Buffet Ramadan 2024 bersama 'Sajian Warisan' di Amansari Residence Resort Buffet || Selasa depan dah bermula Ramadan. Ramadan ada sebulan. Jadi, sempat lagi untuk book tempat berbuka bersama sama yang tersayang di tempat yang ada Buffet Ramadan 😃
Kalini Nona nak share tentang tempat yang menyediakan Buffet Ramadan pada Tahun 2024 ni di sekitar kawasan Seri Alam, Pasir Gudang, Johor Bahru! Nona suka ke sini sebab Nona tahu menu special dorang kat sini selain kambing ialah Sup Gearbox! Mantap! Bagaimanapun, ada beberapa menu kat sini mereka buat daily rotation ye~ Jadik ada hari, korang jumpa lauk yang aku cerita ni, sometimes takda. Boleh contact mereka dulu untuk tahu menu apa.pada hari korang beriftarr kat sini..Hehe..
'Sajian Warisan' untuk berbuka Puasa nanti.
Di bahagian luar terdapat menu Bakar Bakar. Of course sedap barunya sampai teringin nak try! Haha..
Ikan Siakap Tiga Rasa
Banyak betul lauk Pauk yang sedap kat sini, Dan menu dalam kawah pun tak kurang sedapnya. Aku suka betul lauk Gulai Paru dalam kawah! Lembut, Senang dimakan Dan dihadam. Chefnya Terbaik la bagi aku! Hehe..
Lembut nasi Dan isinya!
Brlerhampiran dengan stall ni, ada ketupat, lemang, durian goreng Dan Banyak lagi! Aneka Kerabu, ulama ulaman, sambal turut disediakan. Kerabu Sotong sedap! Kata kawan aku..Huhu..
Laksa Penang, my favorite..Selain laksa, Murtabak kat sini pun my favourite lah! Sebab dorang pakai kuah pink, yang ada Banyak bawang di dalam, ehh memang lurveee!
Air Minuman yang pelbagai. Nak air dalam balang? Ngopi? Ye, lengkap! Aiskrim pun ada..Sedapnya haih! Overall, to me, harganya berbaloi baloi sebab Banyak menu yang boleh dicuba Dan makanlah sepuasnya sampai kenyang Ramadan nanti. Alhamdulillah! Gambar lain mesti ada kat Facebook Nona ye..
So kalau korang nak tahu sendiri betapa sedapnya menu Buffet Ramadan kat sini, bolehlah rujuk info seperti di bawah ye;
🌺 BUFFET RAMADAN 'SAJIAN WARISAN' @amansariresortserialam 😍
📍 AMANSARI HOTEL SERI ALAM
TARIKH: 15 Mar - 8 Apr 2024
MASA: 6.30PM - 9.30PM
⏩ EARLY BIRD PROMO
Sekiranya pembelian voucher dibuat sekarang sebanyak 10 voucher, korang akan dapat FREE 1 Voucher lagi]
[Sah sehingga 17 March 2024]
Untunglah.. Buy 10 voucher Free 1 voucher! 👍
⏩ NORMAL PRICE
💥RM98 Nett Dewasa
💥RM48 Nett Warga Emas (>60thn)
💥 RM48 Nett Anak (6~11thn)
Untuk pertanyaan lanjut atau membuat tempahan, boleh contact nombor di bawah:
☎️ +607-381 7070
📱012-748 8733 / 012-764 7488
🌐www.amansarihotels.com