun, Petai Goreng Bilis, Botok-Botok Ikan Pari, Karipap Sardin & Air Kosong .
Nampak pun Dan sedap Dan menggiurkan, kan?? Tak sabar nak Makan time amek gambar ni. Huhu..
Aku bawak kuih Muih aje beli kat Bazar Ramadan berhampiran rumahnya..hehe
Petai Goreng Bilis. Sedap ditambah rasa Pedas Pedas gitu. Memang menyelerakan Dan bikin Bertambah tambah nasi! Haha
Ikan Siakap Goreng Belado
Seorang amek seketul. Fuh, dahlah besor saizya. Sedap!
Botok Botok Ikan Pari
Ni sis beli buat dimakan bersama lauk pauk yang lain. Nyummy! Sayurnya tak pahit Macam aku pernah beli sebelumni..Huhu..
All done by sis Lin! Sedapp betol walaupun sedang berpuasa. Campak campak je pun Sedap ek! Hahaa
Sambal Belacan. Haa.. pilih buat tambah tambah. Aku try extra Pedas punya. Hoho..
Mengopi dulu sebelum pulang ke rumah. Segerr rasa!
Sedapnya biskut raya by Sedap Corner nih! Jatuh cinta saya! Alhamdulillah dengan rezeki berbuka puasa ini. Semoga dilimpahkan rezeki buatmu, sis Lin! Thank you untuk semua juadah berbuka puasa yang sedap Dan mengenyangkan! Tersandorr!
P/s: Artikel ini ditulis semula kerana telah hilang post sebelumni. Mungkin aku terklik button delete time tak sedar semasa sedang membuka ruangan posting. Haih!