Kambing Golek, Stesen Ikan Bakar, Seafood & Daging BBQ, Gulai Kambing, Sotong Masak Lemak, Rendang Tok, Daging Salai Cili Api, Aneka Kerabu, Aneka Kuih-muih Tradisional dan Moden, Aneka Ulam Ulaman hasil Tanaman Hidroponik Anak Anak CPJ, Asam Pedas, Laksa Johor dan banyakkkk lagi! 🤩
Dapur Sambal, sebuah kafe baru yang menjanjikan hidangan tempatan yang menyelerakan, pembukaan kafe ini turut melibatkan kerjasama dengan Cerebral Palsy Johor (CPJ), sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang komited dalam menyediakan sokongan dan bantuan kepada individu dengan cerebral palsy di negeri Johor.
Dengan konsep yang menggabungkan keenakan masakan tempatan dengan semangat memberi
kembali kepada masyarakat, Dapur Sambal bertekad untuk memperkenalkan menu yang menggamit selera, sambil menyokong golongan yang memerlukan. Kafe ini menawarkan pelbagai hidangan Malaysia yang menyelerakan, dengan penekanan khusus pada sambal sebagai bahan utama, yang memberi cita rasa pedas dan autentik.
Dapur Sambal turut memperkenalkan satu konsep unik di mana sebahagian daripada hasil jualan
mereka akan disalurkan kepada Cerebral Palsy Johor, untuk membantu menyediakan rawatan dan
sokongan kepada individu dengan cerebral palsy. Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan
kesedaran masyarakat terhadap cabaran yang dihadapi oleh golongan ini, sambil memberi peluang kepada pelanggan untuk menyumbang melalui setiap hidangan yang mereka nikmati.
Menurut pengasas Dapur Sambal, Encik Victor Teh, "Kami amat berbesar hati untuk melancarkan
kafe ini dengan sokongan Cerebral Palsy Johor. Melalui inisiatif ini, kami ingin menggalakkan orang ramai untuk tidak hanya menikmati hidangan yang lazat, tetapi juga memberi makna yang lebih
besar kepada setiap pengalaman makan mereka dengan menyokong komuniti yang memerlukan.
Kami berharap kafe ini menjadi tempat yang bukan sahaja memenuhi selera, tetapi juga memberi
impak positif kepada masyarakat."
Kafe yang terletak di pinggir bandar Johor Bahru ini menyediakan tempat suasana santai dan mesra
keluarga, dengan reka bentuk moden dan konsep terbuka tetapi masih mengekalkan tinggalan
sejarah asal tapak awal Cerebral Palsy Johor, antaranya sebagai kawasan ternak lebah kelulut
(stingless honey bee) yang turut menggambarkan suasana tenang di kawasan bandar, pasti
mengundang para pelanggan untuk menikmati makanan sambil berinteraksi dengan rakan-rakan dan beluarga tercinta. Kafe ini turut menyediakan ruang acara (event space) untuk disewa bagi tujuan
mesyuarat, majlis resepsi perkahwinan, acara persendirian dan juga majlis-majlis lain.