Cara Solat Jenazah Lelaki|| Kematian itu pasti. Semua tarikh Dan waktu kematian telah ditentukan. Ada yang meninggal awal, sejak dari perut, sewaktu menjadi bayi, kanak kanak Dan sebagainya. Takut bila sebut pasal kematian kerana kita belum cukup bersedia untuk mati atau menerima berita kematian insan yang tersayang tetapi itulah kebenaran Dan takdirNya yang perlu kita terima sebagai hamba. Apa yang pasti, jika berlakunya sesuatu kematian (Dalam Agama Islam), amalan seperti memandikan, mengafankan Dan solat Jenazah buat si mati perlu dilakukan. Untuk harini, saya nak share mengenai Cara Solat Jenazah Lelaki.
Seperti yang diketahui ramai, solat Jenazah merupakan suatu amalan fardhu kifayah yang dilaksanakan khusus buat Jenazah atau si mati sama ada lelaki, perempuan mahupun khunsa.
Rukun Solat Jenazah
1. Tujuh rukun solat jenazah;
2. Niat berserta takbiratulihram.
3. Berdiri tegak (solat jenazah tidak ada rukuk dan sujud)
4. Bertakbir dengan empat kali takbir termasuklah takbiratulihram bersama dengan niat.
5. Membaca al-fatihah selepas takbiratulihram.
6. Selawat ke atas Rasulullah SAW selepas takbir yang kedua.
7. Berdoa untuk jenazah yang disembahyangkan selepas takbir yang ketiga
8. Memberi salam selepas takbir yang keempat
Cara Mendirikan Solat Jenazah Lelaki
1. Niat dan takbiratulihram.
Niat Dan lafaz untuk solat jenazah lelaki
2. Kedudukan tangan sama seperti dalam solat yang biasa dilakukan.
3. Membaca surah Al-Fatihah.
4. Takbir untuk kali kedua dan angkat tangan ke telinga. Kemudian letakkan tangan ke badan semula.
5. Baca selawat ke atas Nabi Atau adalah lebih afdhal dengan membaca selawat Ibrahimiyyah.
6. Takbir kali ketiga dan angkat tangan ke telinga. Kemudian letakkan tangan kembali ke badan semula.
7. Baca doa selepas menunaikan solat jenazah.
Bacaan Doa Selepas Menunaikan Solat Sunat Jenazah Lelaki
Perbezaan Solat Jenazah Lelaki Dan Solat Jenazah untuk Perempuan
Surah Berkenaan Kematian
“Apabila sampai ajal maut seseorang maka manusia tidak berupaya menunda mahupun mempercepatkan, walau sesaat pun.”