Hadiah Dari Blogger Syazni Selamat Sampai! || Sukur!!! Hadiah yang sesuai masa aku kuarantin kat bilik, perah je lemon guna this Portable and Rechargeable Battery Juice Blender!!! Hadiah dari blogger Syazni Rahim sempena bertuah masa buat cabutan guna website 'Wheels of Name'. Dan Nona juga antara top komentator blog kak Syaz.. Bila dah masuk list, kak Syaz akan buat cabutan bertuah ni pulak tau..Hehe~ So sila lah masuk list ye~
Ok, jom try! Cuma takda ais pulak nak buat jus. Aku elakkan ais dan minuman sejuk hatta air masak pun. Semua kena suam atau suhu biasa. Jaga tekak dulu, nanti dah confirm swab RTK negatif, baru ambil ais balik secara berpada pada. Risau gituh!
Portable Life, Love It!
Itu slogan kat kotak blender ni..
Yesss, memang easy going dan sangat berguna untuk daku!!!!
Thank You kak Syaz! Moga dilimpahkan rezeki terus!
Jom pergi ke teratak Blogger Syazni Rahim. Entri selalu simple, tapi Nona minat baca kisah aktiviti bersama anak anaknya. Psst: Belum review novel kak Syaz lagik, will do okayh..
Notahati: Harap sangat esok swab semula, result dah negatif Covid lah...
Mungkinkah terjadi itu??