Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Dalam Bulan Islam (Hijrah) || Syukur.. Dah nak masuk tahun baru dalam Islam, Muharam 1445H.. Jom sama sama kita membaca Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Dalam Bulan Islam (Hijrah)
Bacaan Doa Akhir Tahun dibaca sebelum masuknya waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah (18 Julai 2023) manakala bacaan Doa Awal Tahun dibaca selepas masuknya waktu Maghrib malam satu Muharram (Waktu Maghrib Selasa, 18 Julai 2023).
Semoga amalan Dan doa kita diterimaNya.. Aamin! Buka buku baru. Berubah atau berhijrah untuk kebaikan. Sesungguhnya, berubah itu mungkin senang tetapi untuk istiqamah yang agak sukar bagi diriku. Walaubagaimanapun, haruslah kita mencubanya selagi terdaya kerana kita cuma HambaNya. Allahuakbar. Alhamdulillah. Subhanallah.