Tebus Voucher Mc Donald's di Hujung Bulan September 2022 || Masuk hari keempat Oktober, baru nak update entri blog. Entah mengapa mood kelaut dalam. Nanti saya cuba blogwalking bebanyak okayh. Bulan September pun tak begitu banyak entri cuma ada yang mengena dengan SEO, so naiklah view ke 20k plus. Alhamdulillah ❤️ Kena gigih nampaknya untuk Oktober pulak.
Ini kisah haritu masa 31 Ogos aku dapat voucher Mc Donald's bila mana kita jerit 'Saya Anak Malaysia' kat kaunter masa drive-thru dengan berkereta warna Jalur Gemilang sama ada biru, putih, merah atau kuning ler. Aku pun saja nak mencuba. Kemain siap buat video masa nak dapatkan voucher nasi lemak ni ye. Haha..
Tapi rupanya kena belanja sebanyak RM15 ke atas untuk dapatkan voucher ni sebelum menjerit. Hahaa.. Tapi tuhlah.. ada baca kat ruangan komen FB, lelain cara dorang dapat voucher ni . Ada je yang tak menjerit.. tapi belanja macam biasa then tetiba dapat jugak kupon... Hm.. Entah la... Ikut cawangan la kot.. Apa pun, kemudiannya memang dapat dan due date sampai akhir bulan September.
Alang alang gaji masuk lambat sedikit dari hari yang sepatutnya, aku pun tebuslah voucher ni time sarapan sebelum pergi kerja di hujung bulan haritu..... Ehhh.. ada kena mengena ke?? 🤣 Macam lah makan sekali, kenyang berhari hari 🤭