"Sambal Menyatukan Kita". Jom Try Nasi Ayam Geprek Sambal Bawean (Boyan) di Universal Sambal|| Hi, makan apa harini? Nak share sejenis makanan yang korang boleh try untuk lunch ataupun dinner kat Universal Sambal, Taman Bukit Dahlia. Rasanya dorang ada je lagi cawangan ni kat tempat lain..
Dah beberapa kali jugak makan ni tapi selalu cuba menu Geprek yang lain. Antaranya Nasi Ayam Geprek Sambal Dua Rasa. Memang sedap! Lebih lebih lagi time selesema makan ni, fuh bertambah berair mata Dan hidungku! Hihi...
Kalini, namanya Nasi Ayam Geprek Sambal Bawean (Boyan). Sekali suapan berserta sambalnya, mak ai! Rasanya pedas berapi kaw kaw yaaa! Bukan setakat pedas manja tapi pedas betullah!!! Panas perut gue lepas makan! Bahahaaa.. Tapi puas hati Dan jatuh cinta pulak!
Alhamdulillah, syukur masih ada Rezeki untuk makan lagi. Tapi kalau boleh, kurangkan makan makanan berlemak Dan berminyak ye, Nona... Agituhh pesanan buat diri sendiri 😂
Notahati: Stress kadang kadang bila tak tahu nak makan apa kan 😂