Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2112

Doa Bila Dipuji Orang

Doa Bila Dipuji Orang || Terdapat doa Bila Dipuji orang selain daripada mengucapkan Syukur Dan Terima kasih. Siapa yang selalu Dipuji sebab cantik, pintar, Dan sebagainya? Ayuh baca Doa ni Dan doakan semula yang baik baik buat si pemuji. Walaubagaimanapun, jangan terlalu menyombong jika mendapat pujian. Sekadar kegembiraan yang sederhana sudah mencukupi. Alhamdulillah. Tidak Salah berbangga dengan diri sendiri cuma tidak berlebiham saja.


Baru kutahu ada doa ni ye 😃 Semoga bermanfaat 💚


Sahabat Nabi mengucapkan doa ini apabila dipuji:

اللَّهُمَّ لَا تُؤَاخِذْنِي بِمَا يَقُولُونَ وَاغْفِرْ لِي مَا لَا يَعْلَمُونَ

"Ya Allah, janganlah menghukumku dengan apa yang mereka katakan. Ampunilah aku tentang apa yang mereka tidak tahu."

(Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, no. 761)


Ya, inilah doa yang akan membuatkan diri kita merenung kembali diri kita yang sebenarnya penuh dengan kelemahan. Doa ini mengajar kita agar sentiasa merendah diri, merenung kelemahan dan perbaiki diri. Orang mungkin nampak perkara yang baik-baik sahaja pada diri kita. Tetapi hakikatnya, Allah dan diri kita sahaja yang tahu.

Kalaulah bukan kerana Allah menyembunyikan aib dan dosa kita, pasti tiada sesiapa akan memuji kita. Disebabkan itulah kita dinasihatkan jangan terlalu seronok apabila orang puji kita dan jangan mengharapkan pujian orang.

Semoga Allah mengampunkan kita dan jadikan kita lebih baik daripada apa yang orang sangka pada diri kita.


Sumber: Facebook Dan telegram: https://t.me/MyHadithTime


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2112

Trending Articles