Salam Aidiladha 2023 || Aidiladha kini menjelma lagi. Syukurlah bagi yang dapat menikmatinya. Bersama insan kesayangan yang masih wujud di Dunia ini. Allahuakbar. Alhamdulillah..
Hari Raya Aidiladha, iaitu Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji ialah perayaan yang disambut oleh semua kaum muslimin muslimat. Seperti yang kita tahu, Aidiladha jugak ada kaitan dengan kesanggupan Nabi Ibrahim untuk mengorbankan anak lelakinya iaitu Nabi Ismail sebagai tindakan mematuhi perintah Allah SWT yang Maha Agung.
Kalau last year balik Negeri Sembilan, this year kami ke Batu Pahat, Johor. Selfie dengan lembu semestinya kena ada! HAHAHA!
Minum dulu, hilangkan haus..
Santai sebelum kena sembelih...
Dengar dalam 'Wanita Hari Ini' tentang tajuknya "Pengorbanan Tanpa Batasan". Salah satu jemputannya ialah Puan Mashitah yang diuji kemalangan sehingga menjadikannya buta. Allah tahu yang terbaik buat hambaNya. Dia sentiasa membantu hambaNya yang meminta tolong. Allahu.. Tabah!
Melapah daging kat area rumah jiran nenek aku. Alhamdulillah, selamat, Dan siap semuanya. Korang balik kampung ker tuh? Esok dah kerja, terasa malasnya nak menghadapnya eh 😂 Apa pun, tetap nak wish lagi, Salam Aidiladha 2023 korangg! ❤️
Notakaki: Beraya sampai malam harini....