Jomlah Berdoa Akhir Tahun dan Awal Tahun 1443H || Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Masih bernyawa pada hari ini. Al Fatihah buat semua yang telah pergi menghadap Ilahi dek kerana wabak Covid. Takkan terlambat walau sekejap saat kematian.
Baca doa akhir tahun selepas waktu Asar, dan disusuli dengan doa awal tahun selepas Maghrib harini.
Selamat Tinggal Tahun 1442H
Selamat Datang Muharam 1443H
Amin. Nona mintak maaf yer salah silap sepanjang perkenalan. Moga Allah ampunkan segala dosa kita di dunia. Moga kita terus dipanjangkan umur untuk berbuat kebaikan dan sebarkan kebaikan.
Moga Allah pulihkan Malaysia, berdoa agar Allah bantu kita semua sebagai rakyat untuk buat terbaik dalam kehidupan kita... Ye, agak seram nak hidup sekarang ni tapi selagi bernyawa, teruskan kehidupan sebaiknya.... Amin Ya Rabb!