Quantcast
Channel: LIFE WITH LOVE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2106

Kenalpasti dan Cara Menghapuskan Broken Link Dalam Blog

$
0
0

Kenalpasti dan Cara Menghapuskan Broken Link Dalam Blog ||  Broken link merupakan salah satu perkara yang tak best langsung bila berlaku dalam blog seseorang. Apakah itu erti 'broken link'? Ianya adalah pautan yang tidak valid. Dalam maksud lain broken tu ialah patah ATAU pecah. Sama ada pautan yang ditaip tu merupakan URL yang tidak sah, rosak atau Web dan domain tidak digunapakai lagi. So kalau bukak atau klik pada broken link tu, berkemungkinan besar akan keluar perkataan PAGE NOT FOUND atau NOTHING FOUND atau 404 ERROR (Ralat 404). 

Boleh jadi link rosak ada dalam sesebuah entri tu sendiri atau pengomen yang tinggalkan komen. Tuan blog kalau tengok pun boleh naik darah tinggi! HAHA..

Broken Link

Contoh: Sekiranya ada link dah tak wujud lagi di dunia blogging, so bila kita bukak link tersebut yang ada dalam entri kita, terus keluar macam kat atas tu.

Tips blogging

See, banyak gambar dah tak valid, means gambar tu tak muncul pun kat paparan screem bila kita view entri blog tersebut

Hal berkaitan broken link sepatutnya tidak boleh dibiarkan lama lama, risau menjadi barah macam blog Nona. Sedekad lebih dah start berblog, of course banyak sungguh entri yang ada broken link. Lebih-lebih lagi Nona suka join segala contest, segmen atau giveaway yang dianjurkan. Syok dapat hadiah kalau menang, Dan support blogger members kan. Tapi aku tak salahkan diri sendiri sebab join, cuma ralat tak check dan terus hapuskan atau unlink balik link berkenaan saban tahun sebab tak tahu pasal ni 😅 

Ops, broken link tu bukan sahaja ada pada entri 'Giveaway' ye. Banyak lagi penyebabnya. 

Jadi, bagaimana nak tahu link mana yang mempunyai broken link? Takkan semua entri kot??  Haaa, kena checklah.. Macam Nona punya, tak nak cakaplah.. 

1. Bukak Website brokenlinkcheck.com

Broken Link

Masukkan link website yang ingin disemak di sini. (Jangan tercheck link blog saya pulak)

2. Verified security code yang dikeluarkan.

Blog

3. Lepas tamat pencarian broken links, akan timbul perkataan DONE: Reached Page Limit.

tutorial blog

119 Broken links. Banyak sampai beratus. Dengan kekangan masa, tak terbuat buat aku! 
Tapi kita cuba slow slow ya.


4. Klink pada perkataan 'src' kat column ' Page Where Found' seperti di bawah. 

Blogger

Nampak word 'src' tuh?

5. Highlighted ayat atau word akan keluar seperti di bawah. Nampak link yang bermasalah.

Blogger

Contoh Nona klik link tu

6. Bukak blogpost, cari tajuk entri yang dikatakan ada broken link. 

7. Padam (unlink) atau betulkan link yang broken atau buang terus komen yang mengandungi broken link.

Nah contoh: Nampak orang bagi komen (UNKNOWN) dan letak link yang dah broken seperti di bawah. Ciss!

Nona Sani
 
Sebelah perkataan innovator tu, ada tulisan atau simbol tu kan. Bila Nona click, keluar link entah sesiapa dan yang geramnya, tak sah pun link nya! Bila bukak web tu, tertonjol perkataan Can't be REACHED! Adeh~

8. Semak selalu dan buat sampai habis. Barulah blog sihat!! Hehe..

Seperkara lagi, apa yang Nona terbaca dari penulisan akupakarblog, kita kena Cari Broken Link untuk Membina Backlink. Haa.. so penting la tu untuk ketahui cara penyelesaian terhadap masalah ni ✅ Huraian boleh baca sana tau!! 

Kesimpulannya, broken link perlu dihapuskan segera dan jangan dibiarkan ia menjadi racun pada blog masing-masing. Kalau sayang blog, kena lah gigih! Betul tak?! 

Okaylah, Nona pun nak sambung hapuskan broken link ni, setiap kali bertambah, cepat cepat kena buang la lepasni... All the best to you guys~ Lincah check broken link dalam blog korang!






Notakaki: Sayangi blog seperti sayang diri sendiri. Ewah! 















Viewing all articles
Browse latest Browse all 2106