Siapakah Aku? Jom Cuba Jawab Teka Teki Harini! || Kembali ke segmen teka teki. Kalau dulu dulu, suka sangat bersoal jawab Teka teki dengan kawan kawan kat sekolah. Ada masanya Teka teki lawak, tak terfikir dek akal langsung Dan berdasarkan benda logik. So harini aku nak korang Teka benda benda atau sesuatu dalam segmen kalini: Siapakah Aku? Jom Cuba Jawab Teka Teki Harini! Ada enam Teka Teki je untuk diuji. Senang je. Bukak sikit minda tuh! Kah kah!
Kelebihan Bersoal Jawab Dan Bermain Teka Teki
Menguji Minda Kanak Kanak Dan Dewasa
Menguji Kekreatifan Seseorang dalam Membina Dan Menjawab Soalan
Memupuk Kecergasan Fikiran
Teka Teki Pertama
Aku Ada Ekor tapi Aku Bukan Binatang.
Ada Kepala, tapi Bukan Manusia.
Siapakah aku?
Teka Teki Kedua
Aku Ada Tiga Mata, dan satu Kaki
Siapakah Aku?
Teka Teki Ketiga
Semasa Pergi, Aku Terbang,
Semasa Balik, Aku Berenang.
Siapakah Aku?
Teka Teki Keempat
Aku Berada Atas Air, tetapi
Tak Boleh Berenang ataupun Bergerak.
Siapakah Aku?
Teka Teki Kelima
Aku ini sangat berharga, tetapi setiap orang pun ada. Mudah dibuang, tak mungkin disimpan.
Siapakah Aku?
Teka Teki Keenam
Aku Sejenis Kereta,
Tapi Tiada Tayar
Siapakah Aku?
Okay, jika anda rajin Berfikir Dan pernah dengar Teka Teki ni, Sila lah jawab! Ayuh! Tak mencabar lah kalau cari jawapan by internet. Sendiri Cuba fikir dulu ye.. Jawapannya, Nona akan bagitau dalam minggu ni. Mungkin selepas drama berdiri 'Pemburu Rahsia' habis. Tengoklah mood Nona nak post bila. Haha...
Segala Teka Teki Sumber Dari Facebook Dan Google je. Tak pernah lagi cipta Teka Teki 😁