Ayam Steak Bakar Susu di Siam Festival Pasir Gudang 2023 || Hi, Sawadeeka! Kisah semalam punya malam. Datang bersama member aku, Fiza untuk menikmati pelbagai makanan yang ada dalam Festival Makanan Thailand ni 🤩Actually tak nak datang sebab tu dah beberapa hari berlangsung pun aku still tak jejak. Tapi alang alang member cuti then ada benda nak diborakkan, so kita ke sini ler. Pelbagai makanan Thailand halal yang boleh didapati kat sini, cuma harga of course tinggi ye.. Ada Laksa Thai, Aiskrim Kelapa, Kerabu Maggi, Tom Yam, Pancake Krabi, Telur Sotong Dan macam macam lagi lah ui!
Kitaorang beli beberapa jenis makanan Dan ada yang share. Tapi mostly Fiza yang beli ~ Thank you Fiza belanja and share! Dia memang pemurah Dan mesra orangnya 😆 Aku sentiasa doakan dia dijodohkan dengan insan yang menepati citarasanya. Aamin🌹 So antara yang aku tertarik nak try ialah Ayam Steak Bakar Susu!!!