Indahnya! Singgah Masjid Cina Negeri Melaka || Alhamdulillah. Bertemu hari Jumaat. Kisah bulan Januari baru nak cerita harini😂 Yelah baru nak story sebab sekarang ni aku asyik pening pening stress kerja, terasa macam nak singgah sana lagi sekali. Sobbs! (Macamlah takleh singgah masjid lain yang berdekatan ek, Nona! 😅)
Selepas lunch kat majlis kahwin member, dan sebelum makan Pizza Oven Kayu Api kat Markisa Cafe, Jasin... aku saja tengok maps, jauh tak masjid ni dengan tempat member. Ehh..dekat ajelah! So apa lagi...Haruslah singgah sebentar ke Masjid Cina negeri Melaka. Aku teringin tengok depan mata bentuknya yang unik dan suasananya yang cantik orang cakap.
Ternyata.. Bila sampai sana, aku terpegun! Unik sebab bentuknya seakan akan bangunan orang Cina tu tapi dalamannya special untuk orang Islam bersolat serta menunaikan ibadah. Alhamdulillah.
Bersih persekitaran luar dalam masjid, toilet dan tempat solatnya. Luas jugak kawasannya, tempat parkir pun besar dan aku nampak ada beberapa pekerja seperti cleaner yang bekerja bagi memastikan kebersihan sentiasa terjaga kat sana.