Quantcast
Channel: LIFE WITH LOVE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2125

Jom Singgah Event 'Saudagar Lorong Seni' Pada 3 Ogos 2024!

$
0
0

Jom Singgah Event 'Saudagar Lorong Seni' Pada 3 Ogos 2024! || Ini Salah satu tarikan terbaru yang ada di area tempat aku membesar iaitu Masai. Hehe.. Dulu dulu memang beli barangan sekolah, kain untuk buat baju raya Dan naik bas Dari bus stand, kat sini ler! Tapi Sejak dah dewasa ni, memang tak ke sini sangat dah.. Bila menapak sini, rasa rindu pulak zaman kecik kecik dulu. Masa Berlalu Pantas! 

Terkini, dah ada Lorong Seni Masai yang dipenuhi dengan Lukisan mural di dinding tepi. Bolehlah OOTD! Hehe.. Ada gambar Warung Pisang Goreng Mak Gayah, Pejabat Pos Masai Dan banyak lagi..

Lorong Seni Masai

Saudagar Lorong Seni

Program 'Saudagar Lorong Seni' bertujuan untuk mempromosikan Lorong Seni Masai setelah Siap pada June 2024 baru baru ni ❤️ Sudah tentu terdapat pelbagai aktiviti Dan persembahan menarik yang diadakan! Tidak ketinggalan jualan makanan serta Minuman khusu buat semua! Dengar dengar, Royal Coffee pun ada Nanti! 

Haritu Nona berpeluang datang singgah sini time malam hari, balik Dari event MATHAF, blogger Sis Lin bawak Dan lepastu saja singgah time siang pulak nak tengok suasana di siang hari. Hehehe.. Yang pasti, dekat dengan kedai Makan. Kedai Makan tu dari pagi sampai ke tengah malam memang bukak ui..

Lorong Seni Masai

Masai

Lorong Seni Masai

Masai

Sis Lin suruh pose gini...Aaaa layanz! 😄

Dato Onn

Hidup Johor! 

Semoga Lorong Seni sentiasa hidup dengan pelbagai aktiviti 🌷 Jomlah singgah 'Lorong Seni Masai'❤️



Viewing all articles
Browse latest Browse all 2125