Quantcast
Channel: LIFE WITH LOVE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2112

Buffet Dinner Sedap Johor di BLD Cafe, Hotel Renaissance Johor Bahru

$
0
0

Buffet Dinner Sedap Johor di BLD Cafe, Hotel Renaissance Johor Bahru || Kisah sebelum raikan Aidiladha haritu, aku dengan beberapa team JDT Blogger datang singgah makan kat sini. One of my favourite hotel ler. Rinduuu nak makan sini, ngam lah tengok tengok sekarang ada harga berbaloi dengan menunya, siap 35% diskaun untuk yang jadi member club kat sini! 😍

Dari menu nasi-nasi, mee, lauk pauk Melayu, makanan Jepun, Thai food, Seafood on Ice, Indian food, salads, desserts, semuanya pasti memuaskan. Berbintang bintang mataku makan kat sini sebab terasa nikmatnya.. 🤩 Gituhh!

Lamb grill

Portugese Lamb Grill

Lembut, juicy, mengancam behtol lamb tuhh dan seluruh isinyaaaa! Sebelah Portuguese Lamb Grill, ada Portuguese Baked Seabass. Fuh, aku terasa lapar balik masa menaip nih, Adoi..sabar jelah! 

BRIYANI MAQLUBAH

Briyani Maqlubah

Nasi tu sedap, digaul bersama bahan lain dan kuahnya, padu beb! Nak tambah lagi tapi banyak menu lain yang aku nak try so buat rasa rasa lah yang ni...

Barbeque

Barbeque Chicken Pineapple
Ehhhh, sedap jugak resepi ni! Nak ayam BBQ, nak nanas...Haaa..sekalikan camni terus!

Laksa Johor Pizza

Laksa Johor Pizza!

Aku kurang minat laksa Johor, tapi Laksa Johor Pizza ni, aku ngam! 😄

Seaweed Tortilla

Seaweed Tortilla 

Blogger kak Suzi cakap sedap, aku pun lajuuu try!!! Bukan sahaja seaweed Tortilla je yang ada, original tortilla, kari dan cheese tortilla pun ada tau! Ini sedap sangat, memang betambah kalau makan sambil berborak. Nikmat bila makan dengan sosnya tuh.. Aku campur je dengan guacamole, tomato salsa, dan chili garlic mayonnaise. Paduuu! 👍😋

Ikan

Deep Fried Fish Tomato Basil

Ikan Asam Pedas

Ikan Asam Pedas

Seafood

Seafood on ice!

Ehhh, banyak sangat menunya yang halal dan berbaloi untuk dimakan kat sini!!!! ❤️
Terdapat menu lain seperti salted egg slipper lobster, spaghetti, daging masak lemak cili padi, rendang itik, sotong Ala Thai, papaya Thai, kerabu udang mangga, lamb tandoori, mussel cream butter fennel, vegetable moussaka,Wok fried broccoli with black muhsroom, 'Lo Zhi Ji' chili chicken, laksa Johor, pelbagai mee, pelbagai salad, pelbagai cheese, sushi, buah-buahan dan desserts yang enak belaka beb! Senang cakap, menu yang takkan merugikan diri sendiri! Hihi... 

Cuma untuk seafood on ice tu, Oyster available pada hari Jumaat dan Sabtu je tau. Hari lain memang takda oyster tu okay! Jangan dicari pulak kalau datang hari selain Jumaat dan Sabtu.. Huhu..  Ini dalam tempoh promo yang dibuka sekarang lah..Next lepas promo, tak sure lah macam mana ye.


Nangka

Buah buahan ada, nangka sini sedap! 

Pulut Tai Tai

Pulut Tai Tai

Blogger Sis Lin bagi rasa yang dia ambil, ehh shedap! Haruslah daku try sebiji lagi yang lain! Atas tu topping kaya pandan. 

Durian Bunga Telang, Kek Pandan Gula Melaka, Koci pun ada. Beberapa kuih muih tradisional disediakan untuk semua. 

Minuman

Minuman pun pelbagai. Nak mengopi pun ada. Aiskrim, dan ABC turut tersedia.. Barulah mesra tuk budak budak namanya kalau ada macam macamni 🤗

Renaissance Hotel

Mantap! Menu pun ada sedikit perbezaan la hari Jumaat, Sabtu dah lain hari ye.. Berbaloi dengan harga yang ditawarkan dan memang halal ya buffet dinner sedap Johor di BLD Cafe, Hotel Renaissance, Johor Bahru ni 💓

🎀 Lokasi: CAFE BLD, Renaissance Hotel JB

📢 Sunday to Thursday (Ahad-Khamis)
Masa : 6:30pm to 10:00pm
Harga: RM98 nett per adult
RM49 nett per children (6 to 12 years old)

📢 Friday & Saturday (Jumaat & Sabtu)
Masa : 6:30pm to 10:00pm
Harga: RM138 nett per adult
RM69 nett per children (6 to 12 years old)

💥 35% discount for Club Renaissance Johor Bahru member

❤️Whatsapp for any questions:

Settle semuanya, amek pulak kek Lapis Sarawak dari blogger Johor asal Sarawak, Blogger Cik Sun😄. Itu cerita lain! Hehee... Lebih banyak gambar kat Facebook tau ✅




Notakaki: Tahniah Renaissance Hotel, dah dapat Halal Certified, dan ada General Manager baru! Chef pun helok! 



Viewing all articles
Browse latest Browse all 2112

Trending Articles