Salam Aidiladha 2022 || Alhamdulillah, selamat sudah aktiviti Qurban pada 2022. Tahun ni balik kampung abahku, Negeri Sembilan.. Ya.. den ado darah nogori... Tapi bila bercakap, nada Jawa tu yang keluar.. Haha.. Lama tak singgah kampung sini sejak arwah Atok dah takda.. Selalu balik kampung nenek belah emak sebab nenek masih ada...
Rindunya kat atok. Sobbbs! Moga arwah Atok Nona sentiasa diampunkan segala dosanya dan berada dalam syurga Allah. Amin!
Selfie dengan haiwan qurban semestinya ✅
Settle tumbangkan sekor lembu dan sekor kobau! Mujur ada pakcik Krew Tanah Kubur dan beberapa orang lagi yang membantu dalam kisah Qurban 2022 kalini. Syukur!
Tapi nak dijadikan cerita, perut aku berangin semacam. Entah mana silapnya. Kami bertolak pukul 2 pagi dari JB, sampai homestay pukul 6 pagi. Aku nak makan minum pun tertahan-tahan. Makan sikit, perut dah rasa sakit nak membuang lepastu kosong semula..perut jadik terasa angin! Aduh, tak syoknya..! Kalau tak nak terfikir sangat pasal ni, kena ler tolong buat apa yang patut! HAHAHAHA
Okaylah, sekali lagi, salam Aidiladha 2022... Kemana korang raya nih??
Notakaki: Banyaknya task tertangguh 😰