Selamat Hari Merdeka yang Ke 65 Malaysia! || Alhamdulillah. 65 tahun dah negara Malaysia merdeka daripada penjajah. Happy Birthday kepada ibu bapa yang menyambut birthday dan sama umur dengan tahun Merdeka! Kalau tengok video atau filem tentang kemerdekaan, boleh mengalir air mata melihat betapa susah payahnya para perajurit dan wira negara nak capai kemerdekaan. Kan.
Apakah erti kemerdekaan pada awak semua?
Pada tahun 2022 ni, ianya bertemakan slogan 'Keluarga Malaysia Teguh Bersama'. Ya, setelah berperang dengan isu Covid dan pelbagai hal lagi, sambutan Kemerdekaan kelihatan agak meriah ye tahun ni. Banyak jugak karnival dan pesta yang diadakan dalam Johor.
Aku pun tak nak ketinggalan. Dari siang hari tercari cari kat mana agaknya tempat boleh tengok bunga api di ambang malam kemerdekaan. Ewah! Jauh drive sampai Educity kat Nusajaya nun. Hehe..
Rupanya terdapat banyak aktiviti yang diadakan seperti pameran kereta, motor, perlawanan futsal, bola sepak budak budak, pelbagai jualan makanan dan minuman serta pertunjukan bunga api atau in English, fireworks gituh!
Tujuan utama memang nak tengok bunga api je weh.. Semata.. Hahaha.. Dengor dengor kat dataran JB nun.... Bunga apinya dalam screen je...Err.. sabo jela.. Dahlah memang ramai betul masa lalu depan tu..