Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2107

Dinner dengan Vietnam Beef Noodle Secret Recipe

Dinner dengan Vietnam Beef Noodle Secret Recipe || Kesibukan bekerja Dari last week sampai ke harini menyebabkan aku singgah dinner ke Secret Recipe yang berdekatan tempat kerjaku. Sementara menunggu ketibaan kenderaan untuk mengisi produk kilang aku, Maka ke sini lah aku merehatkan diri. Makan sambil main game dalam handphone! Ok, jangan dicontohi perbuatan tersebut 😅  Senang makan kat sini sebab lokasinya dalam bangunan UTC Pasir Gudang. So kemudahan lain seperti surau, toilet, Mr DIY, Hero Market Dan lain lain ada kat sini. Aku order menu bersup je memandangkan dah malam hari. I choose Vietnam Beef Noodle Dan Ipoh Black Coffee. 

Seperkara  aku suka sebab tak ramai orang time aku pergi tuh Dan tenang suasananya. Sabar je aku tengok kek kek yang sedap kat sana sebab sekarang tengah berpantang dessert seperti kek, brownie dan tart 😂 


Vietnam Beef Noodle with Ipoh Black Coffee



Zoom In Vietnam Beef Noodle ❤️


Disertakan sekali dengan sambal hijau. Jujur, tak cukup untuk aku, jadiknya aku meminta lagi sambal hijau tuh 😁 Overall, aku suka Mee nih! Bahan bahannya seperti meatball, beef, bawang goreng Dan taugeh. Aku kurang minat taugeh tapi boleh je nak makan. Taklah terlalu membencinya Dan kuantitinya pun sikit je.. Haha.. So I think I can repeat this for next time. 


Ipoh Black Coffee! Kasik segar mata selepas seharian bekerja Dari jam 08.30 pagi Dan sebelum sambung kerja pukul 10 malam haritu, overtime you! ✅ Alhamdulillah, kenyang! Kalau OT lain kali, bolehlah ulang dinner dengan Vietnam Beef Noodle Secret Recipe nanti ❤️


Notakaki: Makan sorang je... 

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2107