Tiga Hari Dua Malam Bercuti di Rumah Nenekku Sayang || Finally pulang menjenguk nenek kat kampung! Raya haritu tak dapat balik kampung sebab tak boleh rentas daerah..Kami kat Pasir Gudang, nenek kat Batu Pahat...Hm. First time tak dapat balik sana! Sedihh behtol! Alhamdulillah, awal bulan Oktober haritu, PM dah bagi rentas, laju lah plan dengan mak. Jadual kerja pulak masih dalam mode bukan normal time , so tak perlu mintak cuti tapi kena inform team in case ada apa apa urgent, aku taklehlah masuk kerja.
On the way balik kampung, maklong tanya dalam group kalau kalau nak makan Nasi Briani Mad Shah (popular kat Batu Pahat). Ko rasa, aku nak ker tak?? Sudah tentulah mahu! Sampai je kampung, nenek dah standby bukak pintu, terus aku menjerit 'Rinduuuuu Nenekkkk!. Tapi aku tetap tak salam serta tak peluk nenek. Just cakap, okay letak tangan kat bahu sambil tundukkan kepala sikit..Nenek pun layanzzz! HAHA
Apa yang aku mesti buat kalau sampai kampung? Shoot gambar pokok bungaaaa yang berwarna warni dan pelbagai jenis! Kahhh! Aktiviti lain? Teman nenek singgah rumah kawannya, then jumpa member yang duduk BP (dia siap urut aku ngan nenek). Besoknya, aku tolong nenek bakor sampah, teman beli ikan kat kedai sebelah, teman petik daun kari kat rumah jiran nenek, tolong angkut daun pisang yang nenek tebang...Adeh, Nenek i tau tebang, i tak reti ler.
Eh banyak aktiviti lah kan bersama nenekku sayang. Teman nenek tengok teater dalam TV pun adaaa! Kemain keluar lagu P. Ramlee semua..HAHA
Notahati: Start November ni, jadual kerja dah back to normal, masuk 0830 pagi..Huhu!