Lirik Lagu Aku Tanpa CintaMu Nyanyian Jay Jay & Mirwana || Pagi tadi dengar dalam radio semasa on the way pergi kerja. Lagu lama Dan aku Masih suka versi yang ada Suara Jay Jay ni. Tapi sedap je bila diberi nafas baru Nyanyian Faizal Tahir Dan Mirwana tu.. Hehe.. Kalau bebetul hayati lirik Lagu Aku Tanpa Cintamu, ianya tentang ketuhanan. Korang pun mesti pernah dengar lagu ni. Kan...
Bila terdengar je lagu ni, mesti rasa nak dengar sampai habis. Bagi aku, lirik Dan alunan muziknya seiring. Ditambah dengan kelunakan Suara penyanyinya.. Alahai... Menusuk kalbu lah.. Sayu Dan terasa dijentik diri ini. Kiranya lagu ni antara lagu yang memberi manfaat dan kebaikan.
Tajuk Lagu: Aku Tanpa CintaMu
Penyanyi: Jay Jay Dan Mirwana
Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku
Mengapa cintaMu tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana
Aku tanpa cintaMu
Bagai layang-layang terputus talinya
Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku
Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis kasihMu Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku di sini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cintaMu
Walau ranjaunya menusuk pedih
Bait bait aku Tanpa cintaMu.. Perkataan 'Mu' merujuk kepada Allah. Tanpa cinta Dari Allah, siapalah kita ni. Maka dengan itu, janganlah sombong dengan kejayaan atau kekayaan yang kita miliki. Nauzubillah. Hati ini sering saja terpalit dengan rasa sombong.. Semoga kebaikan mengiringi langkah kita semua dan tidak lari jauh dari Allah. InshaAllah! Korang pun suka lagu ni tak?
Notahati: Hujan di sini..