Breakfast dengan Salted Egg Yolk Croissant Richiamo Coffee || Morning sunshine semua! Harini aku bersiaran dari Richiamo Coffee, Taman Kota Masai. Saja nak breakfast seperti omputeh. Jarang berlaku. Selalunya mesti nak makan nasi goreng lah, mee goreng lah.. Haha.. Kalau diet pun, mahu berketul ketul Chicken wrap or apa apa wrap aku makan..
Alhamdulillah, alas perut. Terupdate jugak blog aku ni kan. Tengah busy nak siapkan beberapa draft dan task sebelum bercuti 30hb, public holiday Sabtu depan.
Salted Egg Yolk Croissant (RM7.90) dengan Cafe Latte (RM7.90). Baru perasan sama harga ek! Kemain kau Nona, breakfast je dah belas belas untuk sorang! Takpa, lagi empat hari masuk salary! Hahaha..
Tengok, ia mencair beb! Sapa yang tak suka telur kuning maybe tak rasa sedap lah menu ni. To me, bila telur kuningnya dah mencair gitu, aku jadi lebih suka!!! Shedapppnya!
Settle urusan servis kereta pagi ni dan breakfast dengan menu sedap ni. Syukurlah apa adanya.
Notakaki: Dalam proses bertenang untuk hadap semua task sebelum due date dan holiday trip! Doakan dipermudahkan urusanku! Thanks.