Salam Ramadan 1446H buat Semua Umat Islam || Ramadan yang dirindui kini kembali. Selamat Datang wahai Ramadan. Semoga hari yang dilalui pada bulan Ramadan adalah hari yang tenang buat kita semua. InshaAllah! Semoga Usia kita semua panjang sehingga ke hari Raya Aidilfitri Dan Ramadan seterusnya. Aamin. Nona nak mintak maaf Salah silap sepanjang perkenalan kita bagi sesiapa yang mengenali diri ini.. Kadang terlajak perbuatan yang menyakiti Dan terlepas cakap. I'm sorry..
Jom rebut pahala sebanyaknya Dan kurangkan aktiviti yang lagha atau sia sia. Pasang nawaitu untuk pertingkatkan amalan pada bulan Ramadan kalini, bukan membawang atau menyoping tak ingat dunia. Bukan jugak tido sepanjang hari untuk jimat tenaga. Haha.. Doa doa Moga amalan diterima Dan doa dikabulkan. Ya Allah, dengarkanlah doa kami hamba hambaMu yang lemah ini. Tiada Daya hanya Engkau yang mencukupkan keperluan dan mengatur segalanya..