Makan Makan dengan Blogger Sis Lin di Malaysia Thailand Halal Food Festival (MATHAF) || Pernah dengar tentang event MATHAF ni? Event MATHAF berlangsung di seluruh negeri! Pelbagai menu Dan hidangan yang berasal Dari Thailand dijual di sini! Antaranya seperti pulut Mangga, aiskrim kelapa, Thai Tea, Kerabu Mangga, Sosej Pulut, Pai Susu, Tom Yam Dan banyak lagi!! Memang rambang mata Kalau sampai sini ui! Haritu saja teman blogger Sis Lin nak berbuka je sebenarnya.. Tapi or course lah aku pun melantak sekali! Sis Lin cakap, aku selalu antara yang terawal terjah kalau event event camni tapi kalini tidak ya.. Sebab sekarang, aku plan tak nak Makan malam Banyak Banyak (diet Konon). Sekali dah ke sana, hancuss dietku! Kahkahhh! Bukan selalu kan~ Ayat penyedap hati..
By the way, Terima kasih Blogger Sis Lin ajak saya ke sini.. Semoga Sis Lin ceria, sihat dan dilindungi Allah selalu. Aamin! Tempatnya di Mydin Taman Rinting. Nampak meriah jugak dengan makanan Dan manusia yang berkunjung. Bagus jugak ek dorang buat kat Tapak parkir Mydin Mall ni. Dapat Tarik ramai orang ke sini lepas shopping!
Burppp! Alhamdulillah kenyang betul malamtu! Kalau tak kenyang, rugi lah.. Ini dikira plan last minute yang menjadik ek! Tetiba daripada niatnya tak nak singgah, tup tup onz aje haritu! Haha.. Mata dah layu lepas melantak makanan tapi sempat kami briskwalk dulu kat satu tempat ni...Nak tahu mana? Nanti story kat next entry ye! Tapi kalau baca blog Sis Lin, mesti dah tahu kat mana kan 🤣 Okaylah, see you next entry! Salam Hujung Minggu semua!
Notakaki: Teringin Baklava pulak...