Makan Fire French Fries Richeese Factory || Richeese merupakan Salah satu tarikan baru di Tempat kami. Masa Awal pembukaan dulu, penuh betul manusia yang datang membeli. Now dah Lega Lega sikit, barulah aku pulak try. Hehe.. Disebabkan lokasinya Berhampuran dengan pusat dobi Maka aku singgah sini sambil menunggu dobi. Haha.. just selang sebuah kedai je..
First time haritu dah try ayamnya tapi heran tak rasa Pedas walaupun select level 3. Nanti nak repeat cuma belum tahu bila. Aku try fries kalini sebab setakat cuci keringkan baju je. So pendek sikit time nya kan. Bukan basuh bersabun.
Nampak simple tapi.....
Pedas betul! Wow!!
Meleleh sikit hingus.. Dahlah tak order air. Memang padu! Cuma aku ingatkan bila dine in, dapat Macam dalam gambar tu rupanya begini ek. Dalam bekas kotak je bukan sekali dengan bekas stainless steel tu.. Hahaa..
Siapa suka Pedas, haaa.. Ngam betullah! Aku bilamana makan pedas, terasa satu kepuasan! Memang memuaskan hati betul! Lepastu jangan minum air! Tengok tahan ke tak. Haha.. Aku pun try tak minum air sampai dah Siap mendobi and balik rumah tu, then barulah minum air ❤️ Lega dapat merasa.......how about you all?
Notakaki: Musim durian sekarang~