Customize Handbag Dengan byKalers || Selamat Hari Wanita kepada semua kaum wanita dan perempuan yang berada di dunia ini. And Happy Birthday to me! Yass, tua sudah! Yahooooo!
Ok, kaum wanita adalah kaum yang kuat. Betul ke tak?? Jawapan aku mestilah behtol! Sebab aku pun pompuan. Kah!!!
Aku suka tengok wanita yang sibuk dan bekerjaya, tapi tetap boleh membahagikan masa dengan anak anak dan keluarga.
Aku suka tengok wanita yang tetap tersenyum dan teruskan kehidupan walaupun sedang berduka atau bercampur campur emosi.
Aku suka tengok wanita yang sering memberi inspirasi kepada wanita lain. Itu semua kekuatan yang ada pada wanita.
Tak lupa jugak kepada wanita yang sering dikecam atau dihina dek kerana berpoligami atau perkara lain, mereka tetap bersabar dan berusaha membina kekuatan..Aku salute jugak yang tu tau.
So kepada para lelaki di luar sana, sila hargai wanitamu. Tanpa wanita, keperluan lelaki pun boleh terjejas.. Tak ceria persekitaran kalau takda insan bernama wanita. Mungkin mereka banyak kerenah atau bersuara, tapi itulah yang mewarnai kehidupan di dunia ini sama ada di dalam rumah atau luar rumah.
Salah satu cara untuk hargai wanitamu selain daripada memberikan kasih sayang dan kejujuran ialah dengan cara membelikan sesuatu barang yang comel, cantik atau berguna dan boleh dikenang sampai bila bila.
Contohnya: Belikan emas, pinggan mangkuk kegemaran, Tupperware, bawak pergi makan makan, bercuti atau bagi handbag.
Kalau nak advance, custom made handbag lah. Letak nama wanita anda pada bag tu..Auu! Sweet! Jom tengok Nona custom handbag dengan nama sendiri haritu!
Actually pernah dapat hadiah custom handbag bertulisan nama Nona Sani dari blogger Ako sebab jadi Top Komentator , cuma kain jenis lembut, corak dan brand lain. Kalini jenis yang berzip dan tak lembut sangat. Material yang agak keras dan tidak begitu ringan..Berat sangat pun tak jugak .