Selamat Hari Malaysia ke-60, Malaysiaku! || Hari Malaysia merupakan Salah satu tarikh penting bagi memperingati perjuangan para pemimpin membuat perbincangan pada masa dahulu sebelum kita mencapai sesuatu kemajuan pada harini.
Selepas Hari Merdeka, terdapat beberapa perjanjian dan perbincangan antara pemimpin pemimpin negara. Bagi mengukuhkan kedudukan persekutuan Tanah Melayu menentang anasir luar, Tunku Abdul Rahman mencadangkan penggabungan tiga tiga negara jiran iaitu Borneo Utara (kini dikenali sebagai Sabah), Sarawak dan Singapura. Kemuncak rundingan itu ialah gabungan empat wilayah ini untuk membentuk sebuah negara baru bernama Malaysia pada 16 September 1963.
Walaupun dalam kalangan itu, Singapura kini terpisah, tapi semangat kita perlulah sama seperti hari Kemerdekaan di mana sifat cinta terhadap negara perlu ada dalam diri kita agar menjadi rakyat yang berguna demi Negara Dan saling bersatu padu dalam menjaga keamanan negara Malaysia tercinta. Ini Negaraku, tanah tumpahnya darahku..