Menu Special of the Day! Nona pilih Tom Yam Udang dalam Kelapa ni! Sedap aroma dan isinya!! Dalam tu bukan kuah semata tapi ada isi jugak la. Masam masam, tapi tak pedas. Perghh! Menyelerakan! Tapi terpulang pada korang nak pilih menu apa antara beberapa pilihan yang diberikan.
Tender Lamb rack in Bamboo! Memang special! Dagingnya juicy lagi lah buat teringat ingat bila dah balik rumah tu! Betapa sedapnya menu ni!
Hello Burung Puyuh Berempah. Nyum!
Pelbagai lauk pauk seperti Burung Puyuh Berempah, Daging Hitam Belimbing Buluh, Ikan Goreng Kunyit, Udang Tumis Bayam, Siput Sedut Masak Lemak, dan banyak lagi! Lauk lauk ni pun ada rotation, setiap hari bertukar tukar menu yang lain. Kalau harini maybe ada lauk sotong tapi lain hari, tukar pulak masakannya. Gituh! Apa yang pasti, ngam dengan tekak. Tidak terlalu kering lauknya dan secukup rasa! Nona pantang kalau makanan terlebih masin atau terlalu tawar. Kahh!
![Iftar 2025 dengan 'Flavours of Nusantara', Legoland®, Johor Asam Pedas]()
Nona try Asam Pedas Claypot ni! Mintak je nak letak bahan bahan apa. Fuh, pekat, secukup rasa masam dan pedas menu ni! Jujur, sedap rasanya! Aku sukaaa! Selain itu, menu bakar-bakar pun ada seperti ikan, ayam dan daging bakar. Apa? Nak sate atau Shawarma? Kedua-duanya pun ada time Nona datang review bufet Ramadan ni. Makanan bergoreng seperi keledek, keropok lekor dan durian goreng turut berada di sana. Nona tertarik jugak bila nampak ada pepes, serta otak otak sebab dah lama tak makan! Tidka dilupakan, Yong Tau Foo yang menyelerakan tekakku!
Aneka Rojak, sayur-sayuran, ulam-ulaman kerabu dan keropok turut tersedia. Nyumm! Puas hati datang makan dengan lauk pauk lain yang sedap belaka! Dicampur pula dengan sambal pelbagai sambal, huish... terangkat!
Pelbagai jenis sushi, cheese dan salad tersedia!
![Iftar 2025 dengan 'Flavours of Nusantara', Legoland®, Johor Tiramisu Cake]()
Bermacam macam desserts, kuih muih, buah buahan, aiskrim dan ABC turut memeriahkan lagi bufet Ramadan 2025 nanti! Of course lah sedap dan memuaskan hati bila try all! Menu bukanlah menu biashe biashe, ada jugak kelainan dan sedapnya pun lain jugak! Hehe...So, you have to try this and nikmati semua juadah yang disediakan. Nyummeh! Gambar Lain kat Facebook Nona.
Kelebihan Lain Jika Datang Berbuka Puasa di LEGOLAND:
1. Nikmati Persembahan seperti tarian tradisional, LIVE performances, serta muncul Special LEGO Character! Your kids must enjoy it!
2. Lucky Draw Prizes: Every weekend, stand a chance to win exclusive LEGO toys.
3. SEA LIFE Malaysia Adventure: Add an underwater escapade to your evening for just RM30 and explore the wonders of marine life before your meal.
Flavours of Nusantara
Early Bird Promo:
*For bookings made from 1st February to 6th March
Adult (12 & above) - RM 158
Senior (60 & above) - RM 118
Child (5-11) - RM 78
Flavours of Nusantara Buffet Price:
*For bookings made from 7th March onwards
Adult (12 & above) - RM 188
Senior (60 & above) - RM 138
Child (5-11) - RM 98
Exclusive Annual Pass Deals
*10% off regular price
Adult (12 & above) - RM 169.20
Senior (60 & above) - RM 124.20
Child (5-11) - RM 88.20
- SEA LIFE Malaysia Experience Top up
(Entry to SEA LIFE Malaysia from 4pm – 6pm of dine-in day)
Notakaki: Lapar pulak tengok gambar makanan