Quantcast
Channel: LIFE WITH LOVE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2116

Bershell Out di Allee Rakit Homestay, Kong Kong

$
0
0

Bershell Out di Allee Rakit Homestay, Kong Kong || Pernah makan shell out? Seronok jugak sesekali makan style gini. All seafood dibentangkan di atas meja.. Nampak meriah semua udang, Sotong Dan macam macam atas tu. Hehe..  Harini Nona nak throwback pengalaman Nona bershell out di Allee Rakit Homestay, Kong Kong, Masai bersama member. Ya, ini merupakan kali pertama Nona bershell out kat kedai makan 😃 Kebiasaannya makan seafood bebanyak yang ada dalam Buffet menu je. 

Allee Rakit Homestay, Kong Kong merupakan salah sebuah chalet yang sesuai untuk dijadikan tempat bercuti atau memancing. Lokasinya berdekatan kawasan kedai kedai makan Kong Kong, Pasir Gudang, Johor. Cuma agak terasing sikit daripada kedai lain sebab di tengah tengah laut. Perlu merentas menggunakan bot! Di dalamnya ada Cafe shell out di mana mereka menyediakan menu shell out khusus buat para pengunjung sama ada yang menginap di situ atau datang hanya dine in untuk makan shell out sahaja. 

View Senja di Allee Rakit Homestay

Allee Rakit Homestay

Cantik! Kan! View di senja hari.
Kami naik bot tuhlah 😃 Sebelah sana boleh nampak kedai makan yang lain. Tak jauh mana pun..  Dalam seminit Dua je dah sampai.

Jom layan gambar memori!

Shell Out

Allee's Signature Shell Out

Shell Out

Zoom In.

Allee Rakit Homestay, Kong Kong

Review Lepas Makan


Nice, berasa kuah Dan seafoodnya. Not bad lah... Cuma kuahnya agak masin bagi aku tapi kawan kawan cakap sedap pada tekak dorang. Cukup makan untuk Lima orang. Nasi diberi dalam mangkuk bersaiz kecil gitu.

 Harganya macam pricey berbanding tempat lain tapi kena tengok jugak, kedudukannya di tengah laut, bukan di tepi laut. Gituh..  View tu mahal dengan tempatnya yang selesa, lapang Dan banyak kemudahan lain.

Allee Rakit Homestay

Bergambar kenangan ✅

Belakang tu adalah bilik yang ada dalam chalet Allee Kong Kong ni tau. Baca kat Facebook Allee Rakit Homestay, terdapat 14 unit bilik kat sini!!! Enjoy jugak bila bangun je dari tidur, terus nampak laut?! Nice bukan! Hehe... 

Kong Kong

Lagi tempat nak berOOTD. Ada jugak pool kecik dalamni ye. Seronok lah kalau bercuti ke sini. Pelbagai kemudahan disediakan untuk sesiapa yang inginkan percutian ke sini. One day boleh try lah 🤩 Masa kami datang, takda orang langsung yang datang makan. Hanya kami sahaja. Tenang Dan agak sunyi jugak terasa. Sebab kami datang time senja... 😁

Menu di Allee Rakit Homestay

Shell Out Allee Rakit

Kemudahan yang disediakan

  1. Surau
  2. Cafe
  3. Tempat barbeque
  4. Tempat karaoke
  5. Swimming Pool FREE
  6. Indoors Game FREE
  7. Bot pergi dan balik
Kolam Renang

Pool 🤩

Joran

Standby joran! Sesuai sangat dijadikan tempat memancing. Banyak hasilnya bila memancing kat sini! Tengok je Facebook Allee Rakit Homestay ni..  Hehe.. 

Aktiviti Yang Boleh Dilakukan 

  • Memancing
  • Menginap
  • Bakar Barbeque
  • Bercuti
  • Dine In Makan Shell Out
  • Karaoke

Hubungi Lanjut

📞 www.wasap.my/60197908589

Lokasi Allee Rakit Homestay


📍NO 1106.(NO TIANG KKL 43, 2, Kampung Kong Kong, 81750 Masai, Johor










Viewing all articles
Browse latest Browse all 2116

Trending Articles