Quantcast
Channel: LIFE WITH LOVE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2112

Lunch Sihat Hari Sabtu

$
0
0

Lunch Sihat Hari Sabtu ||  Lunch secara sihat merupakan sesuatu benda yang perlu menjadi amalan semua orang agar kekal sihat Dan bertenaga. Tapi kalau diikutkan pada nafsuku, susah jugak nak bertahan melaksanakannya 😂 Ada je terlari Dari menu sihat ek.. Walaubagaimanapun, mak pesan jangan makan makanan yang kurang sihat secara berterusan.. Dah kena berjaga jaga sebab usia pun makin meningkat! Okaylah, jom tengok lunch sihat Hari Sabtu aku, harini 😁

Singgah ke Hero Market dalam UTC Pasir Gudang, sebab tekak teringin makan buah buahan. Selamat tak teringin air manis macam milk shake ke.. Cool Blog ke.. haha.. So mencarilah sampai situ dan beli apa yang patut. Bahaya kalau berlama lamaan, semua nak dibelinya.. And then.. kat bahagian atas, ada kiosk kiosk kecik yang jual pelbagai makanan seperti nasi Kerabu, mihun goreng, ketupat palas dan banyak lagi! Aku tertarik dengan menu kt bawah ni.. Nampak mcam salad je ek 😂

Vietnam Roll

RM10 gitu! 

Healthy Food

Chak! Haha.. Nampak sedap tak?! Pedas gila kuah hijau tuh! Berasap telinga dan hidung aku! Kepala pun berasap! Haha.. Lama tak makan Vietnam Roll, tu pasal beli..  Then, mana buahnya?? Hihi.. 

buah buahan

Ini buah buahan yang kubeli. Ada buah naga, tembikai merah dan nanas. Alhamdulillah! Lepas ngidam akhirnyaa✌️ Buah potong yang manis seperti si pemakannya.. Kahh! Love lah lunch sihat hari Sabtu camni.. Terasa menyelerakan! 





Viewing all articles
Browse latest Browse all 2112

Trending Articles