Tumbler Comel Buat si Cantik || Bulan lepas ada sorang pekerja kat department lab sini berhenti kerja. Kami bagi dia bouquet and tumbler Comel. Bagi aku comel tapi cantik jugak. Hahaa.. Nasiblah kalau suruh aku yang buat pilihan. Mesti yang camni la ek 😂 Actually aku dah terbeli design lain sikit yang rasanya lagi comel tapi sesuai tuk bebudak. And then rasa Macam tak kena lah dengan Tema.. Alang alang bouquet tudung bertemakan purple, apa kata tumbler pun cari warna purple. So inilah dia! Hehe.. Tak Banyak pilihan yang ada kat beberapa tempat yang aku pergi. Ini pun Selamat terjumpa kat MR DIY Kip Mart.
Plan last minute je so takdalah buat pembelian by online. And aku risau kalau barang barang Gini pecah ke apa bila sampai. Lebih selesa Dan happy tengok sendiri depan mata kejadiannya. Huhu.. Harga mengikut bajet yang ada, then guna balance duit selepas pembelian tudung Dan bouquet tudung..