Perbanyakkan Doa Pada Hari Arafah || Syukur dipanjangkan umur untuk bertemu lagi dengan waktu doa Mustajab hari Arafah. Oleh itu, kita semua disarankan untuk perbanyakkan membaca doa pada Hari Arafah. Rebut peluang yang ada. Jangan disia siakan.
Bukan bermakna pada hari lain tidak berdoa tapi kita lebihkan lagi pada hari tertentu sebegini. Moga Allah makbulkan apa jua doa Dan niat di hati. Teringinnya nak pergi tengok Kaabah depan depan. Allahu.. Meskipun aku pendosa, tapi keinginan tu tetaplah ada.
Bagi yg berada di Malaysia, sekiranya berpuasa pada hari SELASA, itu di kira puasa hari TARWIYAH manakala yang berpuasa pada hari RABU dikira puasa ARAFAH ✅
Sumber Teks Doa di Arafah: Tabung Haji
Selamat berpuasa Dan Selamat berbuka puasa ya! Nak mintak tolong doakan Nona dalam doamu jua...Hehe.. Thank you. Didoakan jugak agar mereka yang menunaikan haji Selamat perjalanan pergi Dan balik dari menunaikan haji. Okaylah.. Sekian info pada harini. Bertemu di lain entri pasal dapat hadiah belated birthday 🤩
Notakaki: Esok dah cuti! 😄