Quantcast
Channel: LIFE WITH LOVE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2105

Salam Ramadan 1445H (Ramadan Kareem)

$
0
0

Salam Ramadan 1445H (Ramadan Kareem) || Ramadan Tiba! Syukur Masih bernyawa sehingga hari ini. Semoga kita semua dipanjangkan usia ke Ramadan 2025 Dan seterusnya.. Aamin ya Rabb! Bulan Ramadan sering disebut sebagai bulan Mulia. Hargailah bulan Ramadan Dan isinya dengan kebaikan. Jujur, susah untuk konsisten berbuat perkara baik tapi kita disarankan berusaha sebaiknya. 

Ramadan Kareem

Props di Hotel Amari, Johor Bahru hari semasa Preview BUFET Ramadan Amari Hotel.

Dengan ini, Nona mintak maaf andai tersalah bicara mahupun perbuatan, tegur saja saya sekiranya saya bersalah atau mengguris hati kalian. Sometimes tak sedar, mulut sedang berbisa.

Selamat menunaikan Ibadah pada bulan Ramadan, teruslah tabah Dan Moga Selamat semuanya sampai ke penghujung Ramadan Tahun ni.. Aamin! Pejam celik, pejam celik Nanti sekejap jer sebulan Ramadan meninggalkan kita.. Sobbs! 

Amalan Pada Bulan Ramadan


1. Berpuasa (WAJIB)
2. Membaca Al Quran
3. Solat Tarawikh Dan Witir
4. Menunaikan Tahajud 
5. Banyakkan berdoa Dan berzikir
6. Bersedekah kepada fakir miskin
7. Belanja Makan Orang yang Berpuasa atau yang Memerlukan (Mengikut kemampuan)

Moga Moga Puasa Dan amalan lain diterima pada bulan Ramadan ini. Tidak sia-sia. Ikhlas Dan Bermanfaat.


Nota hati: Mata ni mengantuk aje selalunya time Puasa.. 😌 Bertahanlah Nona!!!



Viewing all articles
Browse latest Browse all 2105