Bercuti di Arena Sepang Resort, Johor|| Throwback kisah percutian aku bulan Jun yang lalu. Haa..alang alang September nanti ada cuti sekolah kan.. Kemana you all plan bercuti??
Nah, Nona share salah satu tempat yang boleh dan sesuai untuk bercuti. Rasanya ramai je tahu tempat ni.. Aku yang baru nak jejak..hehe.. Arena Sepang Resort namanya. Masih dalam Johor je tempatnya dan betul betul sebelah Lotus Desaru Beach Resort.
Alhamdulillah, sekian lama tak join holiday beramai ramai dengan rakan sekerja sejak musim Covid. Syukur sangat cuaca elok haritu dari siang sampai malam dan keesokan harinya. Barulah lega sikit nak beraktiviti..
Ok, panas lit lit masa sampai... Kawasannya bersih..Taklah nampak tin air bersepah sepah, toilet tak cuci atau plastik sampah berterbangan. Okay je.. Bab view pulak, tidak secantik Pulau Tioman lah tapi sedang sedang, just nice untuk tenang tenang melihat laut. Ciptaan Allah yang aku suka..And best sebab besok paginya dapat tengok sunrise. Hehe..
Rindu bau laut! Angin sepoi sepoi gitu, pokok rimbun rimbun.. Pijak pasir pantai.. Best perasaan tuh.
Kat sini ada laut, swimming pool, tempat barbeque, tempat memasak, pondok dan bangku depan bilik. Senang sebab tempat barbeque bebetul depan bilik kami.. Nampak tak berhadapan tiang tu, ada satu tempat bakar barbeque..
Lepastu sebelah kerusi meja tu pun ada disediakan ruang kosong. Tinggal kita kena bawak barang lain untuk masak masak kat situ. Nice!!! Aku sebilik dengan Marlissa. Geng single.. Hahaa
Gambar kedua tu adalah ruang dalam Mawar Chalet. Maaflah sebab dah letak segala barang, baru ada mood nak amek gambo oi. Water heater, kerusi rehat, aircond dan televisyen ada dalam bilik ni. Oh ya, peti ais takda tau.
RM180/NIGHT: WEEKEND & HOLIDAYS
RM150/NIGHT: WEEKDAYS
1 QUEEN BED + 1 SINGLE BED
Info dari Pihak Arena Sepang ☝️
Untuk jumlah yang lebih ramai daripada tiga atau empat orang dewasa, boleh pilih Melor, Melati atau Seroja Challet ya.
📌 Harga bilik sudah termasuk dengan kemudahan luar seperti kolam, tempat BBQ, tapak untuk sukaneka dan tapak letak kereta sampai dalam 😊
📌 Deposit RM50 sebelum check in ambil kunci
Kitaorang memang tak ada ambil pakej makan minum yang lain. Segala makanan dan minuman petang sampai besoknya tu kitaorang sediakan sendiri ye. Time nihlah baru aku kenal kenal dengan family masing masing, bersemuka anak beranak, bercerita topik lain selain pasal kerja, borak borak sambil membakor, memasak dan makan minum!
Enjoy! Ada antara kami memang tak kenal antara satu sama lain sebab lakinya kerja tempat kerja aku tapi bininya tak.. so aktiviti camni sebenarnya baguslah untuk kenal kenal dan cipta kemesraan antara satu sama lain. Gituh! Bergelak, bergambar dan berbual sama.
Sebahagian tulang belakang dalam percutian kalini.
Petang masa semua dah sampai dan check in, kitaorang duduk berkumpul depan bilik.. Ada yang bawak beberapa jenis makanan. Duduklah makan minum situ. Aku bawak keropok lekor mentah..Abang Azni jadi tukang goreng..hehe.. Tempatnya agak tinggi untuk orang pendek cam i...Hahaa.. Padahal takut minyak memercik kann 😂 Dan mujur ada heater dalam bilik, sekejap sekejap buat air panas.. Bolehlah mengopi ker.. mengeteh ker....
Sambil ada yang masak atau makan petang, kalau rasa nak ke laut, dipersilakan. Anak anak lah suka betul, mandi laut dan kolam yang ada.. Bergambar dan bervideo! Enjoy habis!
Waktu membakar start pada 6.30 petang 👍
Ada ikan bakar, ayam, sosej, udang buttermilk pun ada woi... Haha..
Plan pada malamtu selain BBQ, just upacara tukar hadiah je sebenarnya yang mereka ramai ramai tahu dalam group but then salah seorang ahli, Jue namanya.. Dia PM tepi dan plan nak buat surprise birthday untuk husband dia yang mana one of pekerja kat tempat kami bekerja jugak.. 🤩
Lepastu, tahu pulak dari abang Azni bahawa haritu adalah wedding anniversary beliau and wife nanti.. Dia saja ler bagitahu..Aku suruh buat surprise bagi bunga dia tak mau.. Haha.. Aku cakap, kalau gitu tak buat pape ler..datang cuti cuti biasa je..
Jeng, jeng, jeng... tambah plan ler. Lepas beli kek birthday, kami beli sekali lah kek anniversary. Terkejutz memasing ada surprise!!