Quantcast
Channel: LIFE WITH LOVE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2098

Menu Berbuka Hari Ke-7&8 Puasa: Mee Kolok Dan Bakso

$
0
0

Menu Berbuka Hari Ke-7&8 Puasa: Mee Kolok Dan Bakso|| Alhamdulillah, kita gabungkan update ye. Hihi.. Membazar la balik kerja kan.. Beli secukupnya je, tak perlu melebih. Hari Rabu ritu makan makanan Sarawak iaitu Mee Kolok Dan kuih Bongkol Sarawak.Teringin pulak mencubanya.

Tak sangka sedap Mee Kolok Ayam. Sekali tengok, rupanya macam Maggi goreng tapi bila dah try, oh.. takda rasa rencah maggi goreng pun..Sedap dimakan bersama kuahnya. 

Mee Kolok


Kuih Bongkol Sarawak

Kuih Bongkol Sarawak. 
Rupa macam tak sedap, tapi bila dah rasa, ehhh...sedap! Orang yang jual tu cakap, rasanya sekakan akan kuih tepung pelita tapi yang ni, terletak dalam dalam daun lain. So aku try la, sebiji RM2. Hehe..  Syukurlah sedap!!!

Kuih akok

Kuih akok. My favourite jugak. Ini popular kat Kelantan tapi aku tengok banyak dah orang jual kat sini..  Masa first time try pun kat Kelantan, wedding sepupu. Fuh, jatuh cinta terus! 🤩

So semalam, hari ke-8 puasa, aku makan bakso campur. Beli sekali kuih bakar jagung. Sekarang kan, kuih gitu sebekas RM3 ui 😌

Bakso

Bakso Campur

Slurppp! Sedapnyaaaa bila tengok balik.. Sapa cakap bakso kat Bazar tak sedap...Haha..Cumanya nak menambah tu tak dapat lah 😬 Beli sekali dengan pepes Ayam, share ngan mak abah... Alhamdulillah..settle berbuka 😁










Viewing all articles
Browse latest Browse all 2098