Lunch Subway Semalam || Subway menjadi pilihan menu lunch disebabkan salah seorang member kat tempat kerjaku craving nak makan Subway then ajak share caj delivery (Grab food) 😂 Tambahan pula aku pun dalam mood tak berapa nak makan banyak (bukan diet extreme), maka aku bersetuju untuk bersama sama join order Subway. Tanpa berlengah, laju terus member order kat dalam Grab food tu demi cravingnya terhadap Subway~ Aku nak order Roti Wheat aka Wholemeal flavour Bulgogi macam sebelumni tapi unavailable pulak.
Jadiknya, kena order benda lain lah. Apa yang kelakarnya, ialah aku telah order jenis roti Wheat tapi bila sampai sini, eh... kenapa sama macam kawan aku punya, roti Honey Oat which is, dia punya mahal sikit harganya berbanding yang aku nak order tuh😄 Beza dalam RM1 lebih je.
Roti jenis honey oat Subway.
Mujurlah sedap segala isinya, so aku telan jugak! Licin! Cuma aku tak sure isi dalamtu, ikut bebetul Aku punya order atau sama macam member punya jugak..Haha.. Aku tak anti dengan oat. Kiranya, dapat merasa ler roti honey oat ni...Tapi taklah Manis mana pun..Biasa je bagi tekak aku. Ataupun aku yang tak berapa menghayati rasanya. Hahaa.
Order Subway by Grab Food ✅
Nampak tak berbeza jenis roti yang kitaorang order. Bahan kat dalam pun lain lain jugak. Hehe.. So far, yang ni..aku tak rasa spicy walaupun nama menunya ada spicy. Next time nak try yang sebenar benar rasa menu yang aku pilih ni kat outlet Subway nanti.. Kita tunggu gaji lah ye...
Ini jenis jenis rotinya. Berbeza patutnya roti wheat dengan honey oat kan..Haha.. Gambar Dari
Website Orang Lain
Apa pun, bersyukurlah dengan nikmat yang ada.. No hard feeling sebab benda camni dah selalu terjadi kat tempat lain pun ✌️ By the way, korang pernah try menu Subway yang mana Dan menjadi pilihan?