Quantcast
Channel: LIFE WITH LOVE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2120

Hotel Bajet di Desaru: Hotel Desaru Penawar

$
0
0

Hotel Bajet di Desaru: Hotel Desaru Penawar || Mencari hotel bajet, murah dan berdekatan Pantai di sekitar Desaru? Nah, boleh try Hotel Desaru Penawar. Aku stay sini time ada urusan Ramadan Food Preview haritu sekaligus self-healing! Hehe.. Aku tercari cari yang mana murah mengikut bajet dan ada feedback yang baik. Jumpa jugak yang elok  menepati citarasa aku. Syukurlah! 😃

Harini nak bagi feedback mengenai Hotel Desaru Penawar ni sebab bagiku, hotelnya  selesa, sesuai untuk didiami Dan harganya berbaloi baloi! Kalau datang Dari jejauh, tak tahu nak pilih hotel apa, boleh try this hotel ye.. Not bad Dan I love it! Aku pilih katil twin sebab memula ajak mak tapi mak tak nak ikut kemudiannya. 

Hotel Desaru Penawar


Hotel Desaru Penawar

Tak besar sangat ruangannya. Ngam ngam betul katil, toilet Dan sedikit ruangan solat. Televisyen pun ada tapi line teruk sikit. Asyik sangkut aje. Disebabkan aku datang just untuk tidur satu malam, televisyen bukanlah menjadi keperluanku. Apa yang penting, bersih Dan selesa. Tiada bau rokok atau hancing. Toilet pun ok, segala barangan berfungsi dengan baik kecuali televisyen tadi yang banyak lari siarannya. Hahaa.. 

Hotel Bajet Desaru

Telefon, Dan air minuman. 

Kiblat

Aku suka sini sebab mesra cara Islam. Terdapat tanda arah kiblat. Alhamdulillah, satu pujian buat team Hotel Desaru Penawar. Area lobi hotel pun ada surau. Itu aku tertarik! Tapi jangan pulak cari pool, memang ler takda ya! 

Sabun

Barangan penjagaan diri seperti sabun Dan shampoo disediakan ye.

Hotel Desaru Penawar

Pesanan awal dah diberitahu. So kalau dah pakai tuala, letak je kat bawah. Jangan lipat Dan letak semula pulak, takut disangkakan belum diguna 😅


Iron board

Iron board pun ada

Harga Standard Twin Room Hotel Desaru Penawar

Murah Dan Berbaloi untuk hotel elok camni.. RM 100.00 campur service tax: RM6
So perlu dibayar sebanyak RM106. First day check in, aku kena bayar RM50 as deposit.

Kelebihan Dan Kemudahan di Hotel Desaru Penawar

1. Tempat selesa Dan Strategik

2. Beraircond

3. WI-FI Free

4. Iron Board disediakan

5. Arah Kiblat tersedia

6. Tuala Dan barang mandian disediakan.

7. Parking luas

8. Sarapan untuk Dua Orang

9. Berhampiran Dan dikelilingi banyak kedai makan Dan barangan.


Breakfast

Sarapan dengan pelbagai jenis menu. Ada nasi Lemak, Mihun, Kuih muih, Bubur Dan roti canai. Seperti biasa, Nona suka nak try semuanya selagi mampu! Hahaa.. 

Hotel Desaru Penawar

Keadaan terkini Dari luar bangunannya masa aku pergi bulan Februari 2023. 

Lokasi 

Hotel Desaru Penawar:
No 2, Jalan Kempas 4, Taman Desaru Utama, Bandar Penawar, 81930 Kota Tinggi, Johor, Malaysia. 

✅ 4km jarak ke Desaru Beach
✅ 8km ke Desaru Water Adventure Water Park
✅ 950m ke IKBN
✅ Berhadapan SKS Mall

So far, takda yang aneh aneh pun masa stay sini Dan aku suka untuk datang ke sini lagi sekiranya ada event berdekatan. Confirm puas hati. Bolehlah bawak family stay sini untuk semalaman jika ada urusan di kawasan Desaru ni. Mudah Dan Mesra!  Tapi kalau nak pool or bath tub, sini bukan tempatnya ye. Hehe.. Sekian review from me.  Ops, bukan review berbayar tau! I share je ni sebab I like!






Viewing all articles
Browse latest Browse all 2120

Trending Articles