Cara Cara Berkesan Merawat Bisul|| Bisul adalah salah satu penyakit yang sangat menyakitkan, bisa oi! Lagi lagi kalau besor saiz bisulnya sebab dibiarkan dari saiz masih halus!! Biasanya berlaku kat bahagian terperap seperti ketiak, peha, ketiak.. Mengikut carian Wikipedia, bisul adalah a group of nanah yang terbentuk oleh tisu akibat proses jangkitan (selalunya disebabkan bakteria OR parasit) ATAU benda asing seperti luka, tikaman atau tembakan.
Kalau kena kat bahagian syulit aaa.. lagi haru biru..Jalan pun macam orang berpantang la..Sebab nak rapatkan kaki tu sakit atau bila tersentuh dengan sesuatu..Pergh, macam nak mati rasa...! Mak aku pernah kena kat kepala... Pening juga sebab dia berpindah pindah.. Dah letak ubat sini, pergi sebelah sana pulak.. Adeh! Bapak kawan aku, kena kat mata..Err.. susah nak bukak mata oi.. Lagi bahaya bila terkena jangkitan bisul dan pesakit adalah pesakit kencing manis..
Jangan main main dengan bisul, boleh buat mati tau! So kalau tertimbul bisul pada anggota badan, sila lah rawat dengan segera. Stress kejap tapi jangan mengalah untuk mengubatinya ye.
Antara cara merawat bisul (untuk bahagian yang terdedah dan boleh dirawat secara fizikal) Kalau part mata atau bukan bahagian fizikal, kena tanya doktor terus, contoh: Bahagian mata atau telinga.
1. Makan ubat yang disediakan doktor.
Ya, kena makan dan percaya pada ubat doktor. Antibiotik tu kita perlukan. Supaya dalaman kita bersih semula 👍 Moga tersingkir darah kotor di bahagian bisul tu.
2. Tuam dengan air panas atau suam.
Kalau air panas sangat pun aku takut. So guna la air suam, nanti rasa pedih pedih tapi tekan tekan jer..
3. Sapu krim/gel
Ya, kalau ada krim untuk menyejukkan luka atau bisul, gunakan ia sepanjang masa. Mak aku bagi gel bernama Vogan Orange. Pergh, berangin weh.. Kena kat bisul tu, memang berangin angin kurasakan.. Haha.. Memula pedih lepastu okay.. Tahan napas jap lah.
4. Serbuk kunyit dan bawang putih.
Ini penggunaan asing asing ye. Bukan serentak. Guna sewaktu bisul masih kecil, InshaAllah boleh surut.
5. Koyok Katak
Haaa, baru kutahu pasal ni! Hahaa.. Punya takut nak gi operate bagai, boleh try ni lah pulak. Lepas tuam bisul dengan air panas, dah bersih kawasan bisul tu, aku tepek ni. Hari first, memang tak selesa oi.
Terbangun dua tiga kali malamtu. Besoknya try tak nak pakai, so sapu gel... Sekali bila dah jalan jalan sikit.. eh... nanah keluar macam period penuhnya tu.. Sumpah tak best.. So lap lap guna tisu.. Member cakap, tepek je lagi koyok katak tu walaupun tengah bernanah. So aku tepek lah lagi. Haa.. selesa kalini.. Maybe sebab dah pecah bisulnya.. tapi matanya masih ada sikit lagi.. Just kecut sikit 😅 Bila dicabut...aduhh.. sakit gak sebab belum pecah sepenuhnya mata bisul tu tapi perlu ditukar sebab cukup pakai semalaman atau seharian. So kita guna lagi.
Nah, cerita lebih pasal koyok katak atau nama lainnya Badu Gao, sejenis ubat tradisional, beli kat Sensei, Kedai Ubat Cina nun..